tadi saya pergi ke konsert rock the world yang ke lapan. Konsert ini diadakan sekali setiap tahun cuma tahun lepas tidak dapat dibuat disebabkan kekurangan sponsor. Dalam banyak-banyak gig dan konsert, rock the world bagi saya adalah yang terbaik. Itu dari segi sound system dan lain-lain.
konsert hari ini bertempat di the secret garden, stadium merdeka. Bermula pada pukul 12 tengah hari tetapi saya masuk pada pukul 5.30 petang. Sampai di sana memang macam-macamlah yang boleh nampak. Perempuan-perempuan bergetah bersama teman lelaki yang berbau arak, muka-muka ganas, rambut punk dan orang jual air secawan rm2.00.
saya mencari tempat penjualan tiket dan terus ke sana untuk membeli tiket. Iyalah kan, takkan nak dengar dari luar pulak. Berdengung, tak sedap dan tiada peluang untuk melihat perempuan-perempuan. Hehe.
Sampai di dalam saya mencari tempat untuk menonton. Biasanya orang ramai gelarkan port. Mana-mana pun bolehlah. Apa yang tak selesa adalah tiada tempat duduk. Saya jarang ke konsert hanya berdiri. Mesti mahu cari kerusi. Bagi saya menonton konsert sama sahaja seperti menonton wayang. Kan?
Apa yang saya lihat malam ini adalah pengunjung konsert rock the world pada tahun ini kebanyakannya lepasan sekolah. Ada juga saya berjumpa dengan kawan-kawan lama. Citarasa saya dengan majoriti pengunjung agak berlainan. Saya bersama kawan akan ke hadapan apabila band koffin kanser dan revenge yang perform. Majoriti tertarik dengan bittersweet, the times, one buck short dan lain-lain. Mungkin sebab mereka suka melodi daripada band-band tersebut.
Apa yang menyusahkan saya adalah tapak konsert berlumpur. Habis kasut saya terkena calit dan terpijak oleh crowd. Nak buat macam mana. Kalau tak mahu jadi begitu lebih baik duduk di rumah sahaja kan. Memang malam ini saya puaslah sebab dapat jumpa kawan lama dan bersama-sama menyaksikan konsert. Tambahan pula ramai perempuan-perempuan bergetah yang cantik. Tapi saya tak ngorat tau. Sebab saya hanya suka memandang. Jauh untuk dijadikan teman.
Habis konsert saya terus memandu pulang. Cepat-cepat basuh kasut supaya kotor-kotor akibat lumpur dapat tanggal.
Oh ya, jangan ingat entri ini tiada soalan ya, hehe. Saya tinggalkan soalan dan diharap dapat di jawab di ruangan komen. Apa pendapat anda tentang remaja-remaja yang semakin bertambah-tambah di gig-gig dan konsert di Malaysia amnya?Adakah itu satu revolusi yang sihat atau akan meningkatkan index jenayah rogol?Dan apa pula peranan kita sebagai sebangsa?rasa saya semuanya buluh yang sudah keras. Terima kasih.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
6 comments:
haha..indeks jenayah rogol.. adakah sebab ramai budak bawah umur..
ingatkan seks bebas or alcohol ker..
Tak suka meredah crowd kat konsert.LEbih selesa menonton di rumah or tgok tv.Then jerit sesukati..Satu pengorbanan yang besar orang yang sanggup pergi meredah semua tu sebab minat(kagum)
Semakin byk gig/konsert=semakin ramai remaja yg tertarik..Lihat tujuan remaja tsbut ke konsert..
Peranan:semuanya terletak atas diri sendiri..
p/s-bwk kerusi lipat ke..just in case takde kerusi kat dalam..
xprnh, xsuka dan xnk p konsert..
crowd yg ramai+bising..
xsuka!!
@syrupus..
bukan kalau budak bawah umur tu even suka sama suka dipanggil rogol juga kan?
@syamimi..
Oh, begitu. Saya pun tak suka ramai-ramai dan berhimpit. Tapi saya suka tengok konsert live yang tidak dipotong oleh iklan. Sebab itu saya cari seat.
gig dan konsert tue biasa. cuma skang dah dibuat pada skala besar. so rmi la follower. cam akoo, akoo gi kami the gig sbb local indie band sgt masyuk dibanding dgn konsert sure heboh (seb ade bunkface). yg jd masalah adalah attitude anak muda yg smcm loser + poser. org buat camtue dia tiru camtue. tp tanye lebih details xtaw ape2. pastu mula la nk merujuk melayu minimalis. huuu!
satu soalan ; bagaimana orang yang baca quran setiap selepas solat tetapi masih pergi ke konsert? Tahap intelek mr.hafis, saya rasa awak tahu apa yang saya maksudkan.
untuk lebih jelas ; seimbangkan ibadat dan maksiat.
Post a Comment