Friday, February 27, 2009

anda tanya saya jawab - 3

ok. sekarang masa untuk saya menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh anda semua. Saya jawab berdasarkan pengetahuan saya yang tidaklah begitu meluas seperti stephen william hawking ya. Jadi jangan persoalkan jawapan saya ini. Sebab jika anda mahu yang lebih tepat. Sila gunakan google. Ahah.

1. cindir-rela said...
sejarah?? ok...kamu rase layak tak seven wonder's in the world tu dinobatkan sebagai seven wonder's in the world??


tahukah kamu 7 bende ajaib di dunia tuw bertukar2 tiap2 beberapa tahun sekali bila adanya ciptaan baru...so dia akan compare and bandingkan mane lagi 'power'..can you tell me mendalam lagi about that?? i hate google-ing...heheh...

Sebagaimana yang kita tahu, keajaiban dunia memang lebih daripada tujuh dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pada zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden. Nombor 7 dipilih disebabkan nombor 7 adalah nombor yang bertuah bagi orang greek. Jadi hanya 7 keajaiban lah yang dipublisitikan untuk umum. Tidak bermakna keajaiban lain itu tidak ajaib, akan tetapi disebabkan terlalu banyak, maka dihadkan. Seperti juga pemain bola sepak. Setiap tahun pemain terbaik dunia bertukar-tukar. Sebab ramai pemain hebat dalam dunia. Mereka diundi. Samalah jika kita lihat pada 7 keajaiban. Mereka pun diundi ya. Bukan compare dengan yang mana lagi power. Ahah. Oh ya, ini 7 kejaiban dunia yang terbaru.


2. Masrurah said...
salam...
just persoalkan psl rocket..from ancient times till now..
explain how rockets work and why they are able to work in the vacuum of outer space.
TQ.


Salam. Untuk soalan ini boleh tak saya gunakan logical thinking saya? Merujuk kepada pemahaman saya, roket digerakkan melalui tindak balas terhadap daya yang berlawanan. Pada zaman purba, kalau tak silap sayalah, melalui pembacaan terhadap buku sejarah, masyarakat china jauh ke hadapan. Asal-usul roket adalah daripada penghasilan mercun-mercun yang begitu sinonim dengan mereka. Dengan penghasilan mercun-mercun yang terbang itu, maka revolusi terhadap roket dimulakan. Untuk pergerakan roket di tempat vakum, hukum newtons ketiga adalah dirujuk. Salah pemahaman iaitu ramai beranggapan roket bertindak balas dengan udara yang bertentangan. Sebenarnya, memang ada yang bertentangan, ia adalah daya daripada bahan bakar roket tersebut. Jadi tidak mustahil untuk roket bergerak dalam situasi vakum. :)

3. anonymous said...
different between loneliness and emptiness..

Begini ya, anda akan berasa loneliness/keseorangan apabila anda rasakan seseorang atau sesuatu yang diperlukan sedang hilang dalam keperluan hidup anda.
Emptiness/kekosongan pula dimana keadaan perasaan anda itu. Anda tidak rasakan apa-apa dan tiada apapun perkara yang boleh memberi kesan terhadap perasaan anda. Selalu kita dengar jiwa kosong kan? Begitulah.
Ok, sebagai contoh, beliau rasa keseorangan setelah teman rapatnya tiada disisi disebabkan berpindah ke suatu tempat dan beliau rasa kekosongan disebabkan dahulunya diisi dengan kasih sayang ibubapa yang kini tiada setelah beberapa tahun.

4. anonymous said...
saya gadis rembau...
saya nk tanye psl flying sub...
ape konsept...
background study...
methodologi...
ape yg menyebabkn dia tenggelam dan terapung...
lukisan solid work...
mcmana nk kaji daya yg terlibat..
kt mane nk dpt RC flying sub ni...

tlg la bgtau...

