Friday, June 12, 2009

b-boy dan shuffle.

di luar sana.

kanak-kanak darjah 3, mat rempit yang letih dengan wikang yang tidak berapa menjadi, dan mereka yang kekeringan trend. shuffle adalah jalan terbaik. sungguh.

tidaklah sesuatu perkara yang jarang apabila semua orang tahu ber-shuffle. bukan?

apa yang saya mahu highlight-kan pada entri kali ini adalah perbezaan shufflers dan b-boys. semestinya berbeza ya sayang. hehe.

kita mulakan dengan shuffle. tarian ini berasal dari melbourne seingat saya dan nampaknya menular di kalangan rakyat malaysia yang semestinya menerima apa-apa trend selagi boleh menampakkan cool dikalangan rakan-rakan.

jika anda mahu shuffle, jangan pasang lagu hiphop ya. shuffle tidak sesuai ditarikan bersama lagu hiphop. jadinya, ber-shuffle lah anda bersama-sama lagu techno yang ada bunyi cengkerik itu. muzik techno juga macam bunyi siren prison break jika ditelitikan.
.
.

b-boy juga disebut breakdance. tarian yang berasal dari afrika dan menular di seluruh dunia. perbezaan yang agak jelas jika dilihat dari sudut gerakan dimana b-boying mempunyai gerakan yang ekstrim berbanding shuffle.

oh ya, jika anda mahu menari tarian b-boy. lagu techno tidaklah sesuai memandangkan rentaknya yang flat dan tidak bervariasi. jadi, kacipnya b-boy adalah bersama lagu berentak funk. seperti run dmc, beastie boys, dan lagu-lagu rap yang lain ok. :)

satu soalan, kenapa kanak-kanak darjah 3 dan mat rempit yang putus asa dengan wikang tidak berani b-boying?

jawapan yang tepat akan terima hadiah daripada saya. hehe.

itu sahajalah untuk kali ini.

"in dance you don't only dance to express but you dance with the music"

terima kasih.

5 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

skill tu penting. bukan boleh buat heli hentam-hentam je. silap cara, patah tengkuk.

Si Penanya (?) said...

dulu aku B-boy kot.. balik cuti (sekolah asrama kat N9) singgah kodai Sopan kat seremban beli stuff dan pakaian.. eeee malunyew kitew! huhu

mr. hafis said...

@mr carl.
kalau patah hati macam mana?

@penanya.
pehh. seremban city breakers lu ni.

nurulanessa said...

hahaha
mcm jwb quiz plak.
shuffle easy ckt kot.
permpuan bleh buat.
breakdnc leceh ckt la.nk kene pusing2.haha
kne hti kering la try.lme2 boleh la.
budak2 kecik mne tau ape.ikut trend je.maybe tgh arus shffle.akn dtg follow la tu b boy plak.
btul ke slh

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

patah hati.. pijak-pijak semut, sapa sakit naik atas..