Thursday, December 8, 2011

tunes - 1



sekarang musim ombak rindu ke?

Monday, December 5, 2011

selamat menempuh alam baru.


yes. sedari kecil aku hidup sehingga kini. macam macam orang aku jumpa. dari peringkat sekolah rendah, sehingga peringkat bekerja. aku dikelilingi oleh bermacam ragam kawan.

dalam banyak banyak kawan aku. cukup sedikit yang boleh diangkat sebagai sahabat. yang mengingatkan tentang masa depan. yang mengingatkan tentang dunia lain. yang aku jumpa, beberapa kerat.

tanggal 1 muharram tahun ini. seorang sahabat aku selamat berkahwin. aku tak pernah menitis airmata disebabkan kegembiraan. ini adalah pertama kali.

apa yang dia mahukan. aku sanggup berikan. aku mahu melihat sahabat aku gembira. sebab dia adalah sahabat. terkenang kembali waktu susah senang aku bersama dia. memancing. meredah hujan lebat. memanjat gunung. dan sebagainya.

tahniah. sahabatku. zakwan.

semua yang berkumpul adalah sahabatku. yang berkahwin berbaju kelabu.

Saturday, December 3, 2011

pembangkang


seringkali aku berada di facebook dan mencari pasal hatta dengan sesiapa sahaja. tidak kira topik mereka adalah bola sepak, politik, falsafah dan sebagainya.

terkenal juga aku dikalangan keluarga sebagai seorang pembangkang, yakni membangkang apa sahaja perbincangan mereka. senang cerita parti pembangkang pun kena bangkang.

tujuan aku cuma satu. mahu kita berfikir.

jika aku kata begini, apa jawapan anda. jika begini, begitu bagaimana pula.

-
-
-

bukan semua boleh terima dengan pendekatan begini. ada yang gelarkan aku kurang ajar. aku tidak pedulikan itu semua. kerana prinsip aku adalah mudah.

mahu kita berfikir.

senyum punya senyum



rutin aku minggu ini senang. bangun pagi. petik kettle. pergi mandi. selesai mandi pasang tv. buat air dan breakfast sambil dengar tv berbicara.

dan seperti biasa, usai bersarapan. aku ke tempat kerja.

apabila pulang. aku berehat. dan rutin aku memang akan menonton buletin utama. tidak kiralah bangang mana pun isi kandungan dia. aku tetap menonton buletin utama. apa yang menarik pada minggu ini adalah.


kadangkala aku terfikir juga. shahrizat ni melayu ke?

Wednesday, November 9, 2011

disappeared


semua gambar yang tersimpan di akaun google hilang tanpa dapat dikesan. musykil juga kerana pada hemat gua, google mempunyai polisi privasi yang paling bagus sekarang ini.

jadinya, semua gambar yang berada di blog gua ini akan muncul simbol ! <---- ini.

-
-
-

mungkin juga sebab gua tidak aktif terlalu lama.

teh tarik kepala bana


kebangangan yang nyata adalah apabila lu menulis sesuatu dan lu berharap agar kelihatan cool dan lain daripada orang lain. menulis secara abstrak beserta point yang kabur boleh mempengaruhi golongan yang tidak membaca.



betul.


berbeza jika lu menulis perkara perkara yang ringan.

gua tidak reti menulis. tetapi gua tidak mudah dipengaruhi.




Saturday, August 13, 2011

peluang

"there's no running baby after a minute born"

aku tidak salahkan fresh yang tidak tahu tentang scope kerja beliau. au naturale beliau mengalami environment shock. yup, masa menentukan samaada beliau boleh bekerja atau tidak. sebab itu ada probation period.

yang menjadi masalah sekarang tentang majikan yang inginkan kerja mudah dengan mencari staf yang berpengalaman. yup, profitable matters, akan tetapi mangsanya adalah fresh graduate.

bagaimana mungkin freshie mahu mendapat kerja bilamana pengalaman yang menjadi ukuran majikan?

Monday, July 25, 2011

oslo


takziah kepada warga oslo atas serangan 'madman' atau pesakit mental mereka. mungkin dengan tidak menggelarkan pengganas yang kononnya sinonim dengan islam telah melegakan anda.


apakah pengajaran anda? sekarang anda mahu melabelkan agama atau individu itu sendiri sebagai pengganas?

-
-
-

tepuk dada, kemaskan pujangga.

Thursday, July 14, 2011

bohemian rhapsody



the most greatest song ever written.

