Monday, July 27, 2009
Kuliah Ketiga - Chick Magnet
Ding Dang datang lagi dengan Pembaris Berkelipan.
Ah lu orang semua anak-anak muda mana sempat makan Ding Dang.
Amacam? Hidup ada baik? Lu orang semua makan ada cukup? Nafkah zahir dan batin memuaskan? Pis, amacam download porno ada banyak? Ghentikan leeee....
Sekarang gua sudah kembali nak melecture korang. Kuliah ketiga gua bermula sekarang secara rasminya.
Aritu gaji masuk, gua pergi beli mattress King Koil sama Danny Wong dari Zerzi Furnitures.
Bukan apa bai, mattress sekarang ni, dia punya tengah-tengah spring sudah lekuk. Jangan berfikir jauh, tilam tersebut sudah lama. Maka gua beli lah baru. Boleh tahan. Dulu, Khamis malam Jumaat, anak orang rumah bawah akan merengek jam 11 ke atas, mahukan aiskrim sebab dia dengar bunyi loceng. Kini tidak lagi. Gua punya katil sudah kukuh dan tidak bergoyang secara ganas lagi. Money well spent.
Sudah-sudah, gua bukan nak cerita pasal ni.
Boleh tak, lu, lu, lu dan lu orang semua memberikan gua recommendation?
Gua telah jatuh cinta dengan Satria Neo CPS. Sekarang gua menggunakan Honda City SX8 1998, dan beliau sedang merajuk secara totalus petrificus dengan gua. Serius bai. Menitis-nitis air mata...eh radiator dia bila dia terdengar gua nak jual dia. Plus, lu imagine, gua nak warm-up enjin last Saturday, dia taknak start bai. Apa cerita? Last gua drive dia hari Sabtu kot?
Apa cerita?
Adakah lu orang berpendapat, bahawa kereta adalah penarik seseorang di mata kaum wanita?
Misalnya, adakah seseorang gadis akan memandang gua secara berlainan sekiranya gua adalah seorang Alfisti yang memandu Alfa Romeo 147, atau gua seorang pemandu Satria Neo CPS?
Adakah faktor kenderaan memainkan peranan penting di kalangan chikaro-chikaro sekalian, seperti anda?
Sila beri pandangan anda. Percayalah, ini akan membantu saya membuat keputusan dengan lebih tepat.
Terima kasih.
Sunday, July 26, 2009
GTLO - main kawin-kawin?
Saturday, July 25, 2009
balas komen.
Thursday, July 23, 2009
the internet.
Wednesday, July 15, 2009
ceriakan pagi anda ok - 7
nak file mp3 kena request melalui email ok.
mahasiswa.
Wednesday, July 8, 2009
Gua Tanya Lu Orang - GTLO (Gartelo)
Amacam? Lu orang ada stim baca nukilan Mr.Hafis mengenai moto cub? Time lu orang student ni pakailah dulu cub tu, belakang dah kerja topshot macam gua ni bolehlah lu nak angkat Ducati Desmosedici ke, Yamaha YZR-M1 ke Moto Guzzi ke. Baru lah stim nak melentik kat belakang betul tak, chikaro-chikaro sekalian? Styleeeee. Dan jawapan-jawapan bernas dari Mr. Carl Arif mengenai akil baligh, pembedahan tukar jantina, dan ahlil nujum negara (tafsir perbezaan mimpi dan dejavu baiiiii.) gua harap lu orang dah bersedia dengan kehadiran gua untuk menjahanamkan pemikiran lu orang.
Setelah sesi kuliah gua dengan lu orang semua minggu lepas berakhir, hari ini kita akan bermula dengan soal-selidik kes di kalangan pembaca. Kebanyakan lu orang semua masih student, buat diploma ada, buat degree ada, takpe gua takdehal. Gua pun buat degree part time sekarang, sambil gua bekerja secara full time.
Gua bagi lu satu senario.
