Thursday, March 12, 2009

hai kersani, kemarilah dikau.

saya rasa ramai yang tidak sedar akan perkara ini, tapi percayalah. Ia perkara yang perlu diambil serius oleh anda.

minggu lepas saya pulang ke halaman. Ayahanda saya bertanyakan tentang kehidupan saya sehari-hari di perantauan. Seperti biasalah, jawapan saya semestinya lancar. Beliau juga bertanyakan tentang silat. Sedia maklum ayahanda saya seorang guru silat. Hah?!! Silat?



iya, dahulunya saya mengikuti kelas persilatan, namun sekarang tidak lagi.

berbalik kepada sesi saya bersama ayahanda. Beliau menyuruh saya mengikuti silat disebabkan:-
  1. melayu saya. Ilmu persilatan penuh dengan budaya melayu yang diserap. semakin tinggi kita pelajarinya, semakin tinggi nilai kemelayuannya.
  2. disiplin. dengan melihat rutin harian saya. beliau rasakan adalah elok kiranya menanam disiplin lebih daripada biasa.
  3. agama saya. semakin kuat kita dalam ilmu persilatan. semakin dekat kita dengan tuhan.
  4. bukan semata-mata untuk bergaduh. itu kerja budak sekolah lah. :)
  5. tanam sifat hormat terhadap orang lain.
  6. cari sebanyak mana ilmu selagi termampu.
jika kita lihat sekeliling kita. Minat remaja-remaja untuk mempelajari silat seperti semakin pudar. Semuanya mengikut trendsetter-trendsetter sekarang. Bila tiba musim shuffle, itu yang di kejar. Bila tiba musim pavillion? ahah.

ok, begini ya. saya amat berharap budaya melayu kita tidak mati ditelan zaman. Saya ada bertanyakan kepada seorang kawan yang merupakan angkatan tentera tentang seni mempertahankan diri apa yang dipelajari ketika berkhidmat. jawapannya adalah tae kwan do. Mana silatnya? kata askar melayu. jelas disini. pihak atasan pun tidak berapa percaya dengan budaya melayu itu sendiri.

jadi, saya minta pendapat semua tentang bagaimana mahu meluaskan empayar silat melayu ke seluruh dunia seperti yang kita lihat terhadap tae kwan do dan karate-do yang berkembang dengan pesat.

Terima kasih.

19 comments:

Anonymous said...

utk pengetahuan anda silat sudah semakin popular di seluruh dunia..
beli saja majalah seni mempertahankan diri, sudah ramai org kulit putih menyertai silat...
tentang silat dan melayu ya memg berkait rapat. saya sendiri merupakan seorg pelajar silat gayong malaysia. utk tentera 2 rasenya mrk gunakan TTS(tempur tanpa senjata)...

p/s: silat sesuai utk laki n pmpn...

sYaMiMi naSiR said...

silat pon dah masuk pertandingan antarabangsa...
org melayu sendiri yang tak nak blajar sebenarnya

mr. hafis said...

sememangnya silat berkembang di seluruh dunia. Begitu juga dengan capoeira, kung fu, tomoi, semualah.

tetapi, sedarkah saudara bahawa tae kwan do dan karate do berkembang pesat?tidak begitu dengan silat.

itu yang cuba saya perbincangkan.

faktor, bagi sayalah.

1.filem.
2.jika seni mempertahankan diri, remaja-remaja lebih berminat mempelajari budaya luar. contohnya tomoi.
3.publisiti. dulu ada mahaguru. sekarang impak maksima. :)

salam gayong.

cindir-rela said...

aku suka dengan isu yang kamu mahu ketengahkan ini...aku mahu bertanya beberapa soalan dgn kamu mr hafis..bolehkah?

1. bagaimana kamu katakan dengan mempelajari silat kita akan lebih dekat dengan tuhan?

2.mengapa jika kita belajar silat kita perlu membaca ayat2 alquran ataupun bacaan2 yang disertai dengan menyentuh tanah..etc,etc...(cnth silat cekak hanafi)

3.mengapa adanya uapacara aku tak tau panggil ape, tapi mcam anugerah sebelom balaja silat, sisertakan dengan tidur beralaskan kain putih 3 hari tiga malam dan ade bacaan2 tertentu diamalkan(coth silat cekak hanafi. aku tidak tahu kalau ade silat lain yang berbuat begini)

4.ape pendapat kamu dengan pertelingkahan seni2 silat sesama sendiri cnthnya silat cekak malaysia tidak boleh bergabung dengan silat cekaka hanafi(tidak sebulu org kata) sedangkan tujuannya hanya satu:untuk belajar mempertahankan diri...adakah ianya logik?

5. dan yang terakhir, disebabkan unsur2 mungkin karut yang aku dengar(belajar silat kalau tak betul ade pendamping) menyebabkan aku tidak berani dan berahi lansong untuk belajar silat(even my father pengamal silat juga)..lagipun bunga2 nya yang sangat panjang dan meliuk lintuk bagi aku melambatkan pergerakan mahu berlawan.ya, betul aku lebih prefer taek kwan do dan karate di sekolah dulu berbanding silat..dan kenapa ya silat kene belajar di dalam gelap dan afdalnya waktu malam?


p/s: mungkin kamu perlu buat entry lagi satu untuk menjawab soalan aku..hehe..tq

mr. hafis said...

@cinder-rela..

1. guru-guru silat berpesan supaya jaga solat kita. amar makruf nahyil mungkar.

2. saya tidak arif terhadap cekak hanafi. bacaan ayat-ayat al-quran itu bagus. :)

3. saya tidak arif terhadap cekak hanafi.

