Showing posts with label guna majoriti.. Show all posts
Showing posts with label guna majoriti.. Show all posts

Friday, March 27, 2009

lelaki dan hari jumaat.

iya, perempuan tidaklah seperti lelaki yang diberi kelebihan seperti solat jumaat. Dan utamanya yang menjadi persoalan adalah, mengapa kelebihan itu dipersia? Saya sempat melihat perempuan mengunjungi masjid sewaktu berjalannya khutbah jumaat semata-mata ingin mengambil intipati-intipati khutbah. Malangnya untuk saya kerana perempuan itu sudah tua, yang muda mungkin menjadi jodoh saya, barangkali. :)


berbalik kita kepada tajuk, diriwayatkan oleh baginda junjungan besar SAW bahawa dilarang berbual-bual semasa khutbah, maka sia-sialah solat jumaatnya itu. Apa yang diperhatikan, hanya beberapa kerat sahaja yang jelas mendengar isi khutbah, yang lainnya tidur dan berbicara tentang kemenangan khairi jamaludin. Saya juga tidak berapa bersetuju dengan khatib. Seperti hanya membaca buku khutbah atau hanya menjalankan permintaan takmir masjid. Tiada tone yang menarik dan membolehkan makmum teruja, seperti berpidato lah.

ada juga yang melintasi hadapan seseorang yang sedang menunaikan solat sunat. Mana perginya nilai-nilai hormat yang kacip dengan melayu itu? Selepas ini boleh berhati-hati lah ya. :)

oh ya, selingan doa diantara khutbah pertama dan kedua mencetuskan tanda tanya. Apakah yang mereka aminkan? Belum sempat khatib menghabiskan satu ayat mereka sedia dahulu sudah mengaminkan. Boleh sahaja proxy amerika mendoakan agar umat islam patuh kepada rejim zionis dan mereka terus sahaja meng-amin-kan. *sigh. 

seperkara lagi, jangan diganggu makmum yang berdoa selepas solat dengan aktiviti bersalaman. Mereka sedang khusyuk berdoa. Saya tahu, anda ada kerja yang mahu disegerakan. Jalan sahaja. ini bukan masa yang sesuai untuk bersalam.

terima kasih.

Monday, March 23, 2009

ceriakan pagi anda ok - 3

karipap adalah kegemaran saya, berintikan kentang. Adakah kuih karipap sampai pengaruhnya di eropah sana? Saya sedang berfikir sambil mengunyah.





selamat pagi semua.

Terima kasih.

Friday, March 20, 2009

ceriakan pagi anda ok - 2

satu klip video hasil radiohead. Di mana mereka adalah kumpulan yang mengujakan saya. Perhatikan cara thom yorke menghayati pembawakan lagu mereka.



selamat pagi semua.

Terima kasih.

Thursday, March 12, 2009

hai kersani, kemarilah dikau.

saya rasa ramai yang tidak sedar akan perkara ini, tapi percayalah. Ia perkara yang perlu diambil serius oleh anda.

minggu lepas saya pulang ke halaman. Ayahanda saya bertanyakan tentang kehidupan saya sehari-hari di perantauan. Seperti biasalah, jawapan saya semestinya lancar. Beliau juga bertanyakan tentang silat. Sedia maklum ayahanda saya seorang guru silat. Hah?!! Silat?



iya, dahulunya saya mengikuti kelas persilatan, namun sekarang tidak lagi.

berbalik kepada sesi saya bersama ayahanda. Beliau menyuruh saya mengikuti silat disebabkan:-
  1. melayu saya. Ilmu persilatan penuh dengan budaya melayu yang diserap. semakin tinggi kita pelajarinya, semakin tinggi nilai kemelayuannya.
  2. disiplin. dengan melihat rutin harian saya. beliau rasakan adalah elok kiranya menanam disiplin lebih daripada biasa.
  3. agama saya. semakin kuat kita dalam ilmu persilatan. semakin dekat kita dengan tuhan.
  4. bukan semata-mata untuk bergaduh. itu kerja budak sekolah lah. :)
  5. tanam sifat hormat terhadap orang lain.
  6. cari sebanyak mana ilmu selagi termampu.
jika kita lihat sekeliling kita. Minat remaja-remaja untuk mempelajari silat seperti semakin pudar. Semuanya mengikut trendsetter-trendsetter sekarang. Bila tiba musim shuffle, itu yang di kejar. Bila tiba musim pavillion? ahah.

ok, begini ya. saya amat berharap budaya melayu kita tidak mati ditelan zaman. Saya ada bertanyakan kepada seorang kawan yang merupakan angkatan tentera tentang seni mempertahankan diri apa yang dipelajari ketika berkhidmat. jawapannya adalah tae kwan do. Mana silatnya? kata askar melayu. jelas disini. pihak atasan pun tidak berapa percaya dengan budaya melayu itu sendiri.

jadi, saya minta pendapat semua tentang bagaimana mahu meluaskan empayar silat melayu ke seluruh dunia seperti yang kita lihat terhadap tae kwan do dan karate-do yang berkembang dengan pesat.

