Monday, March 23, 2009

kerja separuh masa vs duit pinjaman

saya rasa pelajar pengajian tinggi kini tidak kira samada ipta atau ipts sekarang semakin dimanjakan. duit elaun diberi, duit buku diberi juga, duit yuran berasingan ada juga yang berlebih dipulangkan kembali kepada pelajar.

kerajaan pula main tabur-tabur duit je pada golongan yang so called s t u d e n t ini. bukan sikit-sikit tapi kekadang melebihi s e b u l a n gaji seorang cashier di shopping mall (cuba tanya akak cashier parkson grand klcc, berapa gaji dia sebulan?kerja bersilat-silat 12jam sehari dapat +-rm900 je?). tapi bagi pelajar ia masih lagi tidak cukupi. okey, itu cerita lain.

persoalan utama. kemandirian a.k.a survival pelajar jika terlalu dimanjakan. mana lahirnya generasi pelapis yang mapan?

cuti semester. berdasarkan pemerhatian saya sebagai pelajar institusi pengajian tinggi, bila masa tibanya cuti semester, hampir semua pelajar angkat kaki lari balik ke kampung halaman. tidak jadi hal, itu memang perkara biasa. cuti semester ipta lebih kurang 3 bulan. tak terubat juga rindu? bagi saya 3 hari dah cukup lama nak bersila di rumah.

yang tertinggal di ibukota membilang hari untuk berkahwin di resort-resort terkemuka dengan insan yang tersayang (yang pasti bukan ibubapa lah). okey, saya tak nak campur, kubur masing-masing.

ada pula yang kununnya 'bekerja' cakap degar-degar kompang-kompang buat bisnes modal air liur gaji 10 ribu sebulan. sekejap pakai evolution x kemudian pakai abang punya skyline r34 lepas itu downgrade adik punya impreza. mimpi-mimpi budak multi level marketing. tapi masih pinjam duit member buat isi minyak nak closing client. nak tau apa itu closing, tanya budak luxor.

ini bukan generasi mapan ini generasi pemalas hidup nak sedap.

saya jarang lihat pelajar yang ingin menghabiskan cuti semester mereka dengan bekerja. tidak kisahlah apa motif mereka bekerja samada ingin membeli tiket sunburst atau ada rasa malu mahu minta wang pada ibubapa bagi duit tengok wayang dengan awek. tapi memang inilah golongan manusia-manusia rare yang saya tabik spring.

dan bertambah peliknya mereka ini belajar di ipts. mungkin duit sara diri tidak mencukupi yalah duit yuran pun mahal pula. bila saya tanya mereka, apa pekerjaan yang mereka lakukan, mereka jawab, 'ala setakat lap-lap pinggan dan layan orang makan je. gaji pun rm50 sehari.' okey sangat lah tu. nama pun kerja sambil lewa, eh kerja separuh masa.

*****

berdasarkan pemerhatian semata-mata. tikus makmal adalah pelajar ipta mengambil ijazah jurusan kejuruteraan.

5 fasal undang-undang memilih pekerjaan untuk pelajar
  1. mesti di port-port market - klcc, lot10, times square, one utama, pavillion.
  2. gaji mesti tidak kurang 4-angka.
  3. telefon bimbit dibenar sewaktu bekerja - waklu.
  4. pekerjaan sejajar dengan trend - butik levi's, padini, guess, starbuck, topman topshop.
  5. keistimewaan bekerja - pakai apa kau suka, buat apa kau mahu, cuti hujung minggu, staff privileges.
anda rasa boleh dapat tak kerja macam tu? saya rasa sampai mati pun takkan dapat kerja macam itu dengan sijil spm dan sijil ijazah yang belum tentu dalam tangan.

bagi saya pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan dunia pekerjaan adalah satu kerugian yang besar. kerana apabila mereka berada dalam dunia pekerjaan sebenar, nanti mulalah merungut awek nak kena tanggung, duit pinjaman nak kena bayar balik, makan tak cukup, tidur tak lena, mandi tak basah, habis-habis balik kampung mengadu kat mak duit gaji tak cukup. nak salahkan siapa? sebab mereka tak tahu menghargai wang dan hidup nak sedap.

apa kata anda?

33 comments:

npo said...

betul ke tu. cashier dpt gaji bulanan. student dpt elaun ikut semester.

bukan semua orang boleh buat semua kerja. memang ada yg lebih suka pakai baju sendiri sebab kalau kena pakai uniform, xdptlah tutup aurat bagi muslimah sbb selalunya uniform tshirt je.

mr. hafis said...

