Thursday, December 25, 2008

kalau di negara eropah. Pemain bola dilihat sebagai seorang selebriti.

hari ini saya lihat ramai perempuan di kampung bekerja di kedai handphone. Saya rasa pekerjaan tersebut agak popular di sini selain kerjaya sebagai cashier 7-eleven. Bagi saya mereka pandai mencari peluang. Ada juga yang keluar dari kampung mencari pekerjaan yang lain. Bagus juga cuma rasa saya bekerja di kampung lebih menguntungkan sebab mereka tinggal bersama ibubapa. Gejala sosial itu mungkin kurang.

Saya suka perempuan yang bekerjaya. Lebih-lebih lagi doktor. ST jangan marah ya. Citarasa kita sama. Hehe. Tapi kan, saya mempunyai seorang ibu saudara yang belum berkahwin dan bekerja sebagai doktor tetapi umurnya kini mencecah 40-an. Mana silapnya?

Lelaki takut untuk mendekatinya atau ibu saudara saya yang demand? Terdengar juga saya bahawa lelaki ini sukar untuk menerima isteri yang kerjayanya lebih tinggi berbanding lelaki. Sekarang ini saya lihat kaum perempuan semakin ramai mengejar kerjaya. Lelaki pula ke mana? Mungkin pupus sebab itu agama membenarkan poligami kan? Hehe.

Perempuan tak kisah ke jika anda lebih bekerjaya berbanding lelaki? Saya mahu komen semua.

Terima kasih.

7 comments:

sYaMiMi naSiR said...

bg sy laa...
xksah laa...
as long as...
ppn taw batas2 kn...
yelaa laki kn ego...
so sbg ppn...
kita jgn laa jd kn hal2 duit ni sbg isu bila kita dh kawen nnt...
kn xpasai gaduh lak

::pandangan je la...tp bila dh btol2 berada dlm situasi tu...xtaw laa dpt bt ke x..huhu::

syrup said...

alamak ye ke?habisla tak laku la camtu kalau jadik dr..haha..terasa ni

kalau jadi andartu pun,mesti nak jadi seorang yg baik,tlg org,pandai berdikari,tak yah susahkan sesapa.
mak sdare mr hafis ni pernah frust bercinta kot dulu..

hmm..
kalau crite pasal kerja kg,teringat kerja kat kilang mineral belakang rumah waktu tunggu result.Duit tak banyak pakai sebab mkn kat rumah,minyak moto ayh isi,duit gaji pulak buat amek lesen,belanja adik2 n beli baju raya..
gejala sosial..berjaya ditepis..

mr. hafis said...

@syrupus..
anda memang pandai berdikari.

hikayat aku dan mereka said...

ala.. doktor sahaja ke yg ada permintaan.. hehe... habislah aku yg nak jadi akauntan ni.. ahaha... just kidding..

Neway.. aku rasa takde masalah kalau perempuan lebih berkerjaya.. tapi kene ada persefahaman dua-dua pihak.. mungkin yg perempuan tak kisah.. tapi mungkin yg lelaki akan kisah.. Mungkin dioang akan rasa tertekan bila org mula ckp-ckp belakang yg sang isteri lebih berwang drpd dirinya...

So.. apa-apa pun,kene setuju bersama.. Lgpun.. kan elok perempuan berkerjaya.. Saling membantu meningkatkan ekonomi negara... =)

mr. hafis said...

anda setuju dengan pengambilan pembantu rumah?

hikayat aku dan mereka said...

entahlah.. belum masa nak merasainya.. tak tau.. tapi.. lagi elok takde pembantu rumah.. lg2 kalau ada anak-anak.. elok kite yg urus sendiri.. dan anak-anak takkan malas sbb dah terbiasa dgn pembantu rumah..
Tapi... ada baiknya juga kalau kita ni berkerjaya..
Hmm.. entahlah.. taktau hingga la tiba masanya..

cindir-rela said...

saya kisah..haha..sebab kadang2 taraF itu akan menjadi satu punca pegaduhan akhirnya...

urm baru2 ini saya ade hadiri ceramah towering personality,dan penceramah tuw kata pada tahun 80an lagi, nisbah lelaki dengan perempuan di kuala lumpur sudah 1:24..1 lelaki dan 24pmpn..dasyatkan? tahun ini berapa agaknya ye??