Tuesday, March 31, 2009

urban vs tradisional.

dalam menempuh hari-hari di perantauan, saya suka juga melihat perbezaan antara perempuan yang asalannya dari kampung dan juga dari bandar. sebetulnya, memang banyak perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. pandangan mata kasar sahaja ok. :)

oklah, saya mulakan dengan melihat ciri-ciri perempuan dari kampung.


perempuan dari kampung dilihat mudah bergaul dengan rakan setempat dan juga berdikari dengan cepat. saya suka cara mereka. lebih-lebih lagi apabila bertentangan mata. mereka menunjukkan sifat hormat kepada sekeliling dengan senyuman atau jelingan yang seperti memberi isyarat tertentu. mudahnya kepada lelaki yang faham.

sifat malu itu baik dan bertempat. tidak salah menjadi malu di tempat kebanyakan orang. dengan itu, lelaki-lelaki seperti mr carl arif sedia mengejar tanpa pedulikan persaingan.

tingkahlaku mereka disenangi. lihat sahaja cara mereka berkawan. penuh tatasusila dan adat kesopanan. oh ya, adakalanya mereka cukup sensitif dengan pemberian foto kepada lelaki. mungkin kepercayaan terhadap sihir dan perkara-perkara ghaib itu masih tebal.

seperkara yang pasti, mereka suka hidup bermasyarakat. sifat gotong-royong atau kerja berpasukan itu tidak menjadi masalah untuk dijalankan. mereka sedia memberikan khidmat. lihat sahaja pertubuhan kelab di kampus anda. saya percaya golongan mereka juga yang bertanggungjawab mengaktifkannya.

mungkin juga ada segelintir yang lupa asalannya dan membuat tranformasi menjadi warga yang satu lagi. perempuan bandar atau dengan kata eksotiknya gadis kota.


seperkara yang membuatkan lelaki-lelaki yang mungkin lemah untuk tertarik dengan perempuan bandar adalah gaya mereka. ini sangat jelas dapat dilihat oleh saya dan juga pengamatan en carl arif.

pertamanya, pakaian.
mereka sudah tentu disuapkan sedari kecil dengan budaya atau kehidupan bandar yang penuh dengan anasir-anasir kapitalisme. semestinya kemajuan negara berkadar langsung dengan fesyen mereka. tafsiran cool bagi mereka adalah dengan memakai pakaian-pakaian yang semestinya tidak terlintas langsung pada fikiran perempuan kampung seperti gucci, prada, guess dan lain-lain.

biarpun kadang-kadang tidak diterima akal logika apabila cermin mata gelap digayakan pada waktu malam.

sifat manja itu milik setiap perempuan. akan tetapi, kemolaran itu jelas lebih pada perempuan bandar. lihat sahaja cara mereka bersosial bersama lelaki. semestinya ada lelaki yang suka dengan sifat manja ini. jelasnya bukan kami. :)

tayangan drama tv3 iaitu rempit vs impak maksima semacam slot sitkom mr bean.

oh ya, perubahan sikap perempuan bandar terhadap sikap perempuan kampung disanjungi, akan tetapi, perubahan sikap perempuan kampung terhadap perempuan bandar lu fikirlah sendiri. 

terima kasih.

29 comments:

protonian said...

Nice post.. Really like it :-)

Inah said...

saya kurang setuju dengan hujah kamu..kebanyakan wanita bandar sebenarnya berpekerti mulia, independent dan tak semua yang terlibat dengan sosialis

mentaliti kita - perempuan kampung : baik2 aje, perempuan bandar : golongan liar

mungkin ada baiknya kita mengubah mentaliti kita

maaf jika terasa

hanya menyatakan pendapat sebagai seorang gadis bandar dan mempunyai kawan2 yang masih suci ;)

mr. hafis said...

@inah..
oh ya, bukan semuanya begitu dan jelas saya membuat pemerhatian kasar.

maaf ya. :)

sYaMiMi naSiR said...

hafis...
kalau gadis separu bandar dan separuh kampung macam mana lak??

