Selamat Hari Isnin kepada pembaca-pembaca Rakaman di Bawah Atmosfera - RDBA.
Akhirnya, penulis yang lu orang tunggu sekian lama dah sampai kat blog ni. Penulis reject dari Benda-Benda Boleh Bla La Kira, bangun balik untuk menebus maruah setelah diinjak oleh the Man.
Takdehal. Frank sendiri semalam tanya gua, apasal gua merajuk cabut dari blog tu?
Gua jawab, bukan merajuk. Kalau orang dah padam lu punya post, di blog yang dia miliki, dan berpendapat tindakan beliau adalah perlu,....lu nak stay lagi? Lagipun, gua gagal menjadi diri gua sendiri kat blog tu, sebab rasa untuk keep-up dengan penulis-penulis lain yang lebih sharp membuat gua rasa inferior.
Jadi, bila gua masuk sini, jangan lu orang ingat gua ingat blog ni tak sharp then gua berani masuk pulak. Sebelum Frank invite lagi gua dah tanya apa reader circle kat sini. Frank cakap student, dan perempuan. Tak bergetar iman gua? Memang tertarik secara dahsyat lah nak tulis en. (PAP!!tempeleng dari tangan seorang bini hinggap di belakang medula oblongata gua.) Tapi bukan tu sebab utama. Ilek ah yang.
So, sebagai benda pertama gua nak cerita arini ialah pasal house music.
Kau orang semua layan house? Trance? Layan? Pada budak-budak village yang tak pernah dengar music house, trance, rave music, secara umumnya music dia range daripada 120 bpm kepada 150 bpm (bpm = beats per minute bukan berat pra-muatan). Benda ni spawned dari Europe, Germany to be specific masa tahun 1990 dan sekarang mempunyai pengikut pengikut yang berskala massive jugak lah.
Bila lu tanya budak-budak sekarang, apakah trance? Mereka akan mencebik dan jawab muzik pentau, lagu untuk makhluk asing, lagu angkasa lepas, nampak je mereka macam negatif tapi mereka sebenarnya separa betul. Masa trance mula dimainkan di Germany pada awal 1980an by Klaus Schulz, diorang anggap music tu sebagai atmospheric space music. Ahahaha. Budak-budak ni betul, cuma pemikiran diorang telah dianjakkan 20 tahun ke belakang.
Aku sangat layan progressive trance. Set-set Tiesto, Armin Van Buuren, Paul Van Dyk, Ferry Corsten, Gouryella dan banyak lagi lah memang sangat best kalau kau drive. Dan, bila kau bercakap tentang trance, DJ-DJ ni selalu datang Malaysia. Tiesto baru datang last year, Paul Van Dyk early this year, Ferry Corsten i think last two months, dan, mind you, diorang ni ranking top 10 DJs in the world di dalam DJMag.
So, hari ni bermulalah kuliah pertama kita tentang trance music, aku akan paste beberapa video untuk lu orang layan dan jatuh cinta dengan trance. Layan sober jangan pop pills. Baru true. Let the music run through your veins.
Kau nak buat kerja laju, dengar muzik ni.
Kau nak stadi laju, dengar muzik ni.
Kau nak drive dan membantu adrenalin kau, dengar muzik ni.
Serius bai.
1. Control Freak - Armin Van Buuren (Sander Van Doorn Remix)
2. Flight 643 - Tiesto
3. Global Deejays - The Sound of San Francisco
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago