iya, perempuan tidaklah seperti lelaki yang diberi kelebihan seperti solat jumaat. Dan utamanya yang menjadi persoalan adalah, mengapa kelebihan itu dipersia? Saya sempat melihat perempuan mengunjungi masjid sewaktu berjalannya khutbah jumaat semata-mata ingin mengambil intipati-intipati khutbah. Malangnya untuk saya kerana perempuan itu sudah tua, yang muda mungkin menjadi jodoh saya, barangkali. :)
berbalik kita kepada tajuk, diriwayatkan oleh baginda junjungan besar SAW bahawa dilarang berbual-bual semasa khutbah, maka sia-sialah solat jumaatnya itu. Apa yang diperhatikan, hanya beberapa kerat sahaja yang jelas mendengar isi khutbah, yang lainnya tidur dan berbicara tentang kemenangan khairi jamaludin. Saya juga tidak berapa bersetuju dengan khatib. Seperti hanya membaca buku khutbah atau hanya menjalankan permintaan takmir masjid. Tiada tone yang menarik dan membolehkan makmum teruja, seperti berpidato lah.
ada juga yang melintasi hadapan seseorang yang sedang menunaikan solat sunat. Mana perginya nilai-nilai hormat yang kacip dengan melayu itu? Selepas ini boleh berhati-hati lah ya. :)
oh ya, selingan doa diantara khutbah pertama dan kedua mencetuskan tanda tanya. Apakah yang mereka aminkan? Belum sempat khatib menghabiskan satu ayat mereka sedia dahulu sudah mengaminkan. Boleh sahaja proxy amerika mendoakan agar umat islam patuh kepada rejim zionis dan mereka terus sahaja meng-amin-kan. *sigh.
seperkara lagi, jangan diganggu makmum yang berdoa selepas solat dengan aktiviti bersalaman. Mereka sedang khusyuk berdoa. Saya tahu, anda ada kerja yang mahu disegerakan. Jalan sahaja. ini bukan masa yang sesuai untuk bersalam.
terima kasih.
10 comments:
diz article totally great. b.M. u sungguh pedas tp berlapik.
hmmm i suke bile u ckp,
'Malangnya untuk saya kerana perempuan itu sudah tua, yang muda mungkin menjadi jodoh saya, barangkali. :)'
sempat lg menggatal kan?
salam..
gud artikel..
sy biase dgr kat TV1 je time khutbah..
but tdi sy nmpak hal yg xsepatutnye berlaku..
ade students laki(muslim) dok kat library, xpi solat jumaat.
dhla bising2 mcm bgga klu xpi solat..pdhal masjid bbpe metr je..
ape yg diorg pkir ek..xrse ape2 ke..org lain dok berkejar ke masjid..hiss emosional plak sy.!
whai arrijal,jgn pndg remeh solat anda!
saya ada dengar orang-orang cakap...
yang khutbah ni akan dapat menarik perhatian pendengar bila pembaca khutbah tu membaca dengan tone dan gaya...
mungkin macam berpidato agaknya...
kerna tone suara mampu menarik minat pendengar
apa yang penting isi khutbah tersebut and i guess it's true..penyampaian kena ada tekniknya juga
mcm lecture..bila takde isi dan intonasi..student pun bosan juga ;)
suka ustaz badrul amin bagi tazkirah =)
boleh saja perempuan menunaikan solat jumaat..
Di negara2 islam yang lain disediakan tempat untuk jemaah wanita.
tapi kalau di malaysia orang kata pelik pulak bila perempuan pergi semayang jumaat.
mungkin saudara mr hafis akan keliru mau pilih yang mana sebagai calon isteri.huhu
.Melayu? Jumaat?
rasa macam kelakar bila ada yang cakap pasal sembahyang Jumaat
tapi sekurang kurangnya baik pergi walaupun bersembang daripada terjaga tapi tak terfikir langsung nak pergi masjid
kan?
ada seorang hamba ALLAH ni...
saya dengar dengan 2 belah telinga saya sendiri...
dah ada 2orang anak perempuan...
dan bakal dapat anak yang ke-3
tapi tak pergi menunaikkan semayang jumaat...
pelik tol laa...
mungkinkah sebab hari jumaat jatuh kepada hari bekerja...
jadi membuatkan mereka senang memberi alasan penat untuk menunaikan tanggunjawap mereka...
mungkin kot!!!
beb ada orang perli tu. :)
urm kalau dimekah peristiwa berjalan di depan jemaah atau orang sedang sembahyang itu perkara biase..kadang2 ade yang bertolak2 kan sedangkan orang disebelah tengah sembahyang..
hehe..lelaki memang rajin tidur di siang jumaat kah?kalau dikelantan terengganu bagaimana pulak agaknya ya suasananya sebab jumaat adalah cuti..mungkin ramai lagikah yang ponteng?
@mr carl arif.
:)
perlinya jika difikirkan perli.
biarkan sentimen itu padam dengan sendiri.
lama kelamaan pasti ianya terbuka hati.
:)
Post a Comment