Anonymous said...

kamu di bandar.
pandangan kasar kamu mmg terlalu kasar.
cuba ke kampung2.
lihat permandangan di sana.

banyak sudah gadis kampung yang tidak macam kampung.

even nak berkain batik pon sudah tidak pandai.

di sebalik kesucian mereka, terselit sifat liar jugak.

:)

adakah kamu seorang yang terpikat dengan gadis kampung?asyik memuji gadis kampug saje. :)

mr. hafis said...

@syamimi..
nanti saya perhatikan ya. :)

@anon..
"oh ya, perubahan sikap perempuan bandar terhadap sikap perempuan kampung disanjungi, akan tetapi, perubahan sikap perempuan kampung terhadap perempuan bandar lu fikirlah sendiri."

lain kali baca dengan teliti ok.

DH said...

salam...
pada pandangan saya, tu bergantung juga pada upbringing diorang macam mana...memang persekitaran byk mempengaruhi & sudah tentu gadis kota byk lagi terdedah dengan segala macam perkara, sama ada baik atau buruk.
Tapi, saya juga percaya, terdapat gadis kota yang ada jati diri & tak mudah terpengaruh dengan anasir luar...dan saya juga percaya terdapat gadis kampung yang xda jati diri & mudah sangat terikut2 perkara yang diluar kebiasaan...hehe
apapun, good entry, membuka minda blogger2 prempuan untuk muhasabah diri :)

nuriza said...

salam..mr hafis..mgkin env yg membezakn perempuan kg dn bndar..p yg penting nilai agama dlm diri.. xkira berada dmana, pasti iman x goyah.;)

- nice pic..(",)

vidadarisakura said...

no komen..

hee

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

aku rasa kalau baik asalnya perempuan itu, akan baiklah dia di mana-mana, kalau dah teruk, campak kemana pun tetap teruk juga.

jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

'mata berkaca-kaca'

hahah!

syrup said...

mr hafis, pesan kat mr carl, kalau mahu mencari pasti ketemu..

kalau wanita taman perumahan mcm mana pulak?

Sofia Nin said...

topik menarik :)

tetapi sbgai warga prmpuan bndar.
serasa tidak seteruk itu

segelintir memang
tapi bukan semua :)

.theberuk said...

.gadis gadis rempit termasuk dalam kategori bandar atau kampung?




p/s: sorry, tak sempat baca lagi entri entri sebelum ni. sibuk sikit minggu ni.

mr. hafis said...

@semua..
whoa,banyak betul request.
jawapan mengikut kaca mata sendiri.

nanti-nanti saya cuba tulis ok.

:)

.theberuk said...

.request binatang apa?


aku tanya benda lain!

mr. hafis said...

@.theberuk..
ok, gua jawab.
gadis rempit tak termasuk dalam golongan kampung atau bandar.

mereka ini dalam kes istimewa.

hikayat aku dan mereka said...

kalau aku lahir dibandar.. membesar dibandar.. tak penah masuk kampung kecuali kampung baru tu mcm mana? hehe... but aku tak rasa semua org akan bersikpa begitu.. malah,yg kelakar... ada yg kampung,tapi berlagak mengalahkan org bandar... sedangkan takde benda pun..

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

gadis rempit? apa itu? tak pernah dengar pun.

Aini Khalid said...

kesian lah org bandar macam aku. asyik dikutuk dan dipandang serong. seolah tiada nilai setanding dgn gadis kampung.
pujalah gadis2 kampung itu walau pun hanya segelntir aja yg kekal aslinya.


p/s: manusia. mmg suka berprasangka.

mr. hafis said...

@hikayat..
yup. perempuan kampung yang ingin kelihatan bandar memang memilukan.

@mr carl arif..
entah. gua pun tak tau. atau minah rempit yang lebih di highlight-kan?

@aini khalid..
eh, saya tak memuja lah. hanya pemerhatian semata-mata. perempuan bandar ada juga yang saya suka. :)

mr. hafis said...

eh,
hi vidadari.

ah bu said...

girls are unpredictable.
if nk tgk.. yg pki tudung xsemestinye baek.
dan xpki tudung xsemestinye jahat kn.
xkesah la kg or bandar or dusun skalipn hihi...

ochs widdle said...

err.saya jarang jumpa perempuan bandar yang jadi minah rempit.biasanya yang berhijrah dari kampung dan transformasi segera jadi perempuan bandar.

btw.even saya perempuan dari bandar(gagah nak habaq jugak tuh).tapi saya sering di campak menuntut ilmu di celahan kampung.kadang-kadang lagi ceruk.
ini otomatis menjadikan saya seperti perempuan kampung yang bandar.hurm.eh,apakah saya cool?

lol.

mr. hafis said...

