apa khabar semua? semoga sihat hendaknya.
telah didapati ramai yang tidak puas hati sebenarnya tentang Dasar automotif nasional yang bagi saya agak radikal. sedikit ringkasan daripada saya :-
- kereta yang melebihi 10 tahun harus menjalani ujian puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
- AP dimansuhkan pada 2015.
- impot alat ganti terpakai dimansuhkan menjelang 2011.
apa yang saya mahu highlight kan di sini adalah :
kedai potong. alasan bagi pemansuhan sektor ini adalah disebabkan kesedaran dalam aspek keselamatan dan alam sekitar. mungkin alasan ini boleh diterima bagi golongan yang tidak pernah menggunakan alat ganti terpakai. bagaimana pula dengan orang kebanyakan yang cukup makan dan melihat pusat servis itu sebagai terlalu mahal?
maka tiadalah lagi hobi bagi golongan yang obses dengan sr20det, 4g63T, 4a-ge dan sebagainya. ke mana hala tuju mereka? mungkin anda belum merasainya. ;)
keduanya adalah tentang kereta-kereta yang melebihi 10 tahun. saya ada menulis tentang kesesakan jalanraya di entri sebelum. ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan kereta dijalanraya. cuma bagi saya. dasar ini tidak relevan. kita boleh fikirkan tentang mereka yang berada di kampung majoritinya memiliki kenderaan yang melebihi 10 tahun. itupun untuk pergi ke pasar, ke kebun, melawat orang sakit dan sebagainya. seolah-oleh membebankan mereka untuk ke puspakom, kapital diperlukan, menghidupkan cukai jalan, insuran yang pasti premium-nya tinggi, kapital diperlukan. dan lain-lain.
bagi saya, dasar ini mungkin diwujudkan bagi menghalang kerugian apabila AFTA(kawasan bebas cukai ASEAN) dijalankan pada tahun 2010. mereka memang bijak.
terima kasih.