Thursday, February 5, 2009

sebenarnya kita terlalu selesa di tempat sendiri.

Semua berimpikan untuk mendapat pelajaran yang tinggi. Yang standard mestilah di luar negara bukan? Itu memang impian pelajar-pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia secara amnya. Dan semestinya untuk mendapat tajaan menyambung pelajaran memerlukan keputusan yang cemerlang. Melainkan anda adalah anak kepada undang luak(negeri sembilan sahaja yang ada tau. ahah) ataupun menteri di jabatan perdana menteri yang mana tidak perlu risau tentang kos.

Apa yang best belajar di luar negara? Jawapan saya, untuk ke luar negara, persediaan untuk mental perlu kuat. Yang ini perlu saya tekankan. Best bagi saya mungkin untuk jangkamasa yang pendek, seminggu ataupun sebulan. Sebab banyak benda baru yang kita dapat lihat(jika di negara maju lah). Selepas itu?

Iya, anda rasa keseorangan. Nasib mungkin lebih baik jika ada komuniti melayu ataupun orang asia yang ramai. Jika tiada?



Maka bermulalah episod makan seorang diri, study di library seorang diri, teringat pisang goreng, mamak dan sebagainya. Situasi akan normal jika anda biasa keseorangan semasa di Malaysia. Semuanya terletak pada diri sendiri ok.

Saya mempunyai ramai kawan yang melanjutkan pelajaran di luar sana. Memang inilah yang terjadi. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh berpatah balik. Jadi, dengan hanya menggunakan ym dan gtalk sahaja lah saya dapat temani mereka.

Bukan sahaja dalam situasi belajar, alam pekerjaan juga sama.

Situasi being alone perlulah di latih supaya kita bersedia berada di mana-mana sahaja. Barulah kacip dengan "the world is my country". Ahah.

Oleh itu, saya mintalah pendapat anda yang banyak pengalaman seperti (kakak)nadine zuharra dan yang lain-lain ya.

Terima kasih.

10 comments:

CoLeSlOw said...

loh ajk ko cm nk pg jer

nadinezuharra said...

hehe,terima kasih kerana ada nama saye di situ(malu.. ;p)

mm,kalau di tempat orang,belajar n bekerja byk bezanya. belajar,kita banyak pakai duit n asyik duk terfikir akan masa depan je so mungkin lebih senang stress,sunyi,dan apa2 shj yang sewaktu dgnnya. Kalau kerja agak relax sedikit. seronok menanti pulangan dan kita juga rase okay sbb experience tula yang kita nak cari buat bekal blk m'sia nnti..

antara tips2 mudah;
-pelbagaikan hobi,contohnye memasak,membaca,memblogging(hehe),shopping benda2 unik,berjalan + fotografi dll.kan best tu,so mungkin hilang skit rasa boring selepas penat belajar/bekerja.
-rajin senyum dan menyapa orang baru..persahabatan itu universal sifatnya.
-jangan malu bertanya. berlagak saja seperti tourist walaupun kita sudah bertahun ada di situ.
-balik selalu ke tanah air(utk negara yang berdekatan)
-kahwin, kerana berdua itu lebih baik..hehe ^_^

sekian mr hafis,nnti kita berkongsi kisah lain pula ye : )

Masrurah said...

great discussion! believe me..study abroad make us strong and independent person..

sYaMiMi naSiR said...

sy salah seorg yg bercita-cita tok menyambung pelajaraan di sana...
tp bt masa skrg...
sy masih xyakin adakah sy mampu melalui ari2 di sana tanpa keluarga dan rakan...
dgn cuaca nye lg..
budaya n makanan...

::masih menunggu masa yg sesuai tok ke luar negara n smbg blajar::

Anonymous said...

korg..,sy xde pengalaman pon...
tp bg sy kalau nk tahu sejauh mne anda syg negara anda, boleh la stdy kat negara org...

n lg satu..,bile kite kat tmpat lain bru la kite tau value hidup kite...nk berjaya atau sebaliknye...

n kalau da rase cam nk terpesong tuh...,cpt2 lah kembali kepada diri sndr yg sbnr...

adakah sy sudah terpesong dr topik ini?hihi~

mr. hafis said...

@nadine zuharra.
kalau pelajar nak melancong, shopping tapi kekurangan duit sigh.

@masrurah.
thanks.

@syamimi.
jadi anda perlu berkahwin lah dan bawa suami ke sana nanti. ahah.

@yonneshomot.
belum terpesong lagi kot.

hikayat aku dan mereka said...

agak2 saya boleh comment tak? saya tak pernah belajar di luar negara.. tapi mmg nak teringin pergi.. cuma takut gak sbb utk perempuan mcm ad kesukaran kalau pi sesetengah negara... ada kawan saya bercerita mereka yg bertudung akan dipandang semacam... hmm... tu yg kdg2 takut utk pergi... tapi... elok gak kalau pergi.. slalunya org yg eprgi ni lebih berdikari n berani.. kan?

apek terror said...

gua ramai kawan punk luar sane...

Anonymous said...

berdiri diats kaki sendiri itu perlu supaya kita tdk terlalu bergantung pd org lain..cth kwn or family..org yg salu pk xnk duk jauh sbb xde kwn or family itu bdk manja nmenya..;)
org yg independent nih kalo campak kat mana2 pun bole hidup..
so, jadi lah seorg yg independent..

pe yg AKU mengarut nih..?

hurmmmm....

mr. hafis said...

@apek terror.
fuh. boleh la saya tumpang.