Thursday, July 2, 2009

rival.


hello kepada pembaca-pembaca sekalian. 2 posts in a row oleh mr fz membuatkan saya tercabar untuk kembali menambah entri. disebabkan saya tidak hensem dalam dunia sebenar berbanding penulis-penulis lain, makanya saya terpaksa menghensemkan entri saya dengan perkara-perkara cliche sekeliling.

ok, hari ini saya mahu bercerita tentang bikers. bikers dalam entri saya ini bukan bermaksud mereka yang menunggang motorsikal berkuasa besar. tetapi mereka yang memiliki kapcai atau dalam istilah kegemaran mr carl adalah moped.

kebiasaannya moped dimiliki oleh kebanyakan lelaki yang mungkin juga mat rempit atau lelaki yang obses terhadap motorsikal. pengeluar-pengeluar yang "otai" dalam arena pembuatan mesin-mesin kecil ini adalah seperti yamaha, honda, modenas, suzuki dan sebagainya. disebabkan harga yang berpatutan makanya ramailah pelajar yang mempunyai moped. jenama yang popular sekarang adalah yamaha 135lc.


ramai juga yang memiliki motorsikal jenis ini. kelabnya pula semakin bertambah. ada yang menggelarkan yamaha 135lc ini sebagai king of moped. apakah gelaran itu layak? :)

pada 15hb april 2009, lion suzuki motor sdn bhd telah mengumumkan model terbaru moped keluaran mereka, iaitu suzuki belang 150r. faktor tekanan daripada peminat suzuki telah memaksa ibu pejabat untuk mengeluarkan satu model menggantikan suzuki raider r150 dan suzuki satria 150fu dari negara seberang.


suzuki belang 150r ini dilengkapi dengan 150cc kapasiti enjin, brek disc depan dan belakang, twin cam atau DOHC. dan lain-lain yang melebihi kuasa yamaha 135lc. harga yang dikeluarkan adalah RM7570.00.

ok, kita lihat perkara ini sebagai persaingan antara pengeluar-pengeluar.

akan tetapi, bagaimana pula hubungan antara peminat yamaha dan peminat suzuki?

"we are not just bikers, we are brothers"

chill yo, jom pergi friday night fever. - mr carl