sesuatu yang tidak asing bagi orang lelaki adalah bola sepak. Dan perkembangan telah menyaksikan bahawa segelintir pihak perempuan juga telah meminati sukan ini. Nyata bola sepak membawa pengaruh besar dalam dunia hari ini. Dengan bola sepak hubungan antara negara dapat dipulihkan. Dengan bola sepak juga kedai mamak telah terkenal di tanah air ini.
setiap orang mempunyai idola masing-masing. Macam saya, saya ada
pablo aimar. Dan kelab kesukaan saya adalah Chelsea. Lain orang lain minat. Kawan-kawan saya meminati pasukan lain. Tidak bermakna kami tidak bersefahaman. Berlainan pasukan dapat menceriakan malam hujung minggu dengan menonton pasukan kegemaran berlawan. Gelak tawa itu yang perlu. Sakat menyakat. Gurauan sinis itu yang tidak dapat dibeli.
Saya bermain futsal. Kawan-kawan juga sama. Sebab itu ada pemain idola. Aksi-aksi idola boleh ditiru di dalam padang.
Saya juga bermain
winning eleven. Setiap perayaan yang menyebabkan saya berkumpul bersama sepupu-sepupu adalah perkara yang indah. Kami sering bertelagah untuk menjadi yang teratas. Situasi tersebut memang bernilai disebabkan kami jarang berkumpul sama-sama. Di kampus juga sama, masing-masing mahu jadi yang teratas. Hari-hari berlatih bermain untuk mencapai ke tahap itu.
tapi kan, ada tak yang berlumba-lumba untuk menjadi yang teratas dalam kehidupan?apa yang saya perhatikan, mereka senang berpuas hati dengan apa yang ada. Tidak mahu berusaha, berlainan dengan situasi permainan video itu.
Saya minta pandangan kamu ya.