Wednesday, October 7, 2009

entri selepas raya.


konsistensi dalam menulis blog adalah amat sukar lebih-lebih lagi apabila penulis-penulis menghadapi hari-hari yang penuh dengan perkara-perkara dunia. kami tidak terlepas juga. saya(mr hafis), faizal zakaria dan mr carl arif dijangkakan sibuk melayan rumah terbuka yang telah menunjukkan penurunan graf pada ketika ini.

oh ya. sihat semuanya?

untuk entri pada kali ini saya ingin berbincang tentang jalanraya dan fokus diberikan terhadap kesesakan lalulintas. tidak dinafikan apabila tibanya hari perayaan jalanraya kita semakin sesak. tidak cukup jalan-jalan baru, flyover, baru yang telah didirikan akan tetapi kesesakan jalan raya terus menghentam naluri jiwa yang kian meronta untuk pulang ke kampung halaman.

masalah apa ini?
begini. setiap tahun atau penggal. syarikat-syarikat pembuat kenderaan bertungkus lumus membuat kereta baru dan kuantitinya bertambah setiap sesi. namun, kereta-kereta lama yang melebihi 10 dan 20 tahun masih lagi berlegar dan mencilok di jalanraya mahupun lebuhraya.

telah lama jalanraya di Malaysia ini diseksa bertubi-tubi melalui kebanjiran kenderaan. pada pendapat saya yang tidak seberapa ini. perkara ini boleh diatasi dengan menghadkan pengeluaran kereta. atau pelupusan terhadap kereta-kereta lama.

Malaysia ini bukanlah besar mana.

anda ada idea?

9 comments:

singkong panggang said...

Kenapa masalah dengan kereta?

Kenapa tidak pemandu?

...

Kelas mengajar pemandu supaya lebih bertolak-ansur.

@

Kelas mengawal nafsu membeli kereta.

Boleh?

mr. hafis said...

nafsu pun kn ada kelas ek?

Anonymous said...

pada pendapat saya yang lagilah tak seberapa berbanding en.hafis, why not kalau...
buat macam jepun tu ha.jepun jual besi buruk diorang kat malaysia.malaysia jual la besi buruk kat negara lain.

ape ke 'pandai' lah rakyat malaysia ni.p beli besi buruk jepun.gilap2.tayang kat jalanraya.

*selamat hari raya*

mr. hafis said...

@yonne.

bukan kamu ada ke besi buruk jepun? vtec besar. vtec kecik. mira. l2s. semualahhhhhhhhhhhh. ;D

Anonymous said...

euw.xde2.mne de.

Unknown said...

wats wrong with keta da umo 10 years...kecik ati PDS...huhu...

mr. hafis said...

@shamil.

hehe. den sajo nyakat. tak salah la kete banyak2 kt m'sia ni. :P

syrup said...

jangan balik kampung beraya..raya je nak balik yang tak beraya pun nak jugak balik..
ah komen emosi

mr. hafis said...

hehe. yela diorang dapat cuti sekali sekala. nak jugak jumpa orang kampung tunjuk kete baru. :P