Friday, January 16, 2009

tentang gitar. kalau tentang penyanyi anda pun tahu.

hari ini saya akan bercerita tentang gitar. Gitar adalah salah satu instrument yang mempunyai tali dan berbunyi apabila dipetik. Gitar ada 3 jenis. Satunya adalah gitar akustik. Gitar akustik sememangnya agak besar disebabkan di bawah talinya memerlukan ruang udara untuk memerangkap gelombang bunyi yang dihasilkan. Keduanya adalah gitar elektrik. Semua pun tahu akan gitar ini. Pemilik gitar elektrik memerlukan amplifier untuk mengeluarkan bunyi gitar. Sebab tiada ruang udara lah. Ia menggunakan pickup iaitu sejenis magnet yang menangkap gelombang. Jenis yang ketiga adalah semi acoustic guitar. Gitar begini boleh dimainkan dalam dua situasi. Samaada tanpa kuasa elektrik mahupun dengan kuasa elektrik.



bagi anda yang tidak bermain gitar, mungkin anda tidak tahu akan jenama pengeluar yang menghasilkan gitar lah. mungkin. Ia bukanlah jenama yang biasa kita dengar seperti louis vuitton , adidas, salvatore ferragamo dan lain-lain. Jadi, di sini saya list-kan beberapa jenama gitar.
  1. BC Rich - kebiasaannya pemilik gitar dari jenama ini suka bermain muzik jenis keras seperti black metal. Tapi jika anda mahu main genre apa sekalipun, apa salahnya.
  2. epiphone - jenama ini kebiasaannya untuk beginner. Kata mereka lah. Boleh dikatakan gitar jenama ini agak murahlah. Tapi bunyinya not bad bak kata jiran saya.
  3. ESP - brand ini boleh dikatakan terkenal jugalah. Jika anda main genre metal sesuai mungkin. Saya ini pun main belasah sahaja asalkan ada bunyi. Jangan pandang remeh dengan jenama ini tau. kirk hammett pun ada koleksi gitar ini.
  4. fender - jenama ni boleh kira jenama all time lah bagi penggemar gitar. Kenal jimi hendrix kan?dia tu pakai jenama ini. Mahal tu jangan terkejutlah jika saya katakan fender mustang kurt cobain berharga 100,000 usd. Oh ya, man kidal pun guna fender tau. Tapi siri stratocaster lah.
  5. gibson - yang ini pun sama. Berlawan dengan fender juga lah. Macam merc dengan bmw. Siri yang paling mendapat sambutan ada siri les paul. Loque butterfingers pun pakai les paul. Slash kenal?gitaris gun n roses tu. Dia pun guna jenama ini.
  6. ibanez - jenama ini pun popular juga. Popular tu mungkin tidak sampai ke tahap 2 jenama di atas. Tapi oklah orang kata. rock the world lepas ada beri hadiah cabutan bertuah gitar ibanez. Siri gio. Paul Gilbert yang saya minat tu guna gitar ini. Hehe.
  7. jackson - jenama ini eksotik ok. Bukan calang-calang jugalah yang pakai. Jika anda boleh main macam Alexi Laiho tu kiranya bolehlah memiliki gitar ini.
  8. paul reed smith (prs) - gitar ini jarang-jarang orang Malaysia pakai. Mungkin sebab kurang sambutan. Tapi santana pakai tau. Bunyi pun sedap didengar.
  9. yamaha - anda mesti rasakan seperti pengeluar motorsikal kan?yamaha juga keluarkan gitar. Piano pun ada. Jenama ini telahpun menaja band kristal.
  10. washburn - jenama ini jarang juga lah yang diguna di Malaysia. Di negara lain saya tak pastilah. Tapi hasil bunyi gitar ini memang menarik.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan tentang perihal gitar secara amnya. Oh ya, entri ini di request oleh kecik. Beliau juga bertanya tentang gitar yang di prefer oleh saya. Jawapannya? semestinya yang mahal lah. Hehe. gibson custom les paul.

Terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

sblom ni sy tau ymha ngn fender jer...

time kasih kpd kecik sbb request entri ni kat mr. hafis...

syrup said...

wah, menarik sekali.terima kasih..

cindir-rela said...

urm..this is interesting...gambar tuw gmba gitar ko ke?? banyak ~lah~ plak kali ni?heheheh

kecik said...

ahah!

*tepok tangan*
trimas encik.

Aini Khalid said...

Yelah.Bagus.
Aku pun tak tau byk.
*Hands down baby~

cindir-rela said...

Projek KoKEN : Teater Kompilasi Vol 1


Tag Line : 4 Kes – 1 Motif

28 JAN – 1 FEB 2009
8.30 malam (28 Jan – 31 Jan)
3 petang dan 8.30 malam (1 Feb)

Stor Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Tiket : Melalui sumbangan minimum RM 20.00

http://rumahanakteater.blogspot.com

Pengarah dan Penulis Skrip
ZAHIRIL ADZIM
FARED AYAM
KHAIRUNAZWAN
KHAIRIL RIDZUAN

Pelakon
AMERUL AFFENDI
INTAN DIYANA
SHERRY
KE'EN

Pengarah Artistik
NAM RON

Sinografer
YUSMAN MOKHTAR

Pengarah Muzik
INDRA

Dramaturge
MOIZZIS R.CONG
*iklan..gi tengok link kat blog aku

nadinezuharra said...

di rumah ade gitar jugak,1 tali dah putus.tp bukan saye punya.
*dr dulu sampai skarang tk reti2 nak main..jeles tgk org yang terer2:p

apek terror said...

gua pemilik gibson custom les paul...amacam...

mr. hafis said...

apek gua tau lu memang kaki goreng.
memang layak lah ada gibs.
ahah.

buih said...

bass guitar pun guitar gak...tak mention pun...

mr. hafis said...

@buih.
konsepnya tetap sama.
terima kasih.