saya fikirkan pembaca-pembaca saya adalah pelajar bukan? Itu saya yakin. Mungkin tidak lama lagi anda akan bekerja. Dan bersediakah anda dengan alam pekerjaan? Di mana situasi yang ketika di alam kampus tidak berkaitan sama sekali. Dunia yang bagi saya selalunya mencabar kewibawaan seseorang dan mungkin boleh menyebabkan rutin dan sosial seseorang itu berubah.
Saya pernah baca satu buku daripada robert t kiyosaki. Beliau menyatakan bahawa dunia sememangnya sinonim dengan "belajar rajin-rajin, nanti bila sudah mendapat keputusan yang cemerlang boleh kerja bagus-bagus". Begitu juga dengan anggapan semua orang. Alah, anda pun sama kan?ahah. Belajar mesti mahu pandai, baru kerja nanti dapat jawatan yang baik-baik.
Untuk situasi sekarang ini, jika anda menonton buletin utama tadi, mereka menyatakan bahawa seramai 170 ribu hilang pekerjaan. Angka yang membuatkan saya terkejut. Memang terkejut. Jadi mana perginya orang-orang yang mendapat keputusan cemerlang tadi? Sudah dibuang kerja? Apa yang kita boleh buat?
Oh ya, sebentar tadi saya berjumpa dengan kawan saya yang bekerja di Taiwan. Beliau telah hilang pekerjaan sekarang disebabkan ekonomi dunia secara amnya di bawah arus selamat. Dengan riak mukanya memang saya pasti beliau tertekan. Kita yang sememangnya pelajar memang belum merasai situasi tersebut. Jadi perlu saya tekankan di sini. Sila bersedia.
Saya pasti, mereka(pelajar) di luar sana berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dan semestinya mereka inginkan pekerjaan yang baik. Tapi terfikirkah kita jika dalam keadaan ekonomi sekarang, apa yang perlu kita lakukan?
Dilema kan? habis belajar tiada pekerjaan, dalam situasi belajar tekanan assignment. Saya minta pendapat bernas pembaca.
Terima kasih.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
17 comments:
tiba2 sya rasa tkut nk hdapi hri esok..
tp,bg sya hdup msti dteruskn..
relax, smile...cheers...karma la..
maka itu, kita kena kembangkan ilmu..bukan cuma focus kepada apa yang kita belajar saja..
sangat lain apa yang kita belajar dengan dunia pekerjaan sana.Kena siapkan mental.Kalau tak mampu bersaing, akan ketinggalan la.
belajar untuk bersedia menghadapi masa sukar, belajar untuk tenang dan belajar cara "menjual diri"..
Mungkin masa macam ni kita boleh sambung belajar lagi, atau buat kerjakan kebun dan tanam cili. cili mahal juga sekilo.
hidup bukan buku teks.
walaupun kau bukan graduate cemerlang dari uni terbilang yang mendapat pekerjaan bergaji lumayan, kau masih boleh hidup.
sbb aku masih hidup lagi sekarang.
berpegang pd realiti; rezeki ada di mana2 asalkan kita berusaha mencarinya.
rasanya situasi sekarang memerlukan kita tidak terlalu memilih,walaupun gaji tak lumayan ia boleh dijadikan batu loncatan untuk kita dapat job yg lebih baik..sbbnye kdg2 sesetengah company lebih pentingkan experience dr taraf pendidikan semasa pengambilan pekerja.kalau tip top kedua-duanya,itu sudah bagus.
so,utk mereka2 yg masih belajar,concentrate dulu pd study,bile dah selesai,baru start berusaha dgn gigih utk cari kerja..good luck!
betol!
sbb tu lah saya tidak hy mgharapkan pekerjaan.tp sy mencipta peluang pekerjaan sendiri!
trust ur future.dont trust ur past day.
langkah yg sempoi skang.....
1.pegi kedai buku beli buku robert t kiyosaki,,,
2.baca bku yg aku beli tadi...
@najib ahmad dh nk same ngan robert t kiyosaki..MENCIPTA PELUANG PEKERJAAN SENDIRI...ORANG BJAK ADALAH MENGGAJI ORANG BIJAK BERKERJA...BIAR DUIT BEKERJA UTK KITA DAN JGN SESEKALI BIAR KITA BEKERJA UTK DUIT...NMPK RUMIT...TAPI ITU ADALAH PERLUMBAAN KEHIDUPAN...
manusia kena saling tolong menolong dalam mencipta kedamaian. jika semua orang bermentality seperti robert.. siapa mau kerja lagi.. semua nak tunggu duit datang bergolek dan buat duit kerja untuk kita.
tapi jika semua mentality kerja.. siapa boleh jadi majikan???
yer.. anda betul.. tapi itu gunanya belajar jgn hanya utk lulus exam.. tapi belajarlah utk masa depan kite.. sbb bila nak kerja nanti... kecekapan mampu mengubah persepsi org walaupun result tak sehebat org yg tak cekap... sbb ada org yg terlalu nak dptkan keputusan cemerlang,tak reti nak gunakan ilmu yg ada..
@yonneshomot.
takut? perempuan tak apa.
ahah.
@apek terror.
gua tengah rilek ni beb.
@syrupus simplex.
ok. terima kasih.
@aini khalis.
metafora anda tinggi.
saya tidak faham. maaf.
@nadine zuharra.
yeah tepat sekali.
@najib ahmad.
itu salah satu cabang kan?
tahniah.
@bkbm.
membaca untuk motivasi dalam beberapa hari ya?
@ahazeman.
ya, betul juga. tapi kita sememangnya mempunyai pelbagai lapisan. degree level kerja taraf spm buat apa?
@hadm.
ye bagus.
wah...
klau korang smua blajar tok mendapat kerja yg elok...
tp aku...
blajar sbb aku nk blajar...
bkn nk kerja yg best2...
sbb aku nk jd suri rumah...
or maybe 1 day...
buka butik @ spa...
aku nk lepak kat umah jer...
bsar kn ank2...
maybe nmpk kolot bg korg...
lg pon..
aku xsuka org mengarah aku...
so nk xnk...
kena jd bos ar...
hhahaa
syamini nasir = gila kuasa
hahahahha~
syamimi nasir = STYLO....DUIT BEKERJA UTK ANDA DAN BKN ANDA BEKERJA UTK DUIT...
tanggapan yang xleh diubah,blaja rajin2,dpt result bagus, keja best2,gaji banyak,dok goyang kaki.
ubah dulu tanggapan ni
keputusan belakang kira.
pengalaman sekarang, itu yang dikira oleh bakal majikan.
government dan swasta pun sudah cakap, dont take risk (dgn yg tiada pengalaman).
lagi2 tgh gawat sekarang.
mantapkan diri korg dgn softkill or interpersonal skill..
communication apatah lg..
lg2 dlm bhgn management!!..engineer pun last2 keje kn tau gak psl management jgk...
Post a Comment