-gadis risau dr rembau-


Fuh, soalan ini agak mencabar kelakian saya, soalan yang sukar. Bagaimanapun, saya cuba ya. Sebenarnya, flying submarine ini hanyalah imaginasi. Ia bermula apabila russia telah cuba jadikan kenyataan pada perang dunia ke-dua.


flying submarine menggabungkan 2 konsep iaitu konsep kapal selam dan jet pejuang. Teori untuk kapal selam adalah kesinambungan daripada teori hydrodynamic/fluid dynamic. Manakala teori bagi jet pejuang adalah daripada konsep aerodynamic. Masalah yang jelas dihadapi adalah jalan penyelesaian bagi penggabungan kedua-dua teori ini. Mungkin satu masa nanti ianya menjadi kenyataan. Sama-sama kita tunggu.
Untuk radio control/(rc) flying sub ini. Ia tidak dijual ya. Sebab ianya memang tidak ada. Kalau adapun yang beginilah. Ahah.

5. zarip said..
mecha atau iart?
sila jawab.
bkn disini. ym ak nnt.
heish.

Saya jawab di sini juga. Untuk rujukan yang lain-lain. Perbezaan antara course mechatronic dan industrial automation and robotics technology adalah pada mechanical dan electronics. Mechatronics lebih sedikit pembelajaran terhadap mechanical dan iart lebih sedikit pembelajaran terhadap electronics. Sebenarnya, jika diikutkan pada awalan penubuhan iart, silibus kos ini datangnya bulat-bulat dari france. Jadi perbezaan itu ketara. Disebabkan untuk lulusan lembaga akreditasi negara yang sekarang ini telah ditukarkan kepada malaysia qualification agency, maka silibus kos ini hampir sama dengan mechatronics. Tidak perlu pening kepala ya. Apapun pilihan anda, skop kerja dalam 2 bidang ini adalah sama. :)

6. cindir-rela said...
hahah..betul2..takde soklan menarik pun...ok, nak tanye..eh takleh soklan peribadikan? ok..tanye soklan tentang lelaki lah..bile lelaki kawan dengan seseorang...tak kisah lah lelaki uatau perempaun yang dia kawan, ape yang kamu ambil tahu?? as a lelaki? maksudnye..camni..rumah dia ke..umo dia ke..urm? what2?

Untuk soalan ini, sebenarnya ini bukan soal lelaki, ini perlu dirujuk kepada individu itu sendiri. Tapi untuk kebanyakan lelakilah ya. Mereka suka berkawan apabila sesuatu perkara itu sesuai dengannya. Dengan kata lain. Mempunyai hobi yang sama, minat yang sama, tidak kisahlah pada apa yang sama. Janji ada something in common, mereka berkawan. Jarang saya lihat lelaki ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik niat berkawan. Kebanyakannyalah.
Ok, saya jawab untuk diri sayalah. Sebenarnya, saya tidak ambil tahu sangat tentang latar belakang kawan saya. Saya hanya tahu apabila mereka sendiri yang beritahu. Saya tidak akan bertanya. Melainkan kawan yang rapat dengan saya. Itupun tidak perlu tanya. Sebab namapun kawan rapat kan? Saya tidak kisah langsung tentang latar belakang kawan saya. Asalkan dia tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tidak suka. Itu sudah memadai. :)

Selesai sudah soal jawab sesi ke 3. Oh ya, jika ada apa-apa yang saya tertinggal anda dipersilakan untuk tambah di ruangan komen ya.

Terima kasih.

4 comments:

Masrurah said...

salam
hye encik is
thanks jwb soalan sy tu..
agak tepat jgkla..
bermule dri era mercun lg..hehe
gud2..

teddi said...

hai lame xjumpa....
hahaha baik punya soalan yg ditujukan ekk

hikayat aku dan mereka said...

aduh.. lamanya tak tinggalkan komen.. byk yg tertinggal.. nak tanya gak boleh? bukan tentang sejarah... elokkah kite block fikiran kite bila kite taknak igt kenangan yg pahit?

mr. hafis said...

@hikayat..
tak elok. Hidup adalah satu pembelajaran. Belajar daripada yang pahit. :)