@zarip..
ye betul. :)

@ochs widdle..
whoa.
perempuan bandar - hot.
perempuan kampung - cool.

begitu?

Masrurah said...

salam
nice entry..
for my opinion, dont judge all the observation that we did, almost true.

But, analyze it.from that result, we know its average actually.(eh eh mcm statistic plak,haha why not!)

btw, depends on IMAN.slanjtnye sume org boleh pkirkan.xperlu sy terangkan.

sy gadis pekan je..(pemalu but greater thinking about religion and life)

p/s:always think of my mind,cmne lelaki yg biase dok kat kg n then berhijrah ke bandar..more to situation like this..'weh aku nk beli perfume ni la.xpe xkisah mhl pun xpe..asal wangi and ade brand'..is that mentality & life diorg berubah..

maaf ya. mrhafis..pertanyaan kli ni merujuk pd ppuan but sometimes we need to check upon mans side.blehkan mr hafis.hope so.tq

nurulanessa said...

kelakar bce post ni.terkene batang hidung sndiri.haha
tp kate inah tu btlla.
yes sy bkn jns yg judge org dr pemrhatian mata kasr.sbb bg sylakan x gune da skrg jugde org mcm tu.tak kish la permpuan tu asl mne.kg ke bndr ke.bertudung ke tidak.bai da akhir zaman bai.org yg baik2 semakin sukar nk ditemui.kau silp memlh wanita melalui pemerhatian kau. jgn.beb aku bkn nk poyo ok.or sblhkn permpuan yg x bertdg ke.tp pnh tau kisah seorg pelacur tp bakal diangkt msk syurga?msti pnh dgr kn?
yg pntg kenal die tau siape die.
sebruk2 manusia skli pun dosa die pnh buat kat dunia ni,kau siapa nk judge dieorg? dimata kasr kau mgkn hina kelakuan die tp dblkg kita sape tau?cukup baikkah anda?cukup sgle kebaikkn yg anda buat dan yakin msk syurga?hahha kau solat 5 waktu pun x ckp la.
tepuk dada tnye iman.:)

nsht:sush bai. nk cri bini skrg ni x semestinye kau ptt liht ayu bertundung manis dgn jeling manje nth sume tula.dan x smstinya seseorg wanita yg x bertdg dan yg mngkt nafsu suke brg2 mahal2 semua tu tak ptt dibuat bini.zmn skrg da lain.bkn mcm dlu lg da.kata inah tu btl.btw tak slh memilh permpuan yg bertudung.bgs tu/tp pkrkn.yg slh boleh dbtulkn.Allah tu maha pengampun & mengasihani.die akn kasih pada insan2 yg benr2 ikhls kerna dia.hanya yg layk msk syurga adlh yg bernama insn.mkne manusia dan insan berbeza ok.kne fhm tu.yg ptg gurls.seimbgkn.bgs tau hal duniawi (supye x mdh ditipu dgn ayat lelaki atau ktggln zmn)dan at the sme tme tau jgk ape yg prlu dsmpn tuk akhrt nti.

nurulanessa said...

pergh ayt aku x bleh bla.mcm bgus!haha

Anonymous said...

setiap perempuan ada keistimewaan yang tersendiri....
mahupun di bandar atau di desa...
TUHAN tidak sempurnakan semua kejadiaan umatnya pada masa kini....
kita yang memandang cuma menilai dari luaran....dalaman hanya diri sendiri yang dapat rungkaikan....

mr. hafis said...

anon.
nak cerita pasal keistimewaan.
mak nyah pun cakap dia istimewa.

"TUHAN tidak sempurnakan semua kejadiaan umatnya pada masa kini...."
kau cerita apa ni? ayat semacam tak bersyukur.