Wednesday, December 24, 2008

hobi saya bermain bola bukan merempit.


kita sering mendengar perkataan rempit kan? saya selalu jugalah. Perkataan rempit ini mungkin baru sebab masa saya kanak-kanak dulu tak dengar pun. Rempit itu mengikut teori saya adalah seorang yang memiliki motor 2 lejang atau 4 lejang dan berusaha menjadi orang yang berkuasa di atas jalan raya. Berkuasa dalam maksud saya adalah seorang yang hebat mencilok barisan kereta di hadapan. Seorang yang pandai menunggang dengan tayar satu dan motor yang paling laju. Itu daripada pemahaman sayalah. Jika salah saya minta anda betulkan.



Apa yang saya lihat adalah, jika kita dengar rempit kemalangan sahaja, mesti orang melayu, jika kena tangkap polis sahaja, mesti orang melayu. Adakah majoriti rempit itu adalah melayu? Ataupun media telah menipu?

Rempit juga saya dengar terbahagi kepada dua. Pertama adalah mat rempit, dan kedua adalah minah rempit. Saya selalu terbaca tajuk di youtube berkenaan mat rempit dan minah rempit. Sinonimnya minah rempit juga adalah melayu kan? sebab jika kaum yang banyak dekat Bukit Bintang itu orang panggil ah moi. 

Saya ada menonton rancangan modal insan yang dihoskan oleh Rosyam Nor. Tetamu undangannya saya tak pastilah siapa tapi orang kenamaan jugalah. Beliau memberikan pendapat yang juga mungkin tepat terhadap isu rempit ini. Kenyataan beliau adalah majoriti kaum melayu menjadi rempit adalah disebabkan faktor ekonomi. Mereka tidak mampu untuk membeli kereta sebab itulah timbulnya rempit ini. Jika ekonominya baik mungkin mereka telah berkereta atau bermotosikal berkuasa tinggi. Itu pendapat beliaulah. 

Sekarang saya mahu pendapat anda pula.

Terima kasih.

6 comments:

sYaMiMi naSiR said...

org yg ada motor berkuasa ni..
sy tgk xder lak mereka merempit...
yg slalu di baca di dada2 akhbar...
yg merempit ni...
remaja...
bdk belasan thn...
bdk skolah laa di ringkas kan

hikayat aku dan mereka said...

ntah la.. tak faham sgt nape nak merempit.. mungkin benar kerana hal ekonomi.. tapi mereka itu sendiri nak sgt buat mcm tu.. kononnya cool.. tak suka merempit.. mcmbahayakan diri dan org lain...

Anonymous said...

rempit boleh dianggap penyakit endemik. berjangkit dikawasan mesia je. penyakit endemik tropika khatulistiwa kot.

dlu akoo pon terikut masa skool. ahhahh. nk wat cane. tgk moto laju2 terbakar gak. tp akoo terbakar jika ade org cilok akoo je. kalau ajak race haram sori la.

tp rata2 akoo tgk skang nie. yg rempit mmg malay ar. xguna btol. slalunye yg study ckp2 makan. kije pun kureng2. pastu xtaw nk wat ape, rempit.

akoo respek mat trek lg dari rempit.

cuba bc affuan.net beliau ade citer pasal rempit kot. akoo da lupa. mamat tue acap kali del belog.

syrup said...

ada orang merempit sebab duit,

ada yang merempit sebab mempertahankan maruah dan wilayah,

ada yang disebabkan oleh wanita,

ada yang dibawah pengaruh dadah,

ada yang suka2 atau sekadar melampiaskan kemarahan akibat masalah yg dihadapi.
Semua itu alasan si rempit.

Apapun, kewujudan mereka sangatlah
tidak disenangi.Mengganggu ketenteraman penduduk di malam hari, memenuhkan ICU di malam minggu dan menyebabkan kebencian bagi orang yang melihat.

Mungkin dengan lebih banyak litar lumba yang murah sekurang2nya 2,3 masalah dapat teratasi..
Apapun waktu muda je diorang ni merempit.Semangat tengah membara, banyak masa terluang, rebel, nak kejar glamour dan takde duit..Dah tua, buat patah pinggang je. Takkan ada anak bini nak merempit lagi.huhu..Kepada pelapis2 mat n minah rempit, sayangilah jiwa anda.

-ada kawan tu,ngaku rempit tapi diorang rempit 30km/h je ramai2.ye la kawasan tmn tasik,ramai budak2..terlanggar org naya je. Mybe patut guna perkataan konvoi bukan rempit..huhu

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

merempit = sukan bermotor tapi illegal.

pacak/wekang = stunt illegal jugak.

lokasi = jalan raya.

sebab? tak mampu nak main dalam trek.

ada pun takkan nak merempit dengan kuda dekat pusat equestrian the mines kan? itu anak2 raja punya game.

takkan pula nak main perahu layar di terengganu monsoon cup. itu anak2 dato' punya game.

jadi tercampaklah anak2 orang miskin main tengah2 jalan taruhkan nyawa demi minat yang tak seberapa..

gua bosan2 malam minggu merempit jugak. sebab kesian pulak nak cukur papa ngan mama gua nak main trek tetiap minggu. heh..

street racing = 110% fun

ah bu said...

jom weh..
berapa kilo?
full tank ade bran bro?
haha..