@mmaksimalis..
adeh, point kecil tu. Student ada yang dapat elaun bulanan. jadi fokus ke situ ya. :)

mr carl arif, mengikut buku yang gua baca, the malaysian job seekers dilemma(zulkifli musa). Masalah yang popular adalah daripada pelajar itu sendiri. KEMANDIRIAN.

mana? memang sukarlah untuk bertemu sebab selesa dengan plagiat semasa belajar. Budaya belajar di malaysia secara amnya adalah seperti melepaskan batuk di tangga.

lagi satu budaya, tidak sedar langsung diri itu adalah pelajar. Buat cara pelajar. Jangan samakan dengan pelajar akademi fantasia.

Malaysia pun satu hal lah. Terapkan sangat sifat idolism kepada rakyat. Eh, pelajar terpengaruh. PELAJAR pun senang terpengaruh?

hak elaaa.

sYaMiMi naSiR said...

ntah la hafis...
tapi ayah saya sendiri tak mengalakkan kami adik beradik untuk bekerja semasa belajar...
Beliau cakap...
selagi beliau mampu untuk menampung kami...
tak perlu kami bekerja semasa belajar...

tapi pernah juga bekerja semasa tunggu result SPM...
bekeras mahu berkerja tapi alih-alih...
sehari jer bekerja...
tak tahan bila ada 'tikus-tikus' sibuk datang ke deparment semata-mata nak mintak no telefon sampai kena marah dengan supervisor...

dah la ada senior yang jenis mengambil kesempatan...
so..
kalau nak cerita pengalaman...
tu je la pengalaman bekerja...
sehari di shopping mall!!

cindir-rela said...

tak semua pelajar ipta demand macam tuw..dan tak semua pelajar ipts sebagus itu...ya, saya setuju dengan syamimi..owh, tapi saya anak yang degil...pergi juga bekerja selepas spm..saya gatal mencari pengalaman..

bagaimana dengan penulis? kamu buat part time?

mr. hafis said...

@syamimi..
saya ada suggestion untuk anda. boleh mula baca buku daripada robert t.kiyosaki - rich dad, poor dad.

Anonymous said...

hehehe..da lme xbkak blog u..erm..i stju ape yg u ckp..
Slalunye bdak2 ipta cuti smpai 3bln,tp xbt ape..dok uma goyang kaki..
Klau bdak ipts susa sket kot nk kje,sbb cuti sem pn paling lame 2mggu je,even prayaan pn cm 2 jgk..
Tp mmg ptut pn kte dbiasakn dgn keje,wlaupn gji ciput.bru la dpt rse cm ne susa mak bpak crik dwet nk bg ank2 sndri..

FlipFlop said...

ermm..
boleh saya salahkan persekitaran n mentaliti yang diterapkan dr kecil??

npo said...

tak taula sape yang dpt elaun bulanan tu. rasanya semua pelajar ipta dpt elaun semester. pinjaman ptptpn ikut sem.

back to the topic, aku tak tau kalo ade org camtu. aku pun tak keje time cuti. bkn semua tmpat nak amik keje kejap camtu. kalo di KayEl adela byk keje. tp x sm dgn tmpt lain.

kita berada di tempat sendiri, dekat dgn mak bapak. dimanjakan. begitula. cuba kalau belajar di oversea,
mak bapak jauh, org melayu sikit je, suasana jauh berbeza, takde istilah keistimewaan bumiputera.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

melayu maksimalis - kebanyakkan kerja dibolehkan memakai tudung. dan saya nampak rezeki ada di mana-mana.

mr. hafis - duit buku dibuatnya duit shopping. macam-macamlah.

syamimi nasir - ibubapa pun melarang saya untuk bekerja setelah habis bersekolah. tapi saya dah punya 7tempat kerja berlainan sehingga kini.

cindir-rela - memang semua pelajar sekarang demand. tak nampak pun di mana letaknya indie nya mereka. fesyen je mungkin? hehe.. sekarang saya sedang berniaga untuk duit cigar.

cienna - tahniah kerena tergolong dalam kelompok manusia rare.

flipflop - mentaliti yang diterapkan sejak kecil boleh diubah. kita punya akal untuk berfikir bukan?

persekitaran berubah-ubah mengikut fasa kehidupan. tempat kita bukan hanya dirumah ibubapa sehingga kita mati. kan?

npo said...

memang boleh pakai tudung. tapi tak boleh tutup aurat dengan lengkap. contohnya boleh pakai tudung tapi wajib pakai uniform tshirt lengan pendek dan baju tshirt masuk ke dlm seluar. masih tak mengikut lunas Islam.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

melayu maksimalis - adakah itu alasan atau apa?

lihat pada realiti lah. sekarang diwajibkan pakai baju kurung ke kolej pun semacam satu paksaan. mereka lebih rela pakai jeans dan body fit t-shirt.

ya, lupa mahu tanya, kerja apa yang anda maksudkan itu?