Terima kasih.

Wednesday, February 25, 2009

ceriakan pagi anda ok.

sambil mengumpul soalan-soalan anda, saya dengar lagu dulu lah ya. Lagu ini buat saya bersemangat untuk ke kelas hari-hari. Sebelum mandi pastinya saya akan pasang kuat-kuat.





Ditujukan khas untuk anda semua.

Terima kasih.

Saturday, February 14, 2009

satu telefon untuk kekasih. satu lagi untuk kawan-kawan. betulkah?

mungkin satu fenomena bagi saya. Bagi anda saya tidak tahulah. Sesiapa di sini yang mempunyai lebih daripada satu simcard? Ahah. Secara sedar atau tidak memang inilah yang terjadi sekarang. Sampai adik saya pun ada 4 nombor. Tidak pastilah tahap terkenalnya pula.

Mungkin phone number selain default sim adalah untuk privacy. Mungkin juga anda sedang ingin menukar nombor dan pada masa yang sama tidak mahu lost contact dengan kenalan lama. Masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk memiliki lebih daripada satu simcard.



apabila saya fikirkan kembali, memiliki telefon bimbit itu adalah satu kemudahan. Akan tetapi, memiliki lebih daripada satu telefon bimbit adalah? Pembaziran atau trend sekarang?

Ayuh kita bincangkan.

Terima kasih.

Thursday, February 5, 2009

sebenarnya kita terlalu selesa di tempat sendiri.

Semua berimpikan untuk mendapat pelajaran yang tinggi. Yang standard mestilah di luar negara bukan? Itu memang impian pelajar-pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia secara amnya. Dan semestinya untuk mendapat tajaan menyambung pelajaran memerlukan keputusan yang cemerlang. Melainkan anda adalah anak kepada undang luak(negeri sembilan sahaja yang ada tau. ahah) ataupun menteri di jabatan perdana menteri yang mana tidak perlu risau tentang kos.

Apa yang best belajar di luar negara? Jawapan saya, untuk ke luar negara, persediaan untuk mental perlu kuat. Yang ini perlu saya tekankan. Best bagi saya mungkin untuk jangkamasa yang pendek, seminggu ataupun sebulan. Sebab banyak benda baru yang kita dapat lihat(jika di negara maju lah). Selepas itu?

Iya, anda rasa keseorangan. Nasib mungkin lebih baik jika ada komuniti melayu ataupun orang asia yang ramai. Jika tiada?



Maka bermulalah episod makan seorang diri, study di library seorang diri, teringat pisang goreng, mamak dan sebagainya. Situasi akan normal jika anda biasa keseorangan semasa di Malaysia. Semuanya terletak pada diri sendiri ok.

Saya mempunyai ramai kawan yang melanjutkan pelajaran di luar sana. Memang inilah yang terjadi. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh berpatah balik. Jadi, dengan hanya menggunakan ym dan gtalk sahaja lah saya dapat temani mereka.

Bukan sahaja dalam situasi belajar, alam pekerjaan juga sama.

Situasi being alone perlulah di latih supaya kita bersedia berada di mana-mana sahaja. Barulah kacip dengan "the world is my country". Ahah.

Oleh itu, saya mintalah pendapat anda yang banyak pengalaman seperti (kakak)nadine zuharra dan yang lain-lain ya.

Terima kasih.

Monday, January 26, 2009

perayaan.

selamat menyambut tahun baru cina kepada semua. Jemputlah datang ke rumah saya ya. Ahah. Pada tahun baru cina kali ini adalah tahun ox, tidak kiralah lembu, kerbau, bull, seladang, dan yang seangkatan dengannya. Semuanya di dalam satu keluarga. Anda bolehlah google untuk mengetahui lebih lanjut tentang tahun ox ok.



mana-mana yang sudah berkahwin tu bolehlah sediakan ang pow untuk saya ok.

Terima kasih.

