tadi saya mendengar khutbah jumaat. Khutbah hari ini menceritakan tentang rasuah. Fakta yang diberitahu bahawa index rasuah Malaysia berada di tempat yang ke-40++ dalam 180++ negara yang berdaftar. Rasanya tinggi juga kan. Kesan rasuah ini dapat menjatuhkan ekonomi negara secara teorinya. Kata pakar-pakarlah. Saya tak tau bagaimana.
Rasuah dilihat oleh masyarakat kita hari ini adalah sebagai sesuatu yang biasa. Pernah atau tidak anda melakukan kesalahan jalanraya dan ditahan polis?saya pernah. Dan pada masa itu polis tersebut menawarkan bayaran yang rendah daripada kompaun saman. Bahasa yang selalu kita dengar adalah duit kopi. Saya tak pastilah bagaimana nama tersebut boleh popular. Mungkin polis gunakan duit tersebut untuk minum kopi. Secara tersuratnya lah kan.
dan juga apabila rasuah disebut. Polis adalah perkara utama. Adakah ini mitos ataupun polis lebih mudah terjebak dengan rasuah?asal dengar rasuah, perkara utama saya adalah polis. Sebab itu ramai yang tidak suka polis. Tapi boleh jadi tidak suka sebab lain. Sebab yang munasabah adalah polis mencari kesalahan orang lain. Saya tak pastilah orang-orang di luar sana tidak suka polis sebab apa.
anda berani berkata anda tidak pernah terlibat dengan rasuah?saya pun tak berani. Sebab melakukan rasuah sangatlah mudah. Semudah makan keropok lekor. Anda pernah belanja adik makan fast food dengan harapan adik tidak pecahkan rahsia anda kepada ibubapa?Rasa saya itu perbuatan rasuah. Macam-macam lagilah. Anda cari sendiri ya.
perkara yang boleh kita lakukan adalah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang telah kita lakukan. Apa yang boleh adalah muhasabah diri sendiri. Dan elakkan perkara yang sama kita lakukan banyak kali.
ingat, jadi ustaz pun ada risiko untuk dirasuah. Sama-sama kita perbetulkan diri sendiri.
Satu harapan saya, jadikanlah solat subuh berjemaah bermakmumkan orang seramai solat jumaat. Amin.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
7 comments:
Ya. Rasuah ada di mana-mana. Walau semurah keropok. =)
emm..kadang2 kalau dah biasa hidup dalam tempat yg dah biasa rasuah pun kita leh buat rasuah tanpa sedar..
p/s-wlpon i love indonesia..tapi i hate rasuah..abes duit akuu
ko kne tahan?
ko byr duit kopi?
ko pown berdosa la?
heeeeeeeee...
teringat masa ngh drive tanpa memakai tali pinggang...diangkat tgn dan memberi senyuman penuh makna dan polis itu xla menahan dan memberi 'surat cinta'...
adakah itu pon di kira rahsuah???
surat cintakah? ayat ayat cintakah?
boleh dikau ungkapkn ayat diatas.? hee..
part yg last tue susah. masa belajar dlu pun kena kerahan tenaga g solat subuh kat masjid. huhu!
kamu nampak sangat baik dientry ini..heheheh
Post a Comment