Dalam tahun 2011, lu orang semua in majority akan graduate. Ini jam, lu nak cari kerja, lu nak kumpul pengalaman, lu impikan semua benda indah belaka time lu kerja ini. Wang ata mali, chikalo kanan kili, sapa talak hepi? Walaupun hakikatnya lu orang adalah kurang bijak sebab berfikir sedemikian, tapi gua nak biarkan fantasi itu kekal, supaya lu orang have something to look forward to when you finish your studies.
Persoalan gua.
Lu akan pilih kerja kerajaan ke, kerja private sector? Berikan hujah anda. Lu jawab "Sajork jork" ataupun "tak kisah" gua ambik kaki Frank Hafis yang tempang tu gua sungkip lu dimana matahari tidak bersinar.
Entri gua seterusnya akan berkisar mengenai ini.
Ha copek.
menjawab
ah bu.. saya tidak punya SLR. cuma pinjam SLR kawan. cara-cara penggunaan hanya ditauliahkan sedikit oleh pemilik SLR tersebut dan selebihnya, cuma try and error. hasilnya.. pandai-pandai sendiri lah. hehehe..
benda yang baik tak dapat dengan harga yang murah. mungkin di kedai bundle murah asalkan kamu tidak kisah menggunakan barang terpakai.
bagi tahu saya mcm mana saya boleh cari istiqamah
waakakaka... saya tak berapa into dengan benda yang macam ni. tahu dan lakukan 5rukun islam cukup bawa anda ke syurga.
saya tak faham..kenapa sasterawan negara luar sana mahu benar ppsmi dimansuhkan..bukan ada kebaikkan dia jugak ke??
ppsmi tiada salahnya. bahasa melambangkan bangsa kan. kalau bahasa malaysia tidak mampu untuk mengisi lubang-lubang istilah sains, biarkan sahaja bahasa inggeris lakukan tugas tersebut. kalau dikira sebagai bahasa penghantar, rasanya english tak mengganggu gugat bahasa ibunda kita. yang jadi masalahnya adalah kita yang takut berubah. takut untuk belajar benda yang baru. hanya mahu jadi jagoan kampung.
tapi bagi saya, belajar sains dalam english terus lebih senang faham dari bahasa malaysia. huhu. sakit woo nak translate ke english kemudian hari.
sorang kata lawa. sorang kata kusam.. adeh.
nak buat mesin masa? buat robot macam cerita terminator salvation pun rasanya dah dekat akhir zaman baru siap. mesin masa? tak sempat buat dah kiamat kot.
ni jawapannya..
carl - saya rasa kamu terkeliru antara deja vu dengan mimpi. cuba ingat tentang mimpi kamu yang latest? adakah kamu ingat? itu short term memory, luar sedar.. cuba ingat tentang deja vu yang lastest? long term memory - realiti yang benar-benar terjadi. sebagai contoh, kamu ke suatu tempat yang tak pernah kamu pergi. tiba-tiba ada macam satu perasaan yang beritahu kamu yang kamu macam pernah jejak tempat itu - deja vu. yup, kamu memang pernah ke tempat itu, beberapa milisaat yang lalu. sebab apa? salah satu dari mata kamu(contoh: kanan) lambat memberi input kepada otak tentang visual yang kamu sedang lihat. padahal beberapa milisaat lepas, mata kiri kamu sudahpun beri input. 2kali input yang sama kepada otak dan itu yang membuatkan kamu keliru. lu pikir la balik.
Thursday, July 2, 2009
rival.
Wednesday, July 1, 2009
Imejin.
Gua baru lepas hang out dengan bos pekena kopi o kaw selap dua. Almaklumlah, malam ni malam Jumaat. Perlu membajak tanah malam ni. Huuui. Apa mungkin besok gua pergi kerja lambat?
