Tuesday, February 17, 2009

kalau saya pengarah filem. saya mahu seni silat melayu diperjuangkan.

Filem. Semua mesti mempunyai keinginan untuk menonton bukan? Seperti juga saya. Filem membuatkan saya lebih berkeyakinan. Yakin dengan keputusan. Pengaruh filem juga kuat terhadap kehidupan. Anda mesti pernah dengar ayat seperti ini "peh, ko ni buat aku teringat cerita borat lah". Seumpamanyalah.

Pengarah sesebuah filem mempunyai agenda tersendiri. Mungkin filem-filem ringan seperti die hard, gerak khas the movie, ong bak, dan sealiran dengannya mempunyai tujuan dengan jumlah kutipan. Tidak seperti pengarah yang memperjuangkan lebih daripada itu. Satu contoh adalah danny boyle. Filem slumdog millionaire membuatkan saya teruja. Begitu juga dengan filem-filem sebelumnya seperti 28 days later dan trainspotting. Mungkin untuk pelajar-pelajar sekolah berasakan filem tersebut tidak sesuai atau tidak faham. Bagi saya beliau telah capai matlamat. Biarpun tidak capai kutipan sebanyak titanic.



salah satu filem kegemaran saya adalah the dark knight. Filem yang betul-betul mengejutkan. Penuh dengan kata-kata. Mungkin juga disebabkan publisiti yang amat meluas menyebabkan filem ini berjaya menghampiri rekod titanic. Rekod individu juga telah saya catatkan dengan menonton filem ini berulang kali di pawagam berhampiran.

selain itu, filem godfather juga termasuk dalam filem all time saya. Tidak lupa kepada the shawshank redemption, se7en, hitman, count of monte cristo, 1408, rocky balboa dan banyak lagilah. Saya memang kaki filem. Dan saya percaya pada perubahan identiti kesan daripada pengaruh watak dalam filem. Yang baik sahaja jadi ikutan ok.

semakin banyak filem yang saya tonton, semakin saya fikirkan tentang filem di Malaysia. Bilalah boleh setanding dengan filem yang paling tidak pun seperti slumdog millionaire? Saya nantikan saat itu. Oh ya, apa pula filem all time anda?

Jika sama seperti saya, jodoh kita mungkin ada. ahah.

Terima kasih.

12 comments:

sYaMiMi naSiR said...

mcm mana filem malaysia nk dpt kutipan box office klau rakyat malaysia sdiri xnk tgk filem malaysia...bkn xbest tp slalu sgt agung kn filem luar dan remeh kn filem tempatan

nadinezuharra said...

emm..saye perlu positif..satu hari nnti M'sia mesti mampu buat filem yg bagus..! : )
beri saja saya filem yang ada penjara/kurungan/pelarian/ketakutan/kebingungan..saya mesti suka.. : )
sbb itu boleh membawa kita untuk berfikir.. :D

*mamat dlm 28 days later itu mmg mencairkan hati..hehe
*maaf,ada persamaan tp jodoh itu sgt kompleks;dari sudut yg berbeza mungkin..? : )

cindir-rela said...

-banyak aspek menjadikan malaysia sedikit tertinggal dalam perfileman..salah satunya promotion dan bajet filem itu sendiri...teknologi belum cukup canggih kalau nak dibandingkan dengan studio di hollywood..semuanya mampu dibuat dengan hanya di dalam studio..tak ramai yang berani untuk melabur besar jika melibatkan pengarah tempatan..mungkin juga penonton seperti anda yang sukakan filem luar membuatkan mereka berfikir panjang juga untuk mengeluarkan bajet..haha

urm transpotting itu memang heavy film..hanya yang betul2 mmpu menahan diri dari terpengaruh sahaja boleh menonton cerita seperti itu..pendapat kamu?

mr. hafis said...

@syamimi.
apa yang cuba saya nak sampaikan di sini adalah tidak semestinya filem box office itu berkualiti.

bagi saya. selagi filem itu mempunyai kesan yang besar. itu boleh dianggap filem yang baik.

tidak perlu modal yang besar untuk menghasilkan filem yang bagus. Idea yang besar itu lebih perlu.

sokongan kepada filem melayu? saya sokong apa. lagi-lagi filem daripada bade hj azmi dan u-wei. bukan prof razak ok. :)

@nadine zuharra.
sebenarnya malaysia sudah mampu. Cuma mereka lebih mahu mengejar kutipan. sebab itu jarang-jarang dapat menonton filem yang berat. :)

@cinder-rela.
sila jangan melihat modal untuk sesebuah filem. Tidak perlu teknologi, hollywood sebenarnya. Idea adalah tajuk utama. sekali lagi saya highlight-kan. sila tonton slumdog millionaire.

Aini Khalid said...

Slumdog millionaire is a REALLY great movie. A must watch. Cuba tonton Kite Runner pula.
Kalau nak cari filem bagus cuba pergi tonton di gsc bila ada tayangan international film dari mcm2 negara tu. Cerita lakonan Leo DiCaprio dan Tom Hanks byk yg menarik. Cerita yg dari komik dan epik pun aku suka. Chick flicks pun aku layan. Ringan. Animations? I grew up with those. Tipu kalau aku aku kata aku tak layan Hindustan dan filem Hong Kong :P

Filem Malaysia pun ade yg bagus. Aku suka je tgk cerita Rock. Leftenan Adnan pun bagus. Sarjan Hassan. Pensil etc etc. Aku teringin tgk trilogi Bagaikan Puteri difilemkan.

Aku tonton movie ikut mood. Mungkin sbb genre filem2 berbeza so kita kena layan ikut perspektif yg lain2. Ada movie lain yg kau suggest tak? Tapi sebenarnya aku lagi suka membaca.

Anonymous said...

kalau sy, sy nk filemkn karya a. samad said...

boley x...?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

aku suka tengok filem sejarah dan fiksyen sains.. tak perlu aku senaraikanlah sebab banyak yang dah lupa.

beb, patutla bila aku tengok Che Guevera macam ada chemistry je.

rupa-rupanya Fidel Castro yang aku pernah tonton dulu memang ada persamaan dengan Che Guevera. mereka adalah rakan revolutionary Cuba.

tapi kan beb..

sebelum kamu tonton filem Che' dan Mr. Alejandro ni, pergi kenal dulu Leftenan Adnan. filem yang dapat rating membanggakan dalam IMDb yang kamu dewa2kan tu. sigh..

dah dapat nilaikan filem Malaysia? bagilah sokongan sikit..

mr. hafis said...

@aini khalid.
ahah. so, bacalah buku.

@dalam diam.
eh, gua memang sokong lah filem Malaysia. cuma jadi tak suka sebab ada unsur kapitalis. yang mana lebih jujur itu gua suka beb.

FlipFlop said...

saya bukan seorg kaki filem..
kaki filem pada saya seorang yang obses terhadapa dunia ni n sgt berusaha mncari filem2 baru..

saya gemarkan filem yang jalan ceritanya sgt realistik..
tdk suka filem yang terlalu mnggunakan bantuan2 perisian yang nyebbkan ianya mcm dlm komik..

yangpasti jalam cerita yang lbh kpd sesuatu yang human being~

ow~ pelakon nye kacak, saya layan..terutamanye ROBERT PATTISON..

ow~ kita tiada kejodohan di situ..

ah bu said...

org A: hey jom tgk cite nih (cite melayu)
org B: hah? cite pew? mls ah!!.

haha.majulah sukan utk negara.

mr. hafis said...

@mrs fliflop.
sudah nampak penangan edward cullen. Ahah.

@zarip.
nasib baik org b bukan saya.

Anonymous said...

borat jgn citer beb. kelakar nk menangis!