Thursday, November 26, 2009

baru 2entri lepas raya, dah raya lagi..

pagi pergi masjid solat hari raya. tengok je la lembu kena korban sebab nak sembelih tak pandai (tahun ni lembu kurengg sket sebab gawat). ambil awek daging akikah. bawak balik suruh mak grill barbeque.

tengahari pergi masjid balik solat jumaat, balik lepak-lepak tengok cerita sedih. ronda-ronda kuala lumpur. balik, tidur. tunggu raya tahun depan.

selamat hari raya aidiladha.

Friday, October 30, 2009

apa implikasinya?


apa khabar semua? semoga sihat hendaknya.

telah didapati ramai yang tidak puas hati sebenarnya tentang Dasar automotif nasional yang bagi saya agak radikal. sedikit ringkasan daripada saya :-

- kereta yang melebihi 10 tahun harus menjalani ujian puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.

- AP dimansuhkan pada 2015.

- impot alat ganti terpakai dimansuhkan menjelang 2011.

apa yang saya mahu highlight kan di sini adalah :



kedai potong. alasan bagi pemansuhan sektor ini adalah disebabkan kesedaran dalam aspek keselamatan dan alam sekitar. mungkin alasan ini boleh diterima bagi golongan yang tidak pernah menggunakan alat ganti terpakai. bagaimana pula dengan orang kebanyakan yang cukup makan dan melihat pusat servis itu sebagai terlalu mahal?

maka tiadalah lagi hobi bagi golongan yang obses dengan sr20det, 4g63T, 4a-ge dan sebagainya. ke mana hala tuju mereka? mungkin anda belum merasainya. ;)

keduanya adalah tentang kereta-kereta yang melebihi 10 tahun. saya ada menulis tentang kesesakan jalanraya di entri sebelum. ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan kereta dijalanraya. cuma bagi saya. dasar ini tidak relevan. kita boleh fikirkan tentang mereka yang berada di kampung majoritinya memiliki kenderaan yang melebihi 10 tahun. itupun untuk pergi ke pasar, ke kebun, melawat orang sakit dan sebagainya. seolah-oleh membebankan mereka untuk ke puspakom, kapital diperlukan, menghidupkan cukai jalan, insuran yang pasti premium-nya tinggi, kapital diperlukan. dan lain-lain.

bagi saya, dasar ini mungkin diwujudkan bagi menghalang kerugian apabila AFTA(kawasan bebas cukai ASEAN) dijalankan pada tahun 2010. mereka memang bijak.

terima kasih.


Wednesday, October 7, 2009

entri selepas raya.


konsistensi dalam menulis blog adalah amat sukar lebih-lebih lagi apabila penulis-penulis menghadapi hari-hari yang penuh dengan perkara-perkara dunia. kami tidak terlepas juga. saya(mr hafis), faizal zakaria dan mr carl arif dijangkakan sibuk melayan rumah terbuka yang telah menunjukkan penurunan graf pada ketika ini.

oh ya. sihat semuanya?

untuk entri pada kali ini saya ingin berbincang tentang jalanraya dan fokus diberikan terhadap kesesakan lalulintas. tidak dinafikan apabila tibanya hari perayaan jalanraya kita semakin sesak. tidak cukup jalan-jalan baru, flyover, baru yang telah didirikan akan tetapi kesesakan jalan raya terus menghentam naluri jiwa yang kian meronta untuk pulang ke kampung halaman.

masalah apa ini?
begini. setiap tahun atau penggal. syarikat-syarikat pembuat kenderaan bertungkus lumus membuat kereta baru dan kuantitinya bertambah setiap sesi. namun, kereta-kereta lama yang melebihi 10 dan 20 tahun masih lagi berlegar dan mencilok di jalanraya mahupun lebuhraya.

telah lama jalanraya di Malaysia ini diseksa bertubi-tubi melalui kebanjiran kenderaan. pada pendapat saya yang tidak seberapa ini. perkara ini boleh diatasi dengan menghadkan pengeluaran kereta. atau pelupusan terhadap kereta-kereta lama.

Malaysia ini bukanlah besar mana.

anda ada idea?

Saturday, September 19, 2009

raya la weh

Raya dude.. buat awek-awek tu kalau terlebih makan, ingat-ingat lah betapa sengsaranya diet kemudian hari.

brothers, kalau ada open house kasi roger. aku takkan segan punya pecah umah orang. janji perut berisi. heheh..


Salam Hari Raya Aidilfitri dari kitaorang:

mr.carl, faizal zakaria & mr.hafis.

Sunday, September 6, 2009

ceriakan pagi anda ok - 7


selamat pagi semua.
jangan mengunyah lagi. waktu sahur tidaklah sama seperti waktu pagi. jangan pandai-pandai buat hukum sendiri.

oklah. hari ini saya ingin berkongsi lagu yang mungkin boleh menceriakan pagi anda. mana-mana yang terlupa atau tidak terjaga waktu sahur tu bolehlah berhenti mengamuk sambil dengar lagu ini ok?



selamat berpuasa. :)

Friday, September 4, 2009

Duit Lu Pergi Mana?

Hah.
Ambik wallet lu.
Purse lu ke, beg dompet ke, tengok celah tali bra kot lu simpan macam orang-orang dulu.

Bawak keluar duit lu, letak atas meja.
Macam-macam karer? Santek? Wang ada banyak?

Bulan Ramadhan lu dah derma belum?
Pergi surau mencodak menganga je makan moreh, berbuka pree, ringan-ringankan tangan bersedekah. Jangan jadi brengset.

Salam.

Sunday, August 30, 2009

gah selama 52tahun. lagi berapa lama dapat bertahan?

selamat menyambut kemerdekaan buat semua. walaupun bahang kemerdekaan itu tak sedikit pun kita rasa. yang mana aku lihat kita semakin lupa akan jasa penat lelah tok nenek menghalau samseng yang menjarah tanah air kita dulu. dan kita semakin lalai lalu memandang enteng semangat perpaduan yang cuba diterapkan kini.

persetankan polemik kacau bilau politik. fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepada negara. fikirlah adakah kita mampu pertahankan kebebasan dijulang selama ini atau hanya dapat mewariskan sisa kemerdekaan diambang kehancuran kepada anak kita nanti. jangan kita leka dengan nikmat yang mampu runtuh bila-bila masa ini.

negaraku Malaysia tanah air tercinta.