4. kesemua silat boleh berada pada satu titik pertemuan iaitu silat melayu ataupun silat pulut ataupun silat tapak 4. tidak pasti pula cekak ada atau tidak.

5. bunga hanya untuk persembahan. jika berhadapan dengan musuh saya pasti ia lebih tangkas daripada tae kwan do. :)

apapun semuanya bergantung kepada niat sendiri.

Anonymous said...

boleh kah saye menyampok?

kpd cindir-rela, kalo bapa anda pengamal silat, knpa tdk tanya saja pd beliau yg mgkin lebh byk pengalaman?

ye memang dekat dengan tuhan adalah kerana, seni mempertahankan diri yg lain mementingkan kekuatan fizikal, tp mana kekuatan rohaninya?

bacaan sebelom buka gelanggang dikira adat tetapi jika kita membaca ayat AL-QURAN kan dapat pahala. selama saye mempelajari silat, cikgu silat saye selalu berpesan spy jage solat, tatatertib dan jgn menunjuk dgn ilmu silat yg ada.

adakah amalan-amalan ini sama dengan seni lain yg hanya berlatih secara fizikal?

ok, utk berckp tentang silat lain saye xbrape tahu, tapi tentang silat gayong, amalan sebelum buka gelanggang adalah sprti mmbaca skali AL-FATIHAH dan 11 kali surah IKHLAS. tahukah anda dengan membaca 11 kali surah tersebut, dibinakan istana dlm SYURGA... waktu ini lah nk kumpul pahala bacaan...

p/s: ini hanya komentar saye, suka atau tidak terpulang...

apek terror said...

so did tuhan also have silat as a martial art to practice?

as i know,world have recognise silat as one of the martial art.a martial art is an art but u know they not recognise silat as a islam culture..

mr. hafis said...

@apek terror..

silat = malay culture.

malay = islam region.

syrup said...

nak cerita silat the series kat tv...

Anonymous said...

silat? huhu. den hanya tgk awek bersilat je. rasa nmpk cam gadis melayu. tp den punya ilmu taekwondo. tp den kalah ngan orang jepun dgn satu tumbukan "jari" atas skit pada jantung. gilak ar. ilmu jepun tue mantap betol. pap kena, satu badan kna kunci. nasib die lepas balik. kalo x abes den.

mr. hafis said...

@syrupus..
dulu ada keris hitam bersepuh emas.

@ST..
judo ka?takpun aikido. alah. silat pun ada kunci-kunci ni.

Anonymous said...

jadi, saya minta pendapat semua tentang bagaimana mahu meluaskan empayar silat melayu ke seluruh dunia seperti yang kita lihat terhadap tae kwan do dan karate-do yang berkembang dengan pesat.

saya tiada pendapatan...........

emam said...

salam

kepada cik cinderella..

bacaan sebelum tidur bersama kain putih tu untuk penjelasan permulaan ni,jawapan dia,nak kasi bersih je..dan bacaan itu mengucapkan salam kepada yang beribadah kepada Allah..Bkan 3 mlm je,nak buat tiap2 malam lagi bagus..Sy pun kurang pengetahuan.Untuk penerangan yang lebih lanjut,bleh tanya je kpd sape2 tenaga pengajar seni silat cekak malaysia.Kalau cekak hanafi sy x tahu.

tentang Cekak Msia dan cekak hanafi x bleh gabung tu sy no komen..

haha

mr. hafis said...

haha. thx mam.

jom cak-kak.

Anonymous said...

hmm...
ape beza silat n tae kwan do??
mcm lebih kurang same je..

tp sy suka tae kwan do!!
huu

mr. hafis said...

@natasya y..
sama dari segi seni mempertahankan diri.

tidak sama jika dibandingkan dalam aspek kerohanian dan nilai-nilai budaya yang diterapkan.

itu kelebihan silat melayu. :)

Aini Khalid said...

nak sibuk gak.

silat ni berkisar tentang mempertahankan diri dan seni budaya. bunga2 nya adalah seni. utk persembahan dan clinically melancarkan perjalanan darah. mcm tai chi dan qi gong. utk mempertahankan diri ada jurus-jurusnya.

sebelum memulakan latihan selalunya Al-Fatihah dan doa pembuka dibaca. yg macam dalam kelas kat sekolah tu. dan surah2 lain ada juga. bukan ke bagus? amalan2 lain tak pasti lah aku. kalau yg kurafat tak payahlah ikut. masing2 ada akal.

o. latihan selalunya malam sebab siangnya guru dan murid ada tanggungjawab lain. sbb itu mlm lebih afdal.

mcm mana nak kembangkan? kau tulislah surat kat kementerian suruh dorg wajibkan bdk2 melayu semua belajar silat ahahah. o yeah~

p/s: ampunkan hamba andai terpesong kata

Vee Kay said...
This comment has been removed by the author.
Vee Kay said...

Dulu mmg nawaitu nk masok silat..
Tapi..slepas tu...sy rasa takot
pulak nk masok silat slepas apa yang terjadi pada rakan ibu sy...
Dia terlalu taksub ngan silat sehinggakan perkara buruk telah berlaku pada dia...dia spt disihir..
tanak solat...dirasuk jin..n macam2 gi ar..
Sbb tu la ibu sy marah sgt2 dan tak bagi sy masok siap ngan warning lagi kalo sy degil..doyaii..
akhir skali..TAE-KWAN-DO menjadi pilihan..ngueh2..
Tapi x bermaksod nak mngatakan bahwa blajar silat ni salah...tak sume gune ilmu2 camtu..ada yg tak..tapi sbg langkah berhati-hati..tu je..sy pon kalo diizinkan
nak blaja..tpi da ibu sy yg x bagi..
x pandai nak bantah...