yes. sedari kecil aku hidup sehingga kini. macam macam orang aku jumpa. dari peringkat sekolah rendah, sehingga peringkat bekerja. aku dikelilingi oleh bermacam ragam kawan.
dalam banyak banyak kawan aku. cukup sedikit yang boleh diangkat sebagai sahabat. yang mengingatkan tentang masa depan. yang mengingatkan tentang dunia lain. yang aku jumpa, beberapa kerat.
tanggal 1 muharram tahun ini. seorang sahabat aku selamat berkahwin. aku tak pernah menitis airmata disebabkan kegembiraan. ini adalah pertama kali.
apa yang dia mahukan. aku sanggup berikan. aku mahu melihat sahabat aku gembira. sebab dia adalah sahabat. terkenang kembali waktu susah senang aku bersama dia. memancing. meredah hujan lebat. memanjat gunung. dan sebagainya.
tahniah. sahabatku. zakwan.
semua yang berkumpul adalah sahabatku. yang berkahwin berbaju kelabu.