Saturday, December 3, 2011

pembangkang


seringkali aku berada di facebook dan mencari pasal hatta dengan sesiapa sahaja. tidak kira topik mereka adalah bola sepak, politik, falsafah dan sebagainya.

terkenal juga aku dikalangan keluarga sebagai seorang pembangkang, yakni membangkang apa sahaja perbincangan mereka. senang cerita parti pembangkang pun kena bangkang.

tujuan aku cuma satu. mahu kita berfikir.

jika aku kata begini, apa jawapan anda. jika begini, begitu bagaimana pula.

-
-
-

bukan semua boleh terima dengan pendekatan begini. ada yang gelarkan aku kurang ajar. aku tidak pedulikan itu semua. kerana prinsip aku adalah mudah.

mahu kita berfikir.

No comments: