entri kali ini saya mahu sentuh tentang kaum yang berlawanan dengan saya lagi. Bolehkan? Saya pernah menulis bahawa perempuan ini suka menjadi unik. Unik pada saya di sini adalah mereka suka menjadi lain daripada yang lain.
tentu orang lelaki di luar sana sedar kan? jika dapat mesej, orang perempuan suka tambah "w". Contohnya :-
"u ni jahat lew. asik2 nak kaco i. owang lain xdew mcm nie pown. i tawla i nie hawt"
dengan jujurnya saya tidaklah suka mesej seperti di atas. Saya sangat sensitif tentang perkara begitu. Jangan marah jika saya tidak membalas mesej ya. Lagipun saya bukan seorang yang sentiasa bersama telefon bimbit . Ada masa saya keluar telefon tinggal di rumah.
dalam bahasa inggeris juga ada yang pandai-pandai buat perkataan sendiri. Yang ini bukan perempuan sahaja. Lelaki pun ada juga. Kawan-kawan saya pun sudah terikut-ikut.
Contohnya :-
"kewl, 4eva, ur, mish u, ma fwen, etc"
Perkataan-perkataan di atas juga saya tidak suka melihat. Rasa macam pelik sangat. Sebab dulu saya selalu contact kawan saya di US, dia tidak faham apa itu "ur". Saya terangkanlah "ur" itu your yang disingkatkan. Dia ketawa dan beritahu singkatan your adalah "yr". Saya jadi malu dan berusaha tidak akan jadi begitu sekali lagi.
Macam saya, saya sayang melayu saya. Sebab itu saya tidak salah gunakan bahasa saya. Sebab ini maruah saya. Mungkin sebab orang perempuan ini suka menjadi unik, maka mereka akan berusaha untuk menjadi unik sampai bahasa pun amatlah unik. Begitu juga dengan pakaian. Saya nampak amatlah unik jika perempuan itu bertudung tetapi memakai t-shirt lengan pendek.
Harapan saya kepada bakal isteri saya. Anda tidak perlu unik sebab kebanyakan perempuan sekarang sudah unik. Jadilah minoriti yang teguh.
Terima kasih.
8 comments:
sy pon berpendapat mcm kamo ler..
lg poning kepala sy bila dlm bahasa inggeris...
dan sy gak xder tambah2 w kat blkg...nnt tah apa2 lak bunyi nyer
1.lagu best.
2.perempuan type macamtu sebab dia nak manja2 ngan awk ni(ish tak faham2 ke?apa lagi,masuk la line!!)
3.lelaki tak suka perempuan typical ke?
4.harapan kepada bakal isteri bagitahu kat dia saja la..huhu..lagipun kalau dah suka,anda saja betulkan dia..
betul ckp SyrupusSimplex.. sgt sokong..
Biar la perempuan dgn perangai mcm tu.. kalau tak suka.. tegur..
Anyway,mmg best jadi minoriti... ahaha.. dulu masa kawan saya mula dgn eja2 mcm tu.. saya langsung tak reti nak join.. last2 mcm ketinggalan.. lantak la.. tak kisah pun.. *Buuueekk*
Siap kene panggil dgn kawan2 kamus dewan kerana bila msg,mmg taip mcm skema.. bila kawan2 guna bm mcm tak kene,suka gak la tegur diorang.. so.. bila buat.. akan muncul.. "Kamus Dewan"
Ahaha...
igt hanya disekolah dulu mcm tu.. tapi masuk U pun sama.. tapi.. Yang kat U tak seteruk masa sekolah.. tapi dpt gak la gelaran kamus dewan bergerak..
Takpe.. aku bangga..! *tersenyum lebar*
hehe..
kalau adik saya sms dgn pakwe dia,memang nak tergeliat2 la sebut satu2 ayat tu.Saya bagi contoh la, contoh lebih2 tak boleh sebab saya baca curi2..:)
CaYuNK tewNgurh WutPEw tew?
RiNdew aRww..BlorM BaNgOrn tiDow YerW?MeRh aRrr,nuRk CArSey KiSS Sket..MMMuuahh!!
haha.Tapi tu kan identiti diorang.Dah terbiasa agaknya.
Bagi saya ringkasan2 ok la.terutama masa sms takkan ayat penuh kot.tapi kalau perkataan kot tu jadi koWt..atau gaduh jadi gaRDowh..Emm menyusahkan je rasanya.
Nama pun sms.Short message services.Banyak lagi ayat boleh letak daripada tambah2 huruf w banyak2.membazir kredit.
@syrupus..
1. lagu memang best. Buwek.
2. Kalau mahu manja dengan saya bukan cara begitu, perlu memasak ke. Baru perempuan.
3. Saya lebih suka perempuan yang minimal. Dan berisi.
4.Dia tu siapa? Tiada calon. Huuuu.
opss. Berisi bukan gemuk. Berisi itu maksudnya keep updated.
yar..
agak kepelikan..
biar lah mereka mngikut arus..
selalunye mereka yang ber SMS spt ini slalunye gadis bawah umo..
bagi yang sudah pon berumor 25 ke atas, saya tidak rase mereka sedemikian rupe..
lagi pon mungkin ini adelah arus biasa..
sama spt kite tatkale kecil2 dulu..
rambut mahu bergel dan belah tengah..
serta memakai suar skolah yang besar sedikit bawahnye.. memakai kain sekolah sehingge myapu lantai..
nape perlu menongkah arus kan??
perkataan2 yang buat aku rasa mau tampar ko laju2 kerana bercakap seperti tiada gigi
1.tiut = cute/kiut
2.cayunk = sayang
3.mamam = makan
4.cibuk = sibuk?cebuk?
5.tomei = comel
6.
7.
....anda isi sendiri.
tp aku rasa kewl(us) = cool(uk).mcm pernah baca dlm buku.
correct me if im wrong.
p/s:short form adalah dibenarkan selagi tdk mengelirukan
Post a Comment