Wednesday, January 28, 2009

orang negeri sembilan memang kuat pedas.

memang benar lelaki di luar sana jarang yang memasak. Tapi jika kita lihat chef-chef professional di Malaysia majoritinya lelaki.


adapun lelaki yang menjadi chef ini adalah lelaki lembut? Bergantung kepada tanggapan orang ramai ok. Saya juga memasak. Dan makanan yang saya masak mesti dapat dihabiskan berbanding dengan makanan yang dibeli di kedai.

Tengah hari tadi saya menyiapkan lauk ikan sungai yang dimasak bersama cili. Mungkin tidak sehebat isteri-isteri orang. Walaubagaimanapun, kawan perempuan saya terkejut mengetahui saya memasak. Situasi yang jarang-jarang bagi beliau dan biasa bagi rumah saya.

Mungkin kami ini golongan yang rare. Ahah.

Oh ya, jangan fikir saya memasak apabila telah menjadi suami. Itu kerja isteri ok.

Terima kasih.

20 comments:

Anonymous said...

uhuh.masak la.tolong skali skale.
tajuk memang menarek perhatian.idop n9!hoyeah

Anonymous said...

laki2 negeri lain pon tahu msk gak...

tp xpedas laa...

de org ckp,org yg suke mkn pedas ni degil...?
pe kaitan pedas ngn degil?

hmmm...
bukan org suke mkn pedas ni garang ke?

mr. hafis said...

@yonneshomot.
saya memang garang.

Anonymous said...

garang dan degil jgk kn?

apek terror said...

lu masak??? confirm la itu macam....

confirm la tak boleh mkn itu hari ....

sYaMiMi naSiR said...

sy suka mkn pedas tp sy rasa sy xdegil!!!
sape yg nk ngaku dia degil kn??
hehe...

yer!!
laki yg pandai masak mmg jarang dijumpai...
kat umah sy pon..
xder org laki yg pandai msak!!

nadinezuharra said...

baguslah..banyak keuntungannye lelaki pandai masak ni lagi2 kalau berada dlm situasi yang memerlukan kita survive cthnye cam;
-camping
-@negara org yg mknnnye tk selari ngan tekak kite..
-kekeringan duit utk bersantai di kedai mkn
-or isteri dlm pantang lps bersalin(yg ni kene tolong tau mr.hafis..)hehe

*suka makan di gerai yg tukang masaknye lelaki..sempoi!bab pedas,yg sedang2 aja ok.. : )

Anonymous said...

@syamiminasir

mmg la kamu xkn mengaku...
adik sy yg suke mkn pedas pon xpnh nk mengaku die degil...

sempoi ke mkn di gerai yg tukang msknye llaki..?hmmm...

*mak sy plg best kalo bab msk2...

FlipFlop said...

suatu kesalahn jika si suami memasak??

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

flipflop,
memasak itu kerja perempuan beb. lelaki ada ego untuk dipertahankan.

betul tak masta? select sikit. haha..

Anonymous said...

masak kije isteri ke? keje suami melantak? ahhah!

mr. hafis said...

@dalam diam.
masta mana nih?
ahah.

Anonymous said...

yoyo masak...masak sambal sotongl pon raso masak kicap.........hahaha....

*ummi masak sambal ikan bilis masak tempoyak terangkat baiiiiiiiiiii...............

FlipFlop said...

ego??
ow~ ermm~ ahh~

Aini Khalid said...

aku tak tau masak.
selamba~

Anonymous said...

jika lelaki keluar bekerja..
perempuan juga keluar bekerja..
jika perempuan memasak..
apa salahnya jika lelaki juga memasak..?
ITU zaman dulu perempuan duk umah masak jaga anak..
zaman skrg da lain..

stakat masak ape nak EGO?

mr. hafis said...

@aku budak malas.
isteri yang tidak bersedia untuk memasak maka beliau tidaklah bersedia untuk berkahwin.

kalau cerita tentang suami keluar bekerja dan isteri juga keluar bekerja, kenapa tidak ceritakan tentang dosa isteri perlu ditanggung suami tetapi dosa suami tetap ditanggung suami?

terima kasih. :)

Anonymous said...

memasak ITU bkn kerja isteri..

"isteri yang tidak bersedia untuk memasak maka beliau tidaklah bersedia untuk berkahwin."

sedia atau tdk tertakluk pd individu..tdk salah kan jika dua2 main peranan utk memasak dirumah..kan best masak sama2..hee~

"kalau cerita tentang suami keluar bekerja dan isteri juga keluar bekerja, kenapa tidak ceritakan tentang dosa isteri perlu ditanggung suami tetapi dosa suami tetap ditanggung suami?"

tdk faham situasi kah?
sesuatu yg telah dtetapkan tdk sama dgn sesuatu yg boleh diubah mengikut kehendak diri..

mr. hafis said...

:)
"sedia atau tdk tertakluk pd individu"

jadi untuk pasangan saya perlu bersedialah. Sebab ini prinsip saya.

komen anda bagus.

terima kasih.

Anonymous said...

Bagi pendapat aku, kebanyakkan lelaki yg jadi chef adalah untuk kerjaya, x sama seperti wanita yg memasak di rumah untuk kerjaya (lebih kpd memasak utk keluarganya) dan kalaulah dia chef itu juga mungkin kerana kerjaya.