Thursday, December 8, 2011

tunes - 1



sekarang musim ombak rindu ke?

Monday, December 5, 2011

selamat menempuh alam baru.


yes. sedari kecil aku hidup sehingga kini. macam macam orang aku jumpa. dari peringkat sekolah rendah, sehingga peringkat bekerja. aku dikelilingi oleh bermacam ragam kawan.

dalam banyak banyak kawan aku. cukup sedikit yang boleh diangkat sebagai sahabat. yang mengingatkan tentang masa depan. yang mengingatkan tentang dunia lain. yang aku jumpa, beberapa kerat.

tanggal 1 muharram tahun ini. seorang sahabat aku selamat berkahwin. aku tak pernah menitis airmata disebabkan kegembiraan. ini adalah pertama kali.

apa yang dia mahukan. aku sanggup berikan. aku mahu melihat sahabat aku gembira. sebab dia adalah sahabat. terkenang kembali waktu susah senang aku bersama dia. memancing. meredah hujan lebat. memanjat gunung. dan sebagainya.

tahniah. sahabatku. zakwan.

semua yang berkumpul adalah sahabatku. yang berkahwin berbaju kelabu.

Saturday, December 3, 2011

pembangkang


seringkali aku berada di facebook dan mencari pasal hatta dengan sesiapa sahaja. tidak kira topik mereka adalah bola sepak, politik, falsafah dan sebagainya.

terkenal juga aku dikalangan keluarga sebagai seorang pembangkang, yakni membangkang apa sahaja perbincangan mereka. senang cerita parti pembangkang pun kena bangkang.

tujuan aku cuma satu. mahu kita berfikir.

jika aku kata begini, apa jawapan anda. jika begini, begitu bagaimana pula.

-
-
-

bukan semua boleh terima dengan pendekatan begini. ada yang gelarkan aku kurang ajar. aku tidak pedulikan itu semua. kerana prinsip aku adalah mudah.

mahu kita berfikir.

senyum punya senyum



rutin aku minggu ini senang. bangun pagi. petik kettle. pergi mandi. selesai mandi pasang tv. buat air dan breakfast sambil dengar tv berbicara.

dan seperti biasa, usai bersarapan. aku ke tempat kerja.

apabila pulang. aku berehat. dan rutin aku memang akan menonton buletin utama. tidak kiralah bangang mana pun isi kandungan dia. aku tetap menonton buletin utama. apa yang menarik pada minggu ini adalah.


kadangkala aku terfikir juga. shahrizat ni melayu ke?