Monday, January 12, 2009

kedua-duanya sangat berbakat.

entri ini tentang muzik ya.
sebelum itu saya mahu tanya anda dahulu. Adakah anda seorang yang suka akan :-

kurt cobain

ataupun anda lebih suka akan :-

daniel johns

sila beri jawapan yang betul-betul ada dalam jawapan anda, bukan jawapan orang lain ya. Saya mahu buat survey. Yang santai-santai sahaja. Bukan bertujuan yang tidak baik. Silakan.

Terima kasih.

Saturday, January 10, 2009

dataran merdeka lokasi untuk malam minggu juga kan?

Seperti yang kita sedia maklum, malam Sabtu adalah malam minggu. Malam yang penuh warna bagi penggemar malam ini. Malam yang menyebabkan jalanraya di kota sesak hasil daripada kebanjiran kereta dan motorsikal milik pekerja kerajaan ataupun pelajar.

Ayat-ayat yang biasa kita dengar, "malam minggu ni wei, jom ronda-ronda". Saya beranggapan pada harga minyak yang difikirkan mereka agak murah ini, semakin ramailah yang akan berkumpul di kota. Aktiviti biasanya pergi minum di kedai mamak, duduk-duduk di dataran merdeka, menonton perlawanan bola(EPL) bersama kawan-kawan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab.


Saya selalu jugalah keluar pada malam minggu. Biasanya pergi menonton perlawanan bola. Sebab itu minat saya. Orang lain berbeza minatnya maka aktiviti juga berbezalah.

Bagaimana pula dengan anda?Nyatakan sekali kesan keluar pada malam minggu.

Terima kasih.

Sunday, January 4, 2009

perempuankah? atau lelakikah?

setiap hari saya terfikir. Manusia di Malaysia lah kan, saya ambil skop yang kecil. Apakah kita semua hanyut dengan emosi? Saya hairan lah. Asyik baca blog yang penuh dengan :-
  1. Masalah dengan boyfriend. 
  2. Hidup terasa sangat lonely. 
  3. Aku insan hina. Apa salah aku.
  4. Hari ini putus kasih. Sebab orang ke-tiga.
  5. Esok bersama ikatan kasih yang baru.(orang ke-tiga tadi)
  6. Sangat tidak suka sekeliling. Rasa nak mati.
  7. Apalah orang-orang di facebook ini. Jangan harap aku nak layan.
  8. et cetera. 
di atas adalah beberapa contoh yang saya ambil. Saya tahu, semua berhak menulis apa sahaja di dalam blog masing-masing. Cerita pasal hati sendiri. Apa yang suka. Apa yang tidak suka. Itu hak pemilik blog. Cuma untuk saya, saya tidak akan baca perihal begitu. Maaf ya. Sebab saya tidak suka. Saya hanya suka anda yang pandai mengawal emosi. Bukan vice versa ya. 

Memang tidak salah anda menulis sebegitu. Tapi janganlah selepas tulis terus pergi ke shoutbox blogger lain dan link kan. Itu sangat menjengkelkan.

Saya mahu komen lah entri seperti di atas :-
  1. Berharap agar ex-boyfriend nya akan terbaca entri tersebut dan sedia kembali padanya.
  2. Supaya kawan-kawan semua tahu dia lonely dan berharap agar dia diceriakan seperti zaman kanak-kanaknya. Harapan saya agar dia fikir balik kenapa lonely. Berapa lamakah al-quran nya ditinggalkan?
  3. Hina bagaimana? Bagai mat rempit kah? Saya tertanya-tanya jika ada insan hina yang sedang melayari internet. 
  4. Saya tak pasti tujuan dia mention kan orang ketiga itu. Sebab bagi saya orang yang menulis perihal orang lain bermakna dia sukakan orang itu. Jadi jelaslah yang dia sedang memberitahu orang ramai bahawa dia seorang player. 
  5. Haa. Dah agak dah.
  6. Oh, sudah banyak amal untuk bekalan mati?
  7. Kenapa register facebook? 
  8. et cetera juga lah. Hehe.
Harap semua pembaca tidak berkecil hati. Saya hanya mahu menjadi jujur. Maaf kan saya. 

Terima kasih. 

Friday, January 2, 2009

tahun 2009.

Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membuat entri baru. Hehe.

Kita telahpun memasuki tahun baru secara rasminya semalam. Dan pada entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman malam tahun baru.

