saya banyak membaca blog-blog di sekitar sini. Daripada pembacaan saya, saya rasakan ramai penulis blog yang menulis pasal perihal diri. Mungkin lebih kepada diari sendiri. Jadi, bila menulis pasal diri sendiri saya jadi pelik apabila mereka telah biarkan orang ramai membaca rutin diri sendiri. Cerita seperti perkara jahat yang telah dibuat hari ini, sikap buruk dan sebagainya. Seolah-olah mereka bangga dengan memberitahu orang ramai tentang rutin mereka. Mungkin ini adalah revolusi. Salah satu revolusi.
ada juga blog yang membincangkan perkara-perkara dunia. Falsafah dan sebagainya. Saya suka juga menghabiskan masa membaca blog-blog seperti ini. Banyak input yang saya dapat. Blog-blog seperti ini tidak banyak. Sebab mereka yang menulis perlu bereksplorasi dengan luas. Juga perlu rajin mengetahui hal ehwal semasa.
Ada juga blog berkisar tentang politik. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan semasa PRU tahun ini. Saya jarang membaca blog-blog begini disebabkan takut akan terpengaruh. Saya lebih suka membaca forum-forum. Banyak pihak yang berdebat di sana.
dan yang paling saya tidak faham adalah blog yang penuh dengan puisi. Saya bukan orang seni yang mudah membaca isi hati seseorang. Tapi satu pujian kerana mereka dapat menulis puisi yang bagi saya adalah sukar.
sekarang saya mahu tanya kamu, blog yang bagaimana sedang/telah kamu tulis dan blog seperti apa yang kamu suka baca?
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
6 comments:
my blog...
emm
more kpd perihal diri...
mcm kamo ckp...
like a diary...
sometime terlintas di kepala...
adakah 1 hari nnt suda xwujub lg diary when people bz with their blog??..
rojak je bro. baru layan!
@syamimi..
apakah diary dan blog itu berbeza?atau cara penggunaan yang membezakan 2 itu.
@SweetThinker..
nanti saya rojakkan ok, harap semua pun layan.
blog seperti diari dlm sedar atau tidak, membawa kita memahami peribadi seseorang..
xperlu jadi teman rapat pun boleh tahu macam2 dalam hidup mereka. itu sebab sy stalk blog seniors saya :P
btw, ada org guna puisi sebagai medium uk meluahkan perasaan. xperlu tulis panjang berjela2 yg penuh kesedihan atau carutan, puisi pun sudah cukup
ntah la.. blog saya ikut saya la.. nak tulis puisi? nope.. tidak kot.. tak reti... blog saya tulis je apa yg dirasa.. dgn bahasa yg mudah.. tidak berbunga.. =)
kadang2 melalui blog lah orang mahu bercerita masalah yang terpendam..dan secara tak lansong dapat penasihat dari ramai yang saling tidak mengenali..mungkin lebih banyak jalan penyelesaian akan dapat diperolehi..bagi aku, semua blog aku suke bace...tapi tak suke blog yang hanya menjurus pada satu2 isu sahaja, kalau nak citer pasal politik, politik je memanjang..aku kurang ar meminati..tapi aku lebih suke juge baca blog yang menceritakan tentang diri penulis samada yang tersirat atau tersurat nyata...sebab dari situ aku dapat tahu macam2 masalah hati yang wujud dikalangan manusia, dan banyak juga perangai yang pelik2 yang kita dapat tahu..bagi aku blog adalah penulis yang tercicir diarinya...tak kisahlah dia nak cerita pasal politik, cinta, puisi dan apa sahaja bagi aku itu semua perihal diri dan hati..pendapat diri sendiri..semuanya datang dari hati dan otak penulis itu...dan kita dibenarkan untuk menbaca apa yang nak disampaikan oleh hati dan minda mereka...bagi akupenulis blog adalah seseorang yang tidak kedekut untuk bercerita tentang isi hati dan minda yang tersirat dalam diri mereka..dan pembaca2 blog adalah orang yang untung untuk dapat tahu isi hati dan minda blogger2..
Post a Comment