Sunday, June 7, 2009

band indie?

zaman sekolah menengah saya dahulu adalah pada era milennium. zaman yang tidak seperti zaman sekarang. zaman yang masih lagi tidak berpeluang memiliki telefon bimbit. zaman yang menggunakan radio kaset. zaman yang terhad kepada penggunaan internet.

apa yang membuatkan saya bangga dengan zaman persekolahan saya adalah sikap rakan-rakan sekeliling yang indie. *independent.

saya agak semuanya tahu maksud indie. kalau tak tahu jadi buat-buat tahu boleh? senang sikit saya terus kepada huraian.

dahulunya zaman underground band. jadinya, kerja-kerja mencipta melodi, menggubah lirik dan hal-hal berkaitan dengan muzik sampailah kepada edaran semuanya hasil kerja sendiri. gig dan konsert kecil-kecilan diadakan sendiri. semuanya sendiri lah senang cerita.

dalam kumpulan besar underground band ini. terdapat banyak genre. antaranya hardcore, grunge, brit-pop, jazz, metal, black metal dan macam-macam lagilah. tiada satu pun band yang membawa genre indie. sebab apa? sebab indie bukanlah genre ye sayang.

soalan pertama, adakah relevan apabila saya klasifikasikan underground band di atas adalah band indie? ahah.

pengetahuan majoriti remaja kini lebih suka menggelarkan band-band seperti h**an, m**t uncle huss**n, b*nkf*ce dan yang sekutu adalah band-band yang membawa aliran muzik indie. cetek.


kenapa boleh salah tafsiran? atau anda ketandusan budaya untuk tujuan ikutan?

sesebuah band itu adalah band indie apabila mereka tidak terikat dengan mana-mana commercial record label ataupun syarikat-syarikat sekutu. dan tidak salah apabila band indie itu membawa genre selain brit-pop.

apa yang saya mahu bold-kan adalah band indie itu wujud akan tetapi tidak pada genre indie. ok kita teruskan.

sebelum saya terlupa, band-band seperti h**an, m**t uncle huss**n, b*nkf*ce dan semua yang berkaitan adalah BUKAN band indie. sebabnya sila baca perenggan 9 semula dan fikir balik.

ok, kita beralih kepada penularan wabak fesyen indie. tidak cukup saya lihat di web sosial dan kompleks membeli-belah. kini alam blog semakin penuh dengan ahli fesyen indie. saya mahu bertanya, siapa yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen indie?

mengikut pemahaman saya yang mungkin juga buta fesyen ini. skinny jeans, t-shirt tulisan besar, dlsr tergantung dan kasut sneakers yang kacipnya adalah converse itu adalah pakaian yang mengaku "aku budak indie". releven?

jawapan saya. tidaklah indie apabila skinny jeans anda itu berasal daripada syarikat kapitalis dunia. begitu juga dengan kasut. begitu juga dslr. ah, semualah.

hiphop mempunyai budaya atau dalam bahasa sekarang adalah culture. jangan samakan dengan indie. sebab mereka yang bergenre hiphop juga boleh digelar indie.

anda masih keliru? tanyalah apa-apa di ruangan komen.

terima kasih.

13 comments:

kecik said...
This comment has been removed by the author.
mr. hafis said...

oh ya, tambahan. fesyen indie tidak wujud. haha.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

dalam pemikiran 'fanatik indie buta-buta', indie dengan ska itu sinonim. well.. kasik basuh skit, mr.hafis.

where all the boot boys gone?

Anonymous said...

haha.

erm. 'musik indie' itu disebut untuk membezakan antara mainstream dgn indie,'pemusik' profesional dgn amatur.

D.I.Y

betulkah?salahkah?

Anonymous said...

nak tambah.

td sy usha fs kwn.
tgk pic.
ade kwn die komen camni
'santek ar pic ko.indie gile'.

pic pon indie?

kecik said...

wow. mr carl layan acab.
ahah

Von said...

suka label minah 'KAMI'.

Aini Khalid said...

amende ko meraban ni haha.
biarlah mereka dgn dunia indie ciptaan mereka. ilusi je semua tu.

eh eh. nak pergi pulau?

Anonymous said...

where all the boot boys gone?
A.C.A.B kan ?

hoho , i love this one .
bagus ini yg :)

nurulanessa said...
This comment has been removed by the author.
nurulanessa said...

jwpn utk soaln pertma.
adakah relevan apabila saya klasifikasikan underground band di atas adalah band indie?
x boleh!dorg bukn bnd indie!ahha
sbb x sesuaiiii..knpe?
sukehati syla.jwpn sy.hahah

kesimpulannye.
oh.mcm2.pening aku bce.haha

Anonymous said...

haha..
sye suke entri ini.
ngn kpale otak yg ske brfikir tp xde yg mampu mendengar dan menerima bebelan yg dianggap gila kuasa dan brada d dunia sndr.
akhirnya ada org mgemukakn persoalan ini dan sepandapat dgn saya.

tQ encik hafis.:p

mr. hafis said...

sama-sama miss mint. :)