Saya menyambut tahun baru di Johor disebabkan di Negeri Sembilan sedang berkabung atas dasar kemangkatan Yang Dipertuan Besar pada 27 disember. Secara keseluruhannya, apa yang saya lihat, tahun baru pada kali ini tidaklah semeriah mana. Saya berpendapat bahawa ini mungkin berikutan ekonomi yang tidaklah begitu stabil. Tahap ekonomi pada tahun ini tidaklah begitu pasti ke mana. 

Saya hanya ke dataran pada malam itu. Orang memang ramai. Perempuan pun ramai. Tapi saya hanya melihat jam. Jam yang berada di tiang besar lah. Seperti di dataran merdeka itu. Mata saya semestinya pada jarum jam. Melihat jarumnya berputar. Tapi dalam sudut hati saya, apa maknanya tahun baru ini? Saya anggapkan malam tahun baru sama seperti malam hari kemerdekaan dan malam sambutan yang lain sebab pada malam itulah malam yang ramai dengan pasangan, botol arak, bilik hotel yang penuh dan wikang(macam ini ke eja dia?).

Kebiasaannya apabila tahun baru, ramai yang membuat azam. Tapi ramai mana yang patuh kepada azam? Saya pun tidak tahu. Anda nilaikan sendiri ok. 

Selamat memasuki tahun baru dan ingat untuk memperbaharui lesen memandu anda.

Terima kasih.


Sunday, December 28, 2008

saya suka bill gates.

sesiapa yang gunakan komputer mesti gunakan operating system(OS). OS ada banyaklah antaranya windows xp, vista dan yang terbaru adalah windows 7. Itu semua daripada microsoft. Ala, yang CEO dia Bill Gates tu. Sekarang bukan no 1 dunia lagi tau. 

Selain microsoft, linux juga pengeluar OS. Dalam linux ada macam-macamlah. Ubuntu, red hat, fedora dan lain-lain. Linux ini bagi saya baguslah. Sebab OS dia open source. Main download sahaja. Tak payah susah-susah jadikan Bill Gates kaya. Hehe.

Yang saya gunakan sekarang adalah mac osx leopard. Siri paling baru daripada mac os lah. Antara siri-sirinya adalah mac osx puma, jaguar, panther, tiger dan leopard. Kalau kita compare dengan vista, saya lebih sukakan mac osx, sebab interface dia lagi cantik dan tidak berat. Mac os x dikeluarkan oleh Apple inc.

ok, sekarang saya mahu tahu OS apa yang anda guna sekarang. Berikan juga kelebihan OS anda.

Terima kasih.

Saturday, December 27, 2008

asyik-asyik cerita mat rempit.


Tadi saya ke satu tempat yang pada malam minggunya diisi oleh mat rempit-mat rempit yang tersepit. Tersepitnya dalam tafsiran saya adalah mereka tersepit oleh perancangan aktiviti yang dikatakan seperti "last minute planning". Dan hasilnya, jadilah mereka sekadar melepak di dataran yang kosong oleh manusia.

perancangan saya dan kawan pula untuk menculik perempuan-perempuan jalanan, hehe, namun tidak kesampaian oleh itu karaoke pun jadilah. Jangan salah sangka pula ya, saya berdua bersama kawan ingin menculik untuk menakutkan mereka. Dengan kata lainnya menyergah.


aksi ini diintip dan diambil secara menyorok pada pukul 5 petang sebelum main bola.


walaupun rancangan saya gagal, namun perut saya jadi kembung disebabkan 3 cawan nescafe tarik = 3 kedai makan. Tidak ramai mat rempit-mat rempit yang tersepit pada malam ini. Mungkin esok adalah malam mereka.

soalan untuk entri ini adalah, berapakah anggaran kos yang dihabiskan oleh mat rempit-mat rempit dan minah rempit-minah rempit pada malam minggu di jalanraya amnya? Dan adakah bilangan minah rempit berkadar langsung dengan pertambahan pusat karaoke di sekitar kota?

Terima kasih.

Friday, December 26, 2008

jika hang tuah ada kata. P.Ramlee pun ada jugalah.

saya tertonton cerita P.Ramlee sebentar tadi sewaktu menunggu rancangan kegemaran iaitu Jozan. Tajuk ceritanya sarjan hassan.

tengok pun pada hujung cerita. Beliau ada berkata tentang melayu. Bunyinya lebih kurang beginilah :-


"saya percaya kaum kita iaitu melayu adalah kaum yang baharu. Namun saya tidak peduli semua itu. Kita patut bersatu-padu dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya percaya kaum melayu pasti dapat pergi jauh".


