Friday, February 26, 2010

twister.


pergi rumah member, berlambak botol kosong twister dibuat ashtray rokok. bukan takat rumah member, rumah saya sendiri pun sama.

semua pun ketagih minum twister ni. sedap sangat ke?


ada sekali saya cuba rasa. memang sedap. tapi memang betul lah. benda sedap mesti mahal. harga bagi botol 1.5l di tempat saya adalah rm6.80.

boleh beli 2 botol coke.

kadang-kadang berangan juga jadi taukeh twister. alangkah indahnya.


Monday, February 22, 2010

subhanallah


sampan dikayuh menuju ke hulu, takutkan arus atau kepala air yang melulu?


sesudah tidur pejamkan mata, ingatlah di mana kita di kalanganNya.



memperingati diri dan sekeliling ini.


Friday, February 12, 2010

sesi muhasabah diri.


saya percaya masih ramai yang masih menggunakan sistem operasi "windows xp" walaupun vista dan windows 7 telah berada di pasaran.

dan saya juga percaya bahawa masih ramai yang tidak mengikuti perkembangan telefon mudah alih dan masih setia menggunakan telefon sedia ada disebabkan hanya menggunakan ia sebagai medium menghantar khidmat pesanan ringkas dan panggilan suara.

atau disebabkan keadaan ekonomi yang belum pulih menyebabkan manusia berehat daripada mengejar teknologi?

ataupun ketepuan teknologi kian hampir?

jadinya, manusia sekarang hanya hidup untuk mencari makanan dan tempat tinggal?




salah?


Friday, February 5, 2010

ceriakan pagi anda ok - 8.

selamat pagi.

un repas leger avec une chanson facile feront de votre journee.


merci et au revoir.