Sunday, May 16, 2010

epik.


semasa saya di tingkatan satu. fenomena kasyah dan ayu dalam novel lagenda budak setan menghantui sekolah. ia bukan perkara yang biasa. luarbiasa. di kantin sekolah, di dalam kelas semua bercerita tentang ia. biasalah. awal remaja.


pada tahun ini pula, saya kira ramai yang menantikan kemunculan ia pada filem. yang akan berada di pawagam pada bulan jun ini.



novel kepada filem. berapa banyak sudah kita hasilkan?

Saturday, May 1, 2010

wang dan emas.


berlumba-lumba manusia khasnya melayu islam membeli dan menyimpan emas. apa itu emas?


sirah tertulis bahawa emas dipergunakan sebagai medium untuk berurusniaga. satu dinar untuk seekor kambing. tidaklah pula emas dibeli untuk emas yang lain. tidak tertulis. carikan saya?

semasa ini, ramai juga yang menawarkan emas untuk tujuan pelaburan. pernahkah terfikir di benak sanubari dan otak yang sihat ini? apa gila wang membeli wang?

wang adalah perantara. emas disignifikasikan juga sebagai perantara. perantara dalam kamus entri ini adalah kita mendapatkan sesuatu melalui perantara (baca: emas, wang).

anda sedar mengapa inflasi berlaku? saya kongsikan apa yang saya tahu.

-
-
-

tukaran matawang asing. perniagaan matawang. wang membeli wang. atau dengan kata yang lebih diingati semua. forex, foreign exchange.

tidak mustahil juga emas yang didagangkan, dilaburkan, diniagakan mengalami nasib yang sama?

terserah kepada anda untuk penilaian.

p/s : emas untuk perhiasan? jawapan saya tidak salah dan seharusnya adalah perempuan bukannya lelaki.

terima kasih.