Dan sekarang memang kaum melayu pergi jauh kan? Sampai ke ISS. Hehe. Banggakah anda? Sila komen.

Terima kasih.

Thursday, December 25, 2008

kalau di negara eropah. Pemain bola dilihat sebagai seorang selebriti.

hari ini saya lihat ramai perempuan di kampung bekerja di kedai handphone. Saya rasa pekerjaan tersebut agak popular di sini selain kerjaya sebagai cashier 7-eleven. Bagi saya mereka pandai mencari peluang. Ada juga yang keluar dari kampung mencari pekerjaan yang lain. Bagus juga cuma rasa saya bekerja di kampung lebih menguntungkan sebab mereka tinggal bersama ibubapa. Gejala sosial itu mungkin kurang.

Saya suka perempuan yang bekerjaya. Lebih-lebih lagi doktor. ST jangan marah ya. Citarasa kita sama. Hehe. Tapi kan, saya mempunyai seorang ibu saudara yang belum berkahwin dan bekerja sebagai doktor tetapi umurnya kini mencecah 40-an. Mana silapnya?

Lelaki takut untuk mendekatinya atau ibu saudara saya yang demand? Terdengar juga saya bahawa lelaki ini sukar untuk menerima isteri yang kerjayanya lebih tinggi berbanding lelaki. Sekarang ini saya lihat kaum perempuan semakin ramai mengejar kerjaya. Lelaki pula ke mana? Mungkin pupus sebab itu agama membenarkan poligami kan? Hehe.

Perempuan tak kisah ke jika anda lebih bekerjaya berbanding lelaki? Saya mahu komen semua.

Terima kasih.

lelaki juga boleh jika mahu demand.

kenapa ya ramai orang mengukur seseorang itu pada keretanya? Saya jadi bingung. Perlukah saya ada sebuah mini cooper s g-power cabriolet untuk memenangi hati perempuan? Kalau perlu maka saya tak berkahwinlah nampak gayanya. Adeh.(untuk masa sekarang la)

Oleh itu, untuk sekarang ini, saya mahu pembaca perempuan memberitahu kriteria untuk menjadi pasangannya yang perfect. Syarat-syarat seperti agamanya kah. Hartanya kah. Ataupun keturunannya. Apa-apa sahaja kehendak anda.

komen daripada lelaki juga diterima.

Terima kasih.


Wednesday, December 24, 2008

hobi saya bermain bola bukan merempit.


kita sering mendengar perkataan rempit kan? saya selalu jugalah. Perkataan rempit ini mungkin baru sebab masa saya kanak-kanak dulu tak dengar pun. Rempit itu mengikut teori saya adalah seorang yang memiliki motor 2 lejang atau 4 lejang dan berusaha menjadi orang yang berkuasa di atas jalan raya. Berkuasa dalam maksud saya adalah seorang yang hebat mencilok barisan kereta di hadapan. Seorang yang pandai menunggang dengan tayar satu dan motor yang paling laju. Itu daripada pemahaman sayalah. Jika salah saya minta anda betulkan.



Apa yang saya lihat adalah, jika kita dengar rempit kemalangan sahaja, mesti orang melayu, jika kena tangkap polis sahaja, mesti orang melayu. Adakah majoriti rempit itu adalah melayu? Ataupun media telah menipu?

Rempit juga saya dengar terbahagi kepada dua. Pertama adalah mat rempit, dan kedua adalah minah rempit. Saya selalu terbaca tajuk di youtube berkenaan mat rempit dan minah rempit. Sinonimnya minah rempit juga adalah melayu kan? sebab jika kaum yang banyak dekat Bukit Bintang itu orang panggil ah moi. 

Saya ada menonton rancangan modal insan yang dihoskan oleh Rosyam Nor. Tetamu undangannya saya tak pastilah siapa tapi orang kenamaan jugalah. Beliau memberikan pendapat yang juga mungkin tepat terhadap isu rempit ini. Kenyataan beliau adalah majoriti kaum melayu menjadi rempit adalah disebabkan faktor ekonomi. Mereka tidak mampu untuk membeli kereta sebab itulah timbulnya rempit ini. Jika ekonominya baik mungkin mereka telah berkereta atau bermotosikal berkuasa tinggi. Itu pendapat beliaulah. 

Sekarang saya mahu pendapat anda pula.

Terima kasih.

