Monday, March 23, 2009

mahu osteoporosis? minum susu.

saya dapat info ini sewaktu hantar kakak ke hospital tun hussein onn. ada buku berbahasa inggeris yang diedarkan kepada public bertajuk 'jangan minum susu'. terpana sebentar.

apahal? jom ikut baca.

seperti yang kita tahu, tulang mereput sejajar dengan peningkatan umur. untuk kaum perempuan pula pereputan tulang berganda selepas monopous. kita tidak boleh mengelak dari terkena tulang reput tetapi hanya boleh memperlahankan prosesnya sahaja. bagaimana?

cara memperlahankan pereputan tulang senang sahaja iaitu dengan mengambil kalsium tambahan.

cara menambahkan kalsium dalam badan yang kita tahu adalah dengan makan ayam kfc dan mc donald (semua dah boikot rasanya), atau produk tenusu seperti yogurt, keju atau dengan minum susu itu sendiri.

kalau kamu tonton televisyen mesti perasan ada iklan susu memaparkan perempuan sedang bersenam tiba-tiba bunyi tulangnya patah. (kalau tulangnya reput mana ada bunyi kan?) lalu syarikat susu itu pun terangkan ubat untuk tulang itu adalah dengan minum susu. betul?

mana betul beb! kamu dah kena tipu tu. tulang yang patah mana boleh cantum balik. kalau reput pun bukan boleh elok balik.

fakta - susu mempercepatkan lagi proses osteoporosis.

diet yang mengandungi banyak protein haiwan seperti mc chicken atau zinger burger (damn terliur pula) berpeluang menyingkirkan kalsium dari tubuh manusia melalui air kencing atau kata lain, lebih banyak kalsium dikumuhkan dari tubuh apabila kamu makan protein haiwan seperti telur dan produk tenusu tadi.

kajian pada tahun 1990 mengatakan diet yang kaya dengan kalsium khasnya menyebabkan kehilangan lebih banyak kalsium dalam tubuh mengakibatkan imbangan kalsium yang hampeh atau kata lain, lebih kekurangan kalsium!

tetapi mama/mak/ibu/umi/mami/mom, doktor, dan kerajaan masih menyuruh kita minum susu untuk tulang yang kuat. apakah semua itu?

kamu tak percaya? lihat pada rajah.

fakta - graf menunjukkan rakyat negara yang mengambil banyak kalsium lebih menghidap sakit pinggang.


rakyat amerika yang ambil susu sebagai diet harian paling banyak menghidap sakit pinggang beb. cayalah! tambah lagi.

menurut national osteoporosis foundation (NOF) a.k.a yayasan osteoporosis nasional (YON? hehe) menganggarkan lebih 10 juta individu di amerika telah menghidap osteoporosis manakala hampir 34 juta lagi menghidap kepadatan tulang rendah mengakibatkan mereka berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

ini baru bab osteoporosis. bab lain lagi banyak menunjukkan mengapa susu ini bukanlah makanan bernutrisi tinggi seperti yang dilaung-laungkan oleh syarikat produk tenusu. 'susu umpama racun yang merosakkan tubuh' sebegitu sekali beb.

jadi mengapa kita tidak didedahkan dengan bahayanya produk tenusu ini? ingin menjaga kepentingan syarikat susu mungkin? atau rasuah? haha. saya pun tidak pasti tapi yang pasti saya beritahu anda kerana saya sayang akan blogger yang lain serta tidak mahu dituduh bersekongkol dengan syarikat tenusu penipu ini. hahaha.

nak salinan buku ini? pergi ke hospital mata tun hussein onn di petaling jaya atau minta pada saya. takpun, google saja, kalau tahu guna lah.

okey, bagi mr. hafis anda mungkin perlu cari cara lain untuk tinggikan tubuh. hehee.

sebelum tidur, jangan lupa minum susu.

16 comments:

mr. hafis said...

yon tu jangan kacau wei. Gua dah guna cara lain. Betulkan posture badan beb. haha.

Anonymous said...

menarik fakta ni...saya penghidap back pain...ke arah pereputan tulang konon...saya tak minum susu dari kecik...tak sedap...doktor kata...thats why dapat back pain cz tak minum susu...rasa nak sue doc tu blk...boley?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

mr. hafis - makan kacang2 dan sayur ah. kalsium dari tumbuhan lebih diserap tubuh.

nrul - hehe.. nak sue apa salahnya. tapi kene lihat sejarah penyusuan juga.

waktu kecil kita memang digalakkan minum susu (sehingga berumur 2tahun) untuk membesar dan membina tulang. sebaiknya adalah susu ibu.

Masrurah said...

nice artikel...
suke minum susu HL..hehe!

FlipFlop said...

say pernah terbace ini
"sebaik2 ubat adelah air kosong.."

jadi berbaloilah kirenye sebelom ini saya suke kuarkan statement
"susu bau kain buruk~"
kapada ibu..

HohO..
saya bukan anak derhaka yang pstinye..

FlipFlop said...

incik aizat zainal ariffin~

mr. hafis said...

saya rasa semua patut gantikan susu dengan soya.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

ms. masrurah - susu hl lebih kepada lemak lembu dan tidak fresh.

ms. flip flop - :) try again.

mr. hafis - you got it! susu soya pun elok diminum.

FlipFlop said...

ow..terbalik..
aizat ariffin zainal..

Anonymous said...

sy tak mnum soya jugak! macam mane tu?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

nrul - emm apakata awak makan sayur? kekacang? susah2 awak makan pil kalsium je. hehehe..

ochs widdle said...

saya cinta susu!

macammana?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

ochs widdle - kalau kamu nak minum juga, berdoalah agar susu itu adalah penawar. :)

Anonymous said...

OMG! saya minum susu twice a day, pagi n b4 tdo,n sy mmg mengamalkan pengambilan diary products yg bnyk seharian. eg: pagi mkn oat+susu, tgh hari roti+cheese+daging ker apa2 la, ptg nescafe+susu+orea/youghurt bar,utk snack pulak mmg akn amek chocolate,youghurt,mcmtu lah.cuba kira brapa bnyk pengambilan susu seharian?pergh.sbb ayah sy tak kasi mkn mkanan yg MSG mcm twisties, megi pastu kitorg mmg dr kecik terbiasa dgn snack tenusu ni. haih.patotlah gigi tak kuat dan sering sakit tulang.perghxcdjahghdfgfq!saya dah tertipu selama ni!bek makan megi ini mcm!oh dan susu itu mmg sgt menggemukkan.cis!

Anonymous said...

dairy products* cis typo.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

yyeeaaaaa.. dan.. jangan lah marah.

owh ya, kamu sedang sakit gigi..