Inah said...

elaun sepatutnya digunakan dengan sebaiknya..i guess mentaliti pelajar kita..

being an academician..i know what the students would do with the money..not talking about the books, but they rather spend it on handphone, PSP etc..

*HP students adalah lebih canggih dari pensyarah..ini fakta di IPTA :)

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

ms.inah - sangat-sangat setuju!

jadi adakah anda bersetuju pelajar patut bekerja sambil belajar? atau mengharapkan wang pinjaman semata-mata untuk sara diri?

syrup said...

la dah lama tak dtg dah ada 2 penulis pulak..wah,bagus..mrhafis kamu dah sibuk yeh..

komen:nak hidup senang kena la kerja keras..Dulu kerja kilang lepas spm, lepas la jugak lesen motor n kereta. Sebab guna duit sendiri jadi lebih bersungguh2 nak dapatkan lesen.
Lagi satu, bangga sebab dapat pengaruh budak2 muda kilang sambung belajar lagi.

yer, memang elaun belajar lebih banyak dari gaji pekerja kedai makan tapi bila cuti semester mesti ada adik yang merengek mintak belikan itu ini..masa ni la nak cekau duit kerja part time.
jangan fikir jauh2 n nak untung besar gila2 tapi keja sikit je.be realistic.
tak kisah la jual buah kat lebuhraya ke, atau jualan ais krim pop kat rumah, asalkan duit masuk..alhamdulillah..

Miss Hirose said...

dlu2 setiap cuti sem sy msti keje
xkire la kdi kain ke..
shoping complek ke..
kedai kapet ke..
mcm2 keje da rse..huhu
besh2..ngeeee

aik?da da 2 penulis plak???

Anonymous said...

'kerajaan pula main tabur-tabur duit je pada golongan yang so called s t u d e n t ini.....'

ayat nie rasanya hanya boleh diberikan kepada pelajar yang mendapat JPA,bukannya nyer dpt ptptn mcm saya...

bila first time duit masuk perkara pokoK yg dilakukan dulu:
budak jpa= shopping
ptptn= dah pening kepala mcm mana nak uruskan duit yg cukup2 makan tuh

saya penah jugak bekerja selepas spm..2 bulan lagi..siap boleh bg duit kat mak lagi untuk duit belanja...(bukan mendabik dada)

tapi sekarang
dengan kuliah nye yang maha banyak lagi susah ditambah pula banyaknyer tugasan...mcm mana??
mmg kalu dulu sebelum masuk u,saya dh bercadang nak buat part time...
tp..mcm x boleh(adakah saya beralasan)

bertuah pada sesiapa sahaja yg dpt bercuti 3 bulan selepas final exAM..boleh la anda memikir2 kerja apa yang boleh dibuat..tapi...saya....masih lagi ade kelas yang dianjurkan oleh kos(sebulan lamanya) dan jugak selepas itu posting kat hospital pulak...(sebulan jugak)

(adakah ini sesi luahan perasaan...lantak la labu)

so moral of story
maknanya xde cuti tuk sem nie
hahahhahaha

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

syrupussimplex - :) point yang baik.

suzana hazes - kamo nak jadi penulis ke-3? jom lah. hehehe..

biskutpetaksegi - adakah kamu pelajar medic?

ya, duit ptptn memang tak mencukupi untuk jurusan2 kritikal seperti perubatan. tapi kalau tajaan jpa pula agak melebih2.

setelah mendengar rintihan kamu dan kakak saya dan kawan saya yang sibuk 12bulan setahun.saya rasa pelajar perubatan harus dikecualikan (bukan senang lepas gitu2 je. hehe).

ochs widdle said...

kerja yang terlalu selesa di usia muda,
akan susahkan diri di hari depan.
semacam tidak reti kerja bersusah-susah.

setiap kali cuti semester pasti akan kerja sampingan.
selalunya yang berkaitan sama makanan.erk.even bukan mengambil jurusan tersebut.
akan kerja hingga patah kaki.
kasut sampai haus.
untung kerja macam ni,tak perlu pk lunch nak makan apa.huhu.
sungguh tak reti bekerja hanya termangu menunggu pelanggan lalu.

Anonymous said...

*HP students adalah lebih canggih dari pensyarah..ini fakta di IPTA :)

-fakta jugak nie...tp jgn bg tau org..HP saya sama ngan pensyarah tuh...hahahhahaha..kalo anta gambo ..rasenya 2020 pon x kan dpt...hahahhaha

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

ochs widdle - salah satu golongan rare. :) eksekutif jualan - nama sedap tapi kerja semacam terhegeh2 cari pelanggan. salah satu bidang kerja yang saya langsung tak dapat lakukan. akhirnya hanya dapat bertahan selama 4hari. hahaha..

biskutpetaksegi - kenapa seimbas pandang nama kamu seperti biskutpetakpelangi?

Aini Khalid said...

robert t.kiyosaki - rich dad, poor dad.<--i read this book years ago. my dad gave it to me as a birthday present.

owh. aku sudent ipta. amek loan ptptn sbb mls nak mohon jpa. tapi sampai tahun 4 je. tahun 5 bpk aku suruh stop. so tanggung sendiri sbb dia tak mau aku berhutang sampai ke anak cucu.

and i work from home.or rather say from my room. the pays are pretty well. sometimes in 2 days i manage to get around rm800. bukan MLM ok. freelance. 3d design model bodo2, otoked, graphic design da bleh buat duit.walaupun aku benci keje tu kene jumpa client ape semua.

Anonymous said...

oh mr carl arif
mcm mana boleh bertukar dr biskutpetaksegi ke biskutpetakpelangi

yang pasti biskutpetaksegi boleh dimakan

saya bukan pelajar medic
saya pelajar sains perubatan kecemasan..kalu bab cemas2 cari lah saya..hahaha..juz joking

tikus makmal kerajaan said...

"tikus makmal adalah pelajar ipta mengambil ijazah jurusan kejuruteraan"
satu istilah yg sesuai untuk pelajar ipta jurusan engineering...
satu jo den nk ckp...
TIKUS MAKMAL WAK LU...
ha3....
2 aje,nk berhujah...
bole jumpe den...
setup maso ngan tempat...
den turun....
malas den nk berckp kek sini...ramai sgt org bijak pandai....
5 fasal undang2 memilh pekerjaan utk pelajar,2 sume undang2 lu...
kalo slh betul kan...
jumpo den cuti sem sok,bwk fakta2 yg cukup...
asalamualaikum....

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

tikus makmal kerajaan -

waalaikumussalam..
bro, lu melatah ke? eh.. jangan melatah lah eh, eh.. hehe..

apa yang lu cakap tu semuanya salah sebab gua tau lu tak boleh terima kenyataan. tapi gua nak lu sendiri betulkan sebab gua rasa lu ada otak. kan? ;)

okeyla, ada juga pasang niat nak jumpa lu, boleh juga pekena teh tarik segelas dua sambil-sambil tambah kenalan.

tapi lain kali tinggalkanlah e-mel sekurang-kurangnya. boleh juga trace siapa manusia yang 'berani' ni. hahaha..

asalamualaikum..

tikus makmal kerajaan said...

ile_ayu@yahoo.com

Anonymous said...

Pelajar tajaan jpa dah tandatangani perjanjian yang mana dorang x boleh bekerja ketika belajar tanpa kebenaran dari pihak penaja.
Aku student ipta jugak, tapi telefon bimbit aku jauh tarafnya dengan pensyarah.
Jadi harap janganlah labelkan semua pelajar ipta macam tu.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

yayaya.. pelajar tajaan jpa sudah tentu mengambil jurusan kritikal. kamu tetap mahu bekerja asalkan tidak mengganggu pelajaran kamu.

apakata.. saya beri contoh begini.

universiti kamu melarang kamu merokok dalam kawasan kampus.

kamu tetap merokok dalam kampus.

itu adalah contoh negatif.

because you do what you want to do. fuck the rules!

kamu bekerja sebab tidak mahu bergantung sepenuhnya pada tajaan jpa.

bonus, kamu dapat duit poket lebih.

then you buy what you want to buy. and fuck the rules.

tidak salah. kan?

tambahan, saya tidak melabel 'semua' pelajar ipta. baca semula.

Anonymous said...

okay lain kali tolong tulis "kebanyakan" baru saya boleh terima.
kalau langgar perjanjian mereka kena bayar lebih 100k. Takkan nak ambil risiko kan??

Anonymous said...

macam juga kalau saya kata lelaki di Malaysia ketot-ketot contohnya lah.
Pasti ramai lelaki di Malaysia tak setuju dengan statement saya tu kan.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

anon - kabanyakkan dan hampir semua. tak sama?

letakkan frasa 'kabanyakkan' dalam ayat kamu. pasti yang bukan ketot tak terasa.

siapa yang makan cili yang terasa pedasnya. :)

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

kabanyakkan? tak pernah tahu wujud imbuhan ka..kan dalam bahasa melayu.
Maaf mungkin saya salah tafsir tulisan anda.

nurulanessa said...

jwpnnye msh x puas la.
hmm

Anonymous said...

senang cerita.
hendak seribu daya.xhendak seribu dalih.

pk sndr.
trime kasih.
;)