ok, setelah cukup bagi saya memperolehi jawapan daripada para pembaca yang sememangnya sporting dan bergaya solid. Sedikit ulasan daripada saya yang semestinya mempunyai kontra dengan yang lain.
setelah diteliti, kurt cobain mempunyai empat undi(dalam komen entri sebelum ini) dan daniel johns mempunyai 5 undi(baca kurungan sebelum kurungan ini).
satu undi telah menangkan daniel johns. Satu undi. Bagi saya keputusan adalah seimbang. Kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri. Dan ternyata para pembaca juga sukar membuat pilihan. Dulu dan sekarang. Bezanya memang banyak. Kurt telah mewujudkan satu fenomena yang besar. Daripada sejarah hidupnya, grunge itu sendiri telah kacipkan identitinya.
Semua pun pernah dengar lagu daripada Nirvana. Saya mula mengikuti band ini sejak dari tingkatan 3. Mungkin lewat dan mungkin awal bagi generasi saya. Saya dengar pun setelah kurt cobain tiada lagi di dunia. Dan sudah menjadi kebiasaan, apabila minat, semua pun mahu di ambil tahu.
Yang keduanya, Silverchair. Yang sebenarnya daniel johns adalah songwriter bagi kumpulan ini. Memang jika diikutkan daniel adalah proxy daripada kurt. Permulaan lagu daniel adalah dipengaruhi oleh muzik bawaan kurt. Senang cerita macam anak murid la. Anak murid yang belajar curi-curi dan idolanya kurt. Setelah bertahun berkarya. Nyata muzik daniel berevolusi. Dan sekarang keupayaannya melebihi kurt.(dan mungkin jika kurt hidup dia lebih berevolusi).
Untuk penjelasan kepada pengundi-pengundi dientri sebelum ini, nyatalah mereka yang mengundi kurt cobain adalah seorang yang suka mencari idolanya.(bukan kurt. contoh lain yang boleh di ambil adalah seperti vanidah imran). Mungkin. Keduanya, jangan marah ya. Anda seperti mempunyai adrenalin perkongsian perasaan terhadap yang lain. Maksud saya, apabila anda suka maka anda tunjukkan suka anda. Dan bila marah, anda tunjukkan marah anda. Mahu lebih lagi? email saya. Hehe.
Untuk pengundi daniel pula ya. Anda seorang yang aktif. Suka akan muzik. Dan selalunya ceria. Kurang masalah yang dapat dilihat daripada muka anda. Anda juga kurang untuk ambil perhatian terhadap perkara yang remeh-temeh. Contohnya seperti cara-cara mengorat edward cullen dan mengingati perkara tahun lepas. Anda semestinya seorang yang tidak mudah berputus asa. Sinonimnya. Mahu tahu lagi juga? email jugalah.
Saya? Seperti juga Aini Khalid. Dahulunya kurt dan sekarang daniel. Sebab umur saya berkadar langsung dengan citarasa. Hehe.
pemerhatian ini sekadar suka-suka sahaja tau. Jangan marah.
Terima kasih.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
9 comments:
- kamu mahu jadi peramal kah selepas ini? hehehhe
"apabila anda suka maka anda tunjukkan suka anda. Dan bila marah, anda tunjukkan marah anda."
'cry when you have to cry, because we are all human being'
emosi boleh kawal,tapi kalau suke pon pendam, marah pon pendam, boleh jadi tetekan tau mr hafis..sesuatu yang kamu rasa, perlu diluahkan dalam bentuk ape sekalipun namun terkawal..
'kalau suke sesuatu, tunjukkan lah rasa sayang setiap hari'..hehe:)
peramal?
ahah.
kan saya dah state-kan yang entri ini sekadar suka-suka.
name real awak mohd khairul hafis kan....
tak.
tak tahu nak pilih mana..
suka lagu kat blog ni!!..
p/s-oh mesti nama awak mohd nazrul hafis.
bukan.
dah jadi macam tempat teka-teki pulak.
mohd azhar hafis..haha
tak boleh main teka teki ke?
err..namaku dijaja..
Post a Comment