saya sering mendengar apa sahaja lagu-lagu yang boleh menyebabkan saya terikut-ikut menyanyi walaupun saya sedar suara saya tidak boleh dikomersialkan. Tidak kira apa jenis genre sekalipun. Saya terima. Tapi perempuan saya pilih ya. Yang selekeh tak boleh. (eja perbuataan mencebik macam ini ke? :- buwek).
entri kali ini saya mahu berkongsi tentang pengetahuan musik saya yang dikatakan tidaklah begitu luas sepertimana
roslan aziz. Tahap saya ni bolehlah kalau nak dibandingkan dengan lepasan sekolah yang selalu ke
studio jamming bermain lagu hidup bersama yang pernah dipopularkan oleh XPDC satu ketika dahulu.
ok la, saya mulakan sekarang.
Musik itu amatlah luas. Sebab itu banyak yang digenrekan. Setiap negara mempunyai musik sendiri. Ada
american music, british music dan sebagainya. Malaysia juga mempunyai musik sendiri iaitu irama malaysia. Identiti musik banyak dipengaruhi oleh cara hidup masyarakat sesebuah negara. Ini cerita dulu-dulu lah. Musik pun semakin berevolusi.
Anda semua tahu
rock kan?pecahan daripada
rock ada jugalah. Salah satunya
alternative rock. Saya ada mendengar lagu
nirvana. Saya dengar mereka kata
nirvana itu main
grunge. Bagi saya
grunge itu adalah
alternative rock. Mungkin pecahan daripada
alternative rock. Saya tak pastilah sebab istilah
grunge itu pun baru lagi.
Band-band yang seiring dengan
nirvana ini seperti
soundgarden, pearl jam dan sebagainya. Pernah dahulu masa zaman sekolah sekumpulan kawan-kawan saya kata mereka
grunge. Boleh jadi
grunge itu cara hidup. Dan bila sebut
grunge mesti terdengar
nirvana. Sungguh kacip kan?Hehe.
Lagi satu yang dekat-dekat dengan
rock ini adalah
metal. Genre
metal agak
complicated berbanding
rock. Rock adalah satu genre yang besar dan
metal ini dibawahnya. Tapi musik daripada
metal lagi
best bagi saya. Sebab susunan
musik lebih padat dan bervariasi. Contoh-contoh
band metal adalah seperti
metallica, iron maiden, deep purple, led zeppelin, van halen dan banyak lagi. Anda dapatkan beza
rock dan
metal dengan mendengar lagu daripada
him(rock) dan
metallica(metal). Di bawah genre
metal ada banyak lagi genre ya. Salah satunya
progressive metal. Saya tahu genre ini pun sebab saya dengar
band dream theater. Musik mereka memang unik dan berbaloi jika didengar.
Masa saya sekolah dulu kecoh dengan
linkin park. Musik daripada
linkin park itu adalah pecahan daripada
metal sebenarnya iaitu
nu-metal(sebut dia niu metal). Makin banyak
band-band nu-metal disebabkan musik seperti itu semakin diminati ramai. Perempuan suka tau.
Band-band yang sama genre seperti
linkin park ini adalah seperti
crazy town, deftones, godsmack, limp bizkit dan banyak lagilah.
saya juga mendengar lagu-lagu daripada
coldplay, muse, the strokes, the cure, kent dan yang seangkatan.
Band-band tersebut
adalah bergenrekan
britpop iaitu singkatan daripada
british pop. Musik dia melankolik. Lembut dan tidak berat. Musik begini yang membawa pengaruh yang paling besar dalam industri musik. Kita lihatlah contohnya
coldplay. Baru
release album sebulan dua di carta tertinggi MTV. Sampai saya pun ter-
download secara haram lagu mereka.
ok lah, dah jauh saya pusing-pusing. Sekarang nak cerita pasal musik di Malaysia pula. Baru-baru ini negara kita dilanda revolusi musik yang agak besar jugalah. Mesti anda tahu kan?saya tak kira, nak cerita juga.
Band-band indie makin banyak di sini. Ramai yang keliru dengan
term indie itu sendiri.
Indie itu sebenarnya bukan genre ya.
Indie itu singkatan daripada
independent. Band-band indie adalah mereka yang tidak terikat dengan mana-mana
commercial records label atau dengan kata lainnya bergerak secara
do-it-yourself. Sampai wartawan sendiri boleh salah faham. Tapi jika anda perasan. Musik daripada
band-band indie di Malaysia semacam satu genre sahaja kan?bunyinya kalau tak silap saya seperti
britpop. Betulkan sayalah jika salah.
Dah banyak saya tulis ni rasanya. Tapi memang tak habis jika saya bercerita pasal musik sebab luas sangat. Takkan nak korek di setiap negara pula kan. Oleh itu saya ambil yang kira ramai dengar lah. Jika anda ada apa-apa pertanyaan bolehlah ke ruangan komen. Saya kan berusaha untuk jawab.
maaflah banyak yang saya tidak
linkkan. Anda boleh lah gunakan khidmat
google ok. Terima kasih.
2 comments:
xsuka dgr lagu yg dh taw lirik nye bila study...nnt study ntah ke mana..asyik nyanyi jer
i know all the things u expained
Post a Comment