Tuesday, July 12, 2011

pasca 2.0

apa yang aku lihat adalah bertambah para cendekiawan yang mungkin baru dalam soal merumus tentang sesuatu senario politik di malaysia.

namun, apa yang memalukan adalah mereka soalah-olah mengetuk tin kosong yang bunyinya kedengaran satu padang tanpa apa-apa hasil yang boleh dibanggakan.

umum melihat 2.0 mengumpulkan ramai tentera.

cuma satu soalan aku, adakah penggiat sana adalah pengundi? tak perlu jawab. kamu sendiri ada jawapan. kamu sendiri berfikiran.

tiada gunanya bertelagah tanpa melakukan sesuatu.

teringat aku tentang satu petikan kata :-

"you can talk the talk but simply not everyone would walk the walk"


Saturday, July 9, 2011

2.0


aku mengikuti perkembangan bersih pada hari ini walaupun aku tidak berada di kuala lumpur. secara keseluruhannya, apa yang aku amati adalah apakah ini semua?

bagaimana sebuah pertubuhan NGO chanting "hancurkan BN"?

walaupun pada hakikatnya tujuan utama rally ini adalah untuk menghantar memorandum kepada yang di pertuan agong. tidak juga sampai sudahnya.


cuma kesimpulan yang boleh dibuat pada hari ini adalah, bersih mendapat sambutan meluas di luar negara.


Friday, July 8, 2011

android


aku percaya dalam masa kurang pada 5 tahun android akan membenamkan symbian, windows mobile dan juga ios. evolusi oleh google ternyata tiada tandingan semua rival mereka.


apa yang pasti. kelebihan android ternyata adalah disebabkan open source, boleh di custom kan seperti juga jailbreak. dan aplikasi yang kian bertambah.

aku juga percaya bahawa sim card masa hadapan tidak lagi berdasarkan mesej dan panggilan suara sahaja disebabkan setiap orang bakal menggunakan ip address sendiri.

tunggu sahajalah. :)

Friday, July 1, 2011

anda tanya saya jawab - 7


bagi meneruskan apa yang sudah ditinggalkan, aku perlukan masa yang agak panjang juga. menstruktur semula, mencari pembaca, memperbaharui etika dan kemas mengolah idea.

apakah masih ada lagi pembaca?

ok. kita kembali lagi dalam siri yang telah lama dimendungkan. apakah ia masih relevan atau tidak aku tidak peduli.

jadi, pertanyaan di buka sekarang.


Thursday, June 30, 2011

masa

umum mengetahui bahawa apabila bekerja ruang masa semakin sukar. berbeza pada ketika belajar di universiti yang rata-rata mempunyai masa yang banyak.

masa untuk sesuatu yang aku anggap ia sebagai seni telah hilang. dalam skala yang agak besar. punca?

mungkin, :-

- facebook
- kerja
- twitter

jadi untuk kembali mengaktifkan diri(baca : aku) adalah dengan membenamkan satu perkara dahulu iaitu facebook.

apa barang deactivate ni. delete terus la bos.


Saturday, June 25, 2011

father


mungkin terlewat bagi aku mengucapkan selamat hari bapa. walaupun aku selalu bertanya khabar melalui telefon, aku masih sukar untuk mengucapkan terus kepadanya. sungguh jelas aura bapa aku begitu kuat.

yes, bapa kaya memberikan gaji sepuluh sen seminggu dengan kerja sebagai penjaga perpustakaan. sinonim juga yang diajarkan bapa aku.

dengan itu juga aku berani seperti sekarang.


terima kasih, bapa.



Tuesday, March 29, 2011

escher


ramai yang memuja potret monalisa yang bagi aku tidak setanding dengan karya m.c escher. zaman yang berbeza barangkali.

kali pertama aku menatap karya-karya beliau, minda aku bekerja keras untuk memastikan perkara tersebut terjadi pada realiti. nyata tidak mungkin.


cukup untuk satu lukisan, aku menjadi lapar untuk karya yang lain.


mindfuck apakah ini semua?

Sunday, March 27, 2011

and sunday come afterwards.


dalam hidup kita dikejutkan dengan beberapa perubahan yang kata orang adalah proses urbanisasi. bagi aku benda tu bagus sebenarnya. tapi ada beberapa perkara yang agak mencarut juga jika kita lihat.

aku dibesarkan pada waktu 90-an di mana muzik ketika itu bersaing dengan amat baik. tidak terfikir pula aku tentang justin bieber yang mana pada sekarang ini sudah/akan jelajah malaysia.



benda yang bagi aku adalah mindfuck.



tak lama kemudian muncul pula rebecca black yang bagi aku benda mindfuck juga.




apakah citarasa muzik sekarang memang begini?

Friday, January 21, 2011

takdir.


bila aku dengar takdir. perkara pertama yang terlintas adalah takdir yang maha esa. aku fikirkan semua pun sama. mati. takdir. berjaya/gagal. takdir.

semua pun takdir. setuju?

katakan aku mencuri esok dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan perilaku iaitu mencuri tadi. ia takdir? aku boleh mengatakan bahawa, "dah takdir mencuri masuk penjara. nak buat macam mana, takdir"

bukan?

-
-
-

bodoh.