Tuesday, October 12, 2010

kilometer 223.



setiap yang lahir pasti ada yang meninggalkan kita.

cuma harapan agar mati dalam keadaan yang bagaimana. 

Thursday, September 2, 2010

macam monyet.


pada aku. patriotik itu tidak penting. sebab tiada siapa yang original.tiada siapa yang tulen.

jadinya, tak perlu ceritakan aku tentang merdeka. tiada makna sungguh pun bagi kau semua menjadi satu begitu adalah mulia. 

aku bukan bermaksud mengeji tentang sambutan kau semua. cuma bagi aku semua orang bersikap hipokrit. melampau-lampau. 

kau ambil kertas putih. kau tulis nama aku. kau bakar. aku takkan lempang kau. malah aku jual seberapa banyak kertas putih yang kau mahu. tulislah nama aku. sudah bakar. beli lagi ya?

dah mereka bersikap begitu, yang kau semua tersinggung kenapa? sayangkan nama? 

sedangkan nama bapak sendiri pun tak terjaga. sekeliling kau selalu berkata "anak siapa la ni?" 

kau masih lakukan juga. masih tidak hipokrit?

*

*

*

oh ya,

melayu itu wahyu? atau ciptaan manusia?

kau agungkan ciptaan manusia melebihi segala-galanya?

*

*

*

macam monyet.



 

Tuesday, August 10, 2010

mata merah yang berair.

lama sudah tidak menjenguk sini. 


suram. sunyi. mungkin masa yang sesuai untuk menulis adalah masa aku keseorangan. kesunyian yang mungkin mengeluarkan isi-isi hitam dari kepala untuk dilepaskan ke udara bermediumkan tempat ini. hitam. 


ramadhan. berbuka puasa bersama keluarga itu indah. carilah kesempatan itu. aku jamin ia tidak sama bila kau semua berbuka puasa dengan makanan yang mewah keseorangan. ataupun dengan kawan. iya. kawan.


hari raya?






Wednesday, June 2, 2010

macam bermusim pun ada.



apakah world cup di afrika selatan atau freedom flotilla yang perlu dititik beratkan?

strategi mereka seakan menjadi.

Sunday, May 16, 2010

epik.


semasa saya di tingkatan satu. fenomena kasyah dan ayu dalam novel lagenda budak setan menghantui sekolah. ia bukan perkara yang biasa. luarbiasa. di kantin sekolah, di dalam kelas semua bercerita tentang ia. biasalah. awal remaja.


pada tahun ini pula, saya kira ramai yang menantikan kemunculan ia pada filem. yang akan berada di pawagam pada bulan jun ini.



novel kepada filem. berapa banyak sudah kita hasilkan?

Saturday, May 1, 2010

wang dan emas.


berlumba-lumba manusia khasnya melayu islam membeli dan menyimpan emas. apa itu emas?


sirah tertulis bahawa emas dipergunakan sebagai medium untuk berurusniaga. satu dinar untuk seekor kambing. tidaklah pula emas dibeli untuk emas yang lain. tidak tertulis. carikan saya?

semasa ini, ramai juga yang menawarkan emas untuk tujuan pelaburan. pernahkah terfikir di benak sanubari dan otak yang sihat ini? apa gila wang membeli wang?

wang adalah perantara. emas disignifikasikan juga sebagai perantara. perantara dalam kamus entri ini adalah kita mendapatkan sesuatu melalui perantara (baca: emas, wang).

anda sedar mengapa inflasi berlaku? saya kongsikan apa yang saya tahu.

-
-
-

tukaran matawang asing. perniagaan matawang. wang membeli wang. atau dengan kata yang lebih diingati semua. forex, foreign exchange.

tidak mustahil juga emas yang didagangkan, dilaburkan, diniagakan mengalami nasib yang sama?

terserah kepada anda untuk penilaian.

p/s : emas untuk perhiasan? jawapan saya tidak salah dan seharusnya adalah perempuan bukannya lelaki.

terima kasih.


Sunday, April 11, 2010

ceriakan pagi anda ok - 9


sekali sekala dengar lagu lagenda kita sambil pekena roti canai dengan teh tarik boleh tahan juga rasa "high" dia.



Wednesday, March 31, 2010

model ekonomi baru.


