saya suka berbicara tentang jantina berlawanan, sebab saya tiada fizikal seperti mereka, rohani juga mungkin. Perkara pertama apabila saya berselisihan dengan perempuan adalah dengan memandang kakinya, sebab dengan melihat kakinya saya dapat bezakan perempuan yang lasak atau yang lembut. Kecuali yang memakai kasut. Saya akan perhatikan yang lain pula.
Perempuan ini unik, sikap mereka yang hendak menjadi unik ataupun semulajadinya begitu. Apabila seorang perempuan jatuh hati kepada sorang lelaki, maka dia akan menyayanginya dengan sepenuh hati. Macam saya, saya dapat lihat perempuan itu suka akan lelaki itu atau tidak. Sebab apabila mereka sudah jatuh hati, mereka sanggup buat apa sahaja. Walaupun lelaki itu kekasih kawannya, beliau sanggup. Itu adalah perempuan. Semuanya atau sesetengahnya itu saya tidak pastilah ok.
seperkara lagi yang umum mengetahui, orang perempuan berusaha menjadi yang terbaik dimata lelaki, mereka sanggup berhabis duit membeli peralatan solek yang mahal-mahal. Saya tak pastilah bagi mereka yang sudah berkahwin, itu boleh jadi topik lainlah kan. Cukuplah dengan memerhati rakan-rakan perempuan saya, saya jadi gerun.
Ramai orang lelaki membincangkan sesuatu perkara, saya rasa ramai yang sedar akan hal ini. Jika saya salah harap pembaca dapat betulkan. Betulkah dengan melihat jarak antara ibu jari kaki dan jari sebelahnya dapat mengetahui seseorang perempuan itu mempunyai dara atau tidak? Sering juga kedengaran dengan melihat punggung perempuan juga dapat menunjukkan perempuan itu masih berdara atau tidak. Saya tiada fakta.
Secara tabiinya, lelaki akan berkahwin dengan perempuan. Saya juga akan berkahwin. Satu lagi soalan saya untuk kamu, benarkah wang hantaran perkahwinan berkadar langsung dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara?Jawapan secara sinikal juga saya terima ya. Hehe.
Untuk orang lelaki, janganlah memberi perempuan harapan jika kamu bukan lelaki untuknya, sebab mereka boleh buat apa sahaja. Bunuh diri pun tidak mustahil. Oleh itu perlu hati-hati ya, dan jujur jika berkawan. Kawan katakan kawan.
Oh ya, kepada pembaca perempuan, sudikah terima cinta saya? Saya jual notebook buat hantaran kahwin sudah cukupkan?
10 comments:
tiba teringat kat ustazah asma yg ajr agama time ting 5...
hal akad,ijab,kabul,hantran n pemberian...
ada mmbr bertanya
USTAZAH!! BLH X SY NK KASI HANTARAN AIR SIRAP JE KAT BAKAL ISTERI SY??
blh jer...xslah!! xdosa pon...sesuai laa ngn ppn yg ko bwk ke hulu ke hilir tu!!!
::mmbr sy tu dh kantoi ngn ustazah bw ppn naik motor sbnar nye::
tp apa yg ingin di sampai kn disini..
hantaran tu xsemesti nye wang ringgit atau benda yg mahal...
air sirap pon blh...
janji ikhlas n dtg dr sumber yg halal!!!
::sbnar nye air sirap lg bgs sbb dia jd darah daging kita kn??::
@syamimi..
ianya lebih mudah kiranya orang tua tidak menetapkan harga sebuah hantaran. Mungkin berbeza dari segi adat. Mungkin.
oh ya, anda setuju diberikan hantaran air sirap?
salam.nice blog.bru first time commenting..selalunya..mas kahwin yg terserah kat pompuan nk dikasi per..hantaran ni more to adat..sebab lelaki yg tanggung biaya kenduri..so hantaran ni more to duit untuk kenduri la..walaupun kadang2 kenduri biasa telan duit lebih daripada tu..huhu...
n tergantung pekerjaan laki n prempuan tu jugak..parents selalu nk jaga air muka je..kalau murah kata anak tak laku..kalau letak hantaran mahal ni kata jual anak pulak..huhu..
oh, begitu. Dan berapa nilai yang bagi anda sesuai untuk hantaran perempuan pada masa sekarang?
haha..tengok tempat le kot..lau kawasan taman perumahan saya tu cikgu2 dah demand 10ribu..
kalau janda tu 6ribu(jiran sebelah rumah)..whaa..lau anak mak datin belum survey lagi..
yer tanya aja pacar anda..pastu mak die tahu jawapannyer..huhu
*pastu=pasti..
kalau ikut org kelantan, hantaran semua dapat ke pengantin perempuan.
betulkan jika saya slh
@syrupus..
whoa. Janda pun bernilai. Saya tak dapat nak tanya pacar lah. Saya lelaki single.(erk, bukan promote)
mahal sgt hantaran pun dah mcm jual anak.. entahlah.. tak penah tau apa jumlah yg sesuai utk hantaran... wee.... =)
urm first, sejak bila kau jadi jiwang ni?hehe
and second, menjawab soalan kau ye..aku selalu tanye pada mak aku tentang wang hantaran..and sebenarnya memang wang hantaran selalu-selalunya mengikut kadar ekonomi negara..aku bagi secara umum sahaja.kebanyakan family akan menjadikan wang hantaran itu sebagai wang tambahan atau mungkin bergantung sepenuhnya kepada wang itu untuk membuat kenduri perkahwinan..jadi sekarang barang mahal, maka mahallah juga hantarannya..ini aku katakan bergantung kepada ekonomi family itu juga..kadang2 ade yang tidak kisah mahu minta 2 3 ribu shaja sebab mereka mahu buat kenduri kecil.yang banyak kenalan, mestilah lebih sedikit hantarannya sebab ramai yang mahu dijamu mulutnya..lagi satu, kadang2 wang hantaran ini adalah satu pengukur jarak setinggi mana persekolahan kaum wanita itu..mak aku selalu cakap, kalau dia susah payah toreh getah untuk belanjakan beribu2 ringgit untuk hantar anak dia keuniversiti untuk jadi doktor, dan apabila dah jadi doktor, tinggi pulak tarafnya, maka takkan senang2 dia nak letak seribu sahaja? logikkan? tapi aku katakan ini tidak semua begitu..bergantung kepada ekonomi family itu..ada satu majalh itu aku baca, anak dato', belajar sampai luar negara kahwin pun dengan anak orng kaya2, tapi tak minta lebih pon..5ribu sahaja..mungkin dia mampu untuk menanggung semua kos perkahwinan atau mungkin dia ada agenda lain lepas anak dia kahwin kan?hehehe
Post a Comment