Thursday, June 30, 2011

masa

umum mengetahui bahawa apabila bekerja ruang masa semakin sukar. berbeza pada ketika belajar di universiti yang rata-rata mempunyai masa yang banyak.

masa untuk sesuatu yang aku anggap ia sebagai seni telah hilang. dalam skala yang agak besar. punca?

mungkin, :-

- facebook
- kerja
- twitter

jadi untuk kembali mengaktifkan diri(baca : aku) adalah dengan membenamkan satu perkara dahulu iaitu facebook.

apa barang deactivate ni. delete terus la bos.


Saturday, June 25, 2011

father


mungkin terlewat bagi aku mengucapkan selamat hari bapa. walaupun aku selalu bertanya khabar melalui telefon, aku masih sukar untuk mengucapkan terus kepadanya. sungguh jelas aura bapa aku begitu kuat.

yes, bapa kaya memberikan gaji sepuluh sen seminggu dengan kerja sebagai penjaga perpustakaan. sinonim juga yang diajarkan bapa aku.

dengan itu juga aku berani seperti sekarang.


terima kasih, bapa.