Wednesday, March 10, 2010

I'll always love you.

seringkali kita lupa akan istilah kasih sayang.

teringat saya tentang lagu pengakap yang berbunyi :

"kasihkan binatang menurut perintah tabah hati berjimat, suci fikiran, suci perkataan, suci, perbuatan, suci, suci"

apakah kasih sayang, dan kasihkan binatang?


renungkan.


terima kasih.

bonjour.

memang betul. menulis sesuatu fakta memerlukan fakta. kalau boleh tulis sesuatu yang orang kata,

"fuh, fenomena seyh"

satu bonus. dan apabila menulis tentang perkara yang semua orang tahu, ia akan jadi,

"hek elen, dah tadak modal la tu"

jadi, penulisan yang kritis, idea yang melangkaui semalam,
.
.
.


bukan sehari dua.(rome was not built in one day)



bye

Friday, February 26, 2010

twister.


pergi rumah member, berlambak botol kosong twister dibuat ashtray rokok. bukan takat rumah member, rumah saya sendiri pun sama.

semua pun ketagih minum twister ni. sedap sangat ke?


ada sekali saya cuba rasa. memang sedap. tapi memang betul lah. benda sedap mesti mahal. harga bagi botol 1.5l di tempat saya adalah rm6.80.

boleh beli 2 botol coke.

kadang-kadang berangan juga jadi taukeh twister. alangkah indahnya.


Monday, February 22, 2010

subhanallah


sampan dikayuh menuju ke hulu, takutkan arus atau kepala air yang melulu?


sesudah tidur pejamkan mata, ingatlah di mana kita di kalanganNya.



memperingati diri dan sekeliling ini.


Friday, February 12, 2010

sesi muhasabah diri.


saya percaya masih ramai yang masih menggunakan sistem operasi "windows xp" walaupun vista dan windows 7 telah berada di pasaran.

dan saya juga percaya bahawa masih ramai yang tidak mengikuti perkembangan telefon mudah alih dan masih setia menggunakan telefon sedia ada disebabkan hanya menggunakan ia sebagai medium menghantar khidmat pesanan ringkas dan panggilan suara.

atau disebabkan keadaan ekonomi yang belum pulih menyebabkan manusia berehat daripada mengejar teknologi?

ataupun ketepuan teknologi kian hampir?

jadinya, manusia sekarang hanya hidup untuk mencari makanan dan tempat tinggal?




salah?


Friday, February 5, 2010

ceriakan pagi anda ok - 8.

selamat pagi.

un repas leger avec une chanson facile feront de votre journee.


merci et au revoir.

Tuesday, January 26, 2010

sedar?



sesi graduasi pelajar ipt.


---------------




majlis keramaian paus.


suratan atau kebetulan?

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (HR. Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang jayyid)


terima kasih

Sunday, January 24, 2010

sultan johor mangkat.


al-fatihah kepada armarhum Sultan Mahmud Iskandar al-haj ibni Ismail al-khalid.

setiap yang hidup pasti ada yang meninggalkan dunia.

malaysia.

pergi serdang pekena nasi goreng pattani. ada nasi. telur dada di cincang bersama ayam masak lada hitam. pergi rembau nasi goreng pattani dia lain pula. macam nasi goreng pattaya tambah dengan paprik ayam. dan apabila ke muar. lain pula ceritanya.

ke tiga-tiga tempat mempunyai nasi gorang pattani yang berlainan walaupun dengan nama yang sama? apa cerita?

itu belum lagi saya selitkan tentang melayu. ada melayu jawa, bugis, minang, kelantan dan lain-lain yang bertelagah.

perpaduan namanya?

lupakan saja.

Monday, January 18, 2010

musim kuliah.


hari ini saya ingin bertanyakan pendapat anda tentang suasana pembelajaran di universiti tempatan. majoriti kawan-kawan saya adalah golongan mahasiswa, mahasiswi serta yang bakal bergelar juga.

saya mulakan dengan soalan-soalan berikut :-

- apakah lepasan universiti tempatan telah mencapai sasaran term mahasiswa itu sendiri? dari segi pemikiran, sosial dan integriti ?

- apakah setiap mahasiswa yang telah grad mendapat kerja pada tahap pendidikannya?

- jodoh? universiti tempat mencari jodoh?

- ataupun tempat di mana perniagaan MLM merancak?

sekian dahulu soalan yang mungkin ada yang tidak releven bagi anda.


terima kasih.

Tuesday, January 12, 2010

susulan.


ali menukarkan dirinya kepada panggilan ally, baru ada class.

daniel, adam, melissa, diana danielle, sinclair, etc, etc.


jadi, siapa tiru siapa ni? diorang ada baling molotov cocktail dekat rumah andre?


bangang!

Saturday, January 9, 2010

woot!


selamat tahun baru semua.

lama menghilang bukan bererti kalah dalam medan perang.
jejakku tinggal tanda diri akan kembali mengarang.


dan selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik yang comel terutamanya perempuan sekolah menengah lagi-lagi tingkatan 5.

bye.