Awal ke lambat gua pergi kerja, lu orang tak payah pikir. Hari ini, secara rasminya kuliah kedua gua bermula. Gua, atas kesedaran sebagai seorang ahli masyarakat yang separa optimal, locally educated dan lebih senang untuk connect dengan ahli masyarakat majoriti, terpanggil untuk memberi teguran terhadap tindak tanduk lu orang semua yang separa cilakak ni. Kenapa? Hati gua panas. Lu kecik ati gua cakap lu separa cilakak? Maafkan gua, gua sungguh tidak mengerti macam mana nak cakap berlapik.
Lu tau menatang ni apa?
Lu cakap guli susu memang gua tempeleng ah lu eeen.
Ceritanya macam ni, tadi gua sembang dengan bos gua, polo mamat tu gi meeting ah kat Cyberjaya. Gua masuk meeting tu sebagai representative sektor korporat, dan bos gua pulak sebagai representative masyarakat (mange tinggal kat situ). Cyberjaya kini sedang menggerakkan usaha untuk menjadi bandar hijau, bukan setakat dari aspek lanskap, tapi pelaksanaan operasi seluruh bandar. Paham tak? Lu bukak opis situ, target mereka, adalah untuk lu menjadi satu company yang kurang penggunaan resource alam dan kurang lambakan bahan buangan kepada alam.
So, meeting diantara sektor korporat, sektor kerajaan tempatan, sektor rumahtangga dan sek ganas ini adalah lebih kepada untuk mencari jalan macam mana setiap sektor boleh membuat sumbangan kepada matlamat ini. Antara opinion yang dibangkitkan, ialah grey water (tadah air hujan untuk penggunaan toilet yakni jamban cangkung dan duduk), paperless operation, increase the number of recycling places, (sekarang ada satu je kalau gua tak silap). Ada lagi ah mangkuk lain bagi suggestion. Gua dah nyata keras dah ni, pikir nak layan lap je kat dalam opis. Gila bai, dah la ujan pagi tadi, memang stim gila kalau dapat membuta sebentar. Gua pun melilau, berangan teringat kat bini gua.
Yang membuat gua terkejut dari alam fana, ialah mentaliti masyarakat, even di sebuah smart city seperti Cyberjaya. Negatif mak aaaaaaiiii...ko IMEJIN, baru bagi suggestion, pang orang pangkah bai. Kata grey water too costly to implement, sebab initial cost nak buat piping tinggi lah, paperless operation cakap too risky dan too costly lah nak backup dalam komputer, negativity terhadap the whole recycling concept, cakap ada sindiket kaut duit pasal recycle lah.
Ehem..ehem. Gua nak tanya.
BAI LU BENGAP KE APA?
Macam sial tak negatifnya pemikiran masyarakat kita?
Gua nak tanya lu orang, selepas Sabtu terakhir bulan Mac, yang korang ye-ye tutup lampu, duduk dalam bilik panas-panas tak pasang kipas, pergi rambu ramba dalam gelap, raba chikaro lu dalam gelap (memang A lah bai. Mana pot?), yang korang pung-pang Earth Hour tu...berapa ramai di antara korang actually mengamalkan cara hidup yang green?
Tuh la gua saspek. Ramai bai orang mengaku mereka sayangkan bumi, pecinta alam, belakang tak amalkan apa yang patut lu orang sepatutnya buat untuk conserve alam kita. Sekurang-kurangnya, lu beli rokok dengan air 100 Plus kat Petronas, budak tu nak bagi plastik, cakaplah tak payah. Lu nak pergi kafe nak makan nasik, bawak tupperware, tak yah pakai polisterin. Lu minum air tin, buang ah dalam tong tin. Jangan lu main lambung je bai.
Bumi ni bukan lu sorang nak pakai bai.
Gua tanya bos gua, earth hour aritu lu buat apa?
Bos gua jawab, "Gua tutup lampu semua, gua chillek dengan family gua kat tepi Cyberjaya Lake buat barbeku bai. Memang stim mak gua buat kambing bakar, sllrrrrp."
Wak lu earth hour, gila.