Monday, December 22, 2008

betapa peluang itu perlu dicari, bukan ditunggu.


saya sedang berjalan di Bukit Bintang. Sebab adik saya merengek mahukan wallet maka saya ke Sungei Wang untuk mencari yang sesuai. Apa yang saya perhatikan adalah ramai orang, macam biasalah kan. Cuma ada sedikit yang menarik perhatian saya.

Sekarang saya berehat di Starbucks hadapan plaza Low Yat. Maka bolehlah menulis. Hehe.

Jika anda perasan, perempuan melayu jalan berpasangan dengan lelaki. Berbeza dengan ah moi. Mereka kebiasaannya berjalan berkumpulan. Paling minima 2 orang. Apa yang buat saya hairan adalah mereka ini semestinya cantik. Biasalah ah moi kan?Tapi jarang berpasangan dengan lelaki yang sekaum dengan mereka.




fenomena ini memang biasa dapat dilihat di sini. Bukan tiada yang berpasangan. Cuma nisbah dengan kaum melayu itu memang sedikit. Saya rasa mereka tiada teman mungkin disebabkan lelaki kaum mereka sibuk dengan urusan kerja. Itu dapat dilihat merata-rata. Jadi promoter handphone, jual perkakasan komputer dan sebagainya.

sudah nampak kan?gigihnya orang lelaki yang bukan kaum kita mencari peluang. Ada pada kaum kita? anda lihatlah, saya tunggu anda. Bolehkan? atau memang anda sudah lama nampak?ok, sekarang saya mahu komen anda. Silakan.

Terima kasih.

Sunday, December 21, 2008

rock the world 8

tadi saya pergi ke konsert rock the world yang ke lapan. Konsert ini diadakan sekali setiap tahun cuma tahun lepas tidak dapat dibuat disebabkan kekurangan sponsor. Dalam banyak-banyak gig dan konsert, rock the world bagi saya adalah yang terbaik. Itu dari segi sound system dan lain-lain.

konsert hari ini bertempat di the secret garden, stadium merdeka. Bermula pada pukul 12 tengah hari tetapi saya masuk pada pukul 5.30 petang. Sampai di sana memang macam-macamlah yang boleh nampak. Perempuan-perempuan bergetah bersama teman lelaki yang berbau arak, muka-muka ganas, rambut punk dan orang jual air secawan rm2.00.

saya mencari tempat penjualan tiket dan terus ke sana untuk membeli tiket. Iyalah kan, takkan nak dengar dari luar pulak. Berdengung, tak sedap dan tiada peluang untuk melihat perempuan-perempuan. Hehe.




Sampai di dalam saya mencari tempat untuk menonton. Biasanya orang ramai gelarkan port. Mana-mana pun bolehlah. Apa yang tak selesa adalah tiada tempat duduk. Saya jarang ke konsert hanya berdiri. Mesti mahu cari kerusi. Bagi saya menonton konsert sama sahaja seperti menonton wayang. Kan?

Apa yang saya lihat malam ini adalah pengunjung konsert rock the world pada tahun ini kebanyakannya lepasan sekolah. Ada juga saya berjumpa dengan kawan-kawan lama. Citarasa saya dengan majoriti pengunjung agak berlainan. Saya bersama kawan akan ke hadapan apabila band koffin kanser dan revenge yang perform. Majoriti tertarik dengan bittersweet, the times, one buck short dan lain-lain. Mungkin sebab mereka suka melodi daripada band-band tersebut.

Apa yang menyusahkan saya adalah tapak konsert berlumpur. Habis kasut saya terkena calit dan terpijak oleh crowd. Nak buat macam mana. Kalau tak mahu jadi begitu lebih baik duduk di rumah sahaja kan. Memang malam ini saya puaslah sebab dapat jumpa kawan lama dan bersama-sama menyaksikan konsert. Tambahan pula ramai perempuan-perempuan bergetah yang cantik. Tapi saya tak ngorat tau. Sebab saya hanya suka memandang. Jauh untuk dijadikan teman.

Habis konsert saya terus memandu pulang. Cepat-cepat basuh kasut supaya kotor-kotor akibat lumpur dapat tanggal.

Oh ya, jangan ingat entri ini tiada soalan ya, hehe. Saya tinggalkan soalan dan diharap dapat di jawab di ruangan komen. Apa pendapat anda tentang remaja-remaja yang semakin bertambah-tambah di gig-gig dan konsert di Malaysia amnya?Adakah itu satu revolusi yang sihat atau akan meningkatkan index jenayah rogol?Dan apa pula peranan kita sebagai sebangsa?rasa saya semuanya buluh yang sudah keras. Terima kasih.