Saturday, March 28, 2009

seorang robot

perhatikan manusia sekarang ini seakan kematian jiwa. tak berperasaan, jika adapun cuma marah, benci atau perasaan hanya membawa kepada manusia antagonis..

perasaan. mana perginya keperihatinan yang kacip dengan bangsa melayu? kita simpati apabila mereka yang dalam kesusahan. kita bersedia memujuk mereka yang bersedih. kita tumpang gembira pada mereka yang bernasib baik. ke mana pergi? hilang semuanya. yang tinggal hanya perasaan hasad dengki yang sebati dengan title melayu kini.

mengapa manusia sekarang terlalu kontra jika dibandingkan dengan yang dahulu? adakah kerana semua dilema antara kehidupan peribadi dengan yang lain? lalu mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang jiwa-jiwa yang lain?

cinta itu berjiwa? cinta hanyalah naluri. naluri tidak memerlukan jiwa. haiwan bernaluri tapi tidak berjiwa. tiada istilah 'rasa cinta'. bahkan cinta adalah pencetus perasaan - gemuruh, sayang, sedih,. jadi mari memperkembangkan cinta (spread the love).

kala bosan-bosan, mr. hafis pula f*ck kaki botol, elok layan neraka - belog penuh perasaan. ambil yang baik, yang buruk jadikan iktibar. hehe..

13 comments:

sYaMiMi naSiR said...

setuju bila cakap manusia dah jadi robot...
niat tok menolong...
alih-alih dipukaunya..
diambilnya semua barang tanpa meninggalkan sesen pon..
niat untuk menolong bertukar menjadi mangsa penipuan...

kalau tak menolong..
katanya tak der naluri kemanusiaan bila melihat makcik-makcik bersama beg-beg yang besar...
tapi bila ditolong..
lain plak jadinya

biskutpetaksegi said...

dulu lain skrg lain..
sedangkan pantai boleh berubah
nie pula kan manusia....
masing2 mengejar
kepentingan masing2
mereka lupa hidup nie hanyalah sementara...(ayat skema)...

cindir-rela said...

kenape suke kaikan dengan melayu?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

cindir-rela - sebab kita orang melayu dan kita sayang bangsa melayu. tak?

syrup said...

melayu mudah lupa..
melayu lalai..
kita ni melayu kan?
jangan sampai ke depan2 nanti budak2 malu mengaku melayu..
takpun melayu dah jadi bangsa yang takbest.haish

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

syrupus simplex - ;) sekarang pun ramai yang mengaku bangga mix sana, mix sini.

oh ya, saya mix chinese singapura dengan melayu sumatera. ha ha ha. ehem..

biskutpetaksegi - well said.

saya cuma bereksperimen dengan hidup. jangan jadi seperti saya. sangat bosan.

syamimi nasir - kadang-kala buat-buat tak nampak adalh petua yang berguna. - hanya dihalalkan terhadap orang yang kita curigai.

cindir-rela said...

cindir-rela
saya ade perasaan lain bila orang asyik kaitkan yang buruk dengan melayu..sebab saye bersekolah disekolah melayu yang sangat mengagungkan bangsa melayu, ingin menolong bangsa melayu, dan menaikkan bangsa melayu..mungkin otak yang telah dibasuh seawal 13tahun dan diserap selama 5tahun menjadikan saya sangat sensitif dengan perkataan melayu.

Si Penanya (?) said...

owh jadinya kamulah mr. carl alif..

perihal bangsa aku kurang berminat. bukanlah tidak sayangkan bagnsa.. tapi relevennya pada aku lebih baiknya kita fokuskan pada ugama kerana bangsa kita (malah bangsa2 lain juga) terletak di bawah ugama kita.. andai ugama tidak terjaga maka robohlah bangsa kita yang majoritinya sudah tentu bergelar islam bukan?

maka bagi aku kepada mereka yg jerih perih memperjuangkan bangsa tetapi pada dasarnya ugama mereka jauh dari kehendak-Nya, itu adalah memalukan rasanya..

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

cindir-rela - baca dibawah ya.

penanya (?) - haha.. aku terpana sekejap.

ya memang tamparan hebat. pendapat kamu telah mencelikkan mata aku. betul, tanpa agama bangsa mana akan terus berdiri. memperjuangkan bangsa tapi mengentengkan agama pun tak guna juga.

dan bukan atas nama bangsa yang bawa kita ke hari kiamat. ya sangat bagus. terima kasih.

mr. hafis said...

@penanya..
err.
entri ini semata-mata perihal bangsa. adat dan budaya. islam itu sendiri banyak rantingnya(syiah, sunni, etc, etc). melalui melayu kita kepada perihal agama.

jadi, eloklah kita mengenal dahulu bangsa dan beramal bersama agama. jika anda kurang berminat dengan bangsa maka dimanakah jalan yang setara?

:)

cindir-rela said...

ya...saya setuju dgn 'penanya'.:)

ochs widdle said...

semakin me-layu.
semua angkara sikap dan kawalan minda.

kalau prihatinnya kita,tak akan tersisih saudara baru sesama muslim kembali ke agama lama,dek kerana sikap melayu itu sendiri.


jika cinta itu di semai sesama kita,
sayangkan sesama agama,kasihkan sesama bangsa.pasti tiada isu baran dan kekejaman sesama kita di akhbar.

kelakarkan digelak bangsa lain melihat kebodohan sendiri.
dan setiap detik di curi peluang kita2 dengan senyap.

dan manusia kita terus bertelagah semacam tiada cinta.mungkin tiada jiwa.

nuriza said...

salam...manusia mkin tidak berperasaan bila makin jauh dari allah.. agama dianggap remeh dn hiburan mjadi teratas.. itulh manusia..xkira bangsa.. kta kn sll topup imam kta stiap ms..slg berpeluang..