Monday, December 22, 2008

betapa peluang itu perlu dicari, bukan ditunggu.


saya sedang berjalan di Bukit Bintang. Sebab adik saya merengek mahukan wallet maka saya ke Sungei Wang untuk mencari yang sesuai. Apa yang saya perhatikan adalah ramai orang, macam biasalah kan. Cuma ada sedikit yang menarik perhatian saya.

Sekarang saya berehat di Starbucks hadapan plaza Low Yat. Maka bolehlah menulis. Hehe.

Jika anda perasan, perempuan melayu jalan berpasangan dengan lelaki. Berbeza dengan ah moi. Mereka kebiasaannya berjalan berkumpulan. Paling minima 2 orang. Apa yang buat saya hairan adalah mereka ini semestinya cantik. Biasalah ah moi kan?Tapi jarang berpasangan dengan lelaki yang sekaum dengan mereka.




fenomena ini memang biasa dapat dilihat di sini. Bukan tiada yang berpasangan. Cuma nisbah dengan kaum melayu itu memang sedikit. Saya rasa mereka tiada teman mungkin disebabkan lelaki kaum mereka sibuk dengan urusan kerja. Itu dapat dilihat merata-rata. Jadi promoter handphone, jual perkakasan komputer dan sebagainya.

sudah nampak kan?gigihnya orang lelaki yang bukan kaum kita mencari peluang. Ada pada kaum kita? anda lihatlah, saya tunggu anda. Bolehkan? atau memang anda sudah lama nampak?ok, sekarang saya mahu komen anda. Silakan.

Terima kasih.

6 comments:

hikayat aku dan mereka said...

Tidak dinafikan keadaan mcm tu wujud.. tapi... Ada je kawasan yg ramai kaum tu dgn lelaki kaum tu.. Tidak dinafikan gak lelaki kaum tu rajin berkerja.. mereka ada dimana-mana berkerja...

Mana perginya kaum kita? Bukan la mereka malas.. Mungkin dioarang sambung belajar.. Atau mereka dgn kerja-kerja yg lebih sinonim dgn kaum melayu.. Lgpun kita ni melayu nak sambung belajar senang.. ada ipta sendiri.. Patutnya kita ni lebih menghargai peluang.. kan? Eh.. dah melalut plak..

Back to the point,lelaki melayu ni mungkin kurang berusaha mcm tu... mereka tentu saje malu nak berkerja seperti tu.. gaji sikit la kononnya alasan mereka.. ada yg yg sanggup tak keje drpd dpt gaji sikit.. hmmm.. tapi... bukan semua.. ada lelaki melayu yg sgt gigih berusaha mengubah masa depan mereka.. Kan? Dan sbb tu la kita tak boleh nak cop mana-mana kaum atau buat kesimpulan.. setiap kaum ada kebaikan dan keburukan..

syrup said...

Banyak lelaki melayu yang kerja kuat.Especially yang dah ada keluarga sendiri.Sebab mereka sedar ada tanggungjawab besar.
Mereka tak kisah pun duit tu dibelanja untuk kebajikan anak isteri(saya respect sekali).

Kalau yg muda n bujang rajin kerja sana sini..tolong kawan jual burger,baiki moto buat part time sana sini lepas habis office hour.untuk kesenangan sendiri n awek (kalau ada).kumpul duit untuk kawin,kalau lebih boleh bg mak ayah sikit or beli stok rokok.

Orang melayu kita pun pandai mencari peluang tapi dengan cara lain macam jualan langsung(boss cina,downline semua melayu),skim cepat kaya,perniagaan internet.Macam komen hikayat,kita mungkin ada di pekerjaan lain.

Gigih ooo orang kita kerja..

CJ said...

hmm...gigih?.

syrup said...

aah..gigih dan gagah

sYaMiMi naSiR said...

lg pon org melayu kita ni kn sbuk...
mana der masa nk lepak2 ni...
klinik merata2 tmpt...
cucuk stu...
cucuk sni...
mana der masa nk lepak2...
dating2

::bkn smua lelaki melayu mcm tu::

Anonymous said...

kaum kita selesa dgn tongkat sakti. dan yg paling pasti orang melayu diajar untuk tidak pegang duit pada usia muda. umo lepas hbs dip n deg br nak stat. sedangkan bangsa len diasah utk pgg duit pada usia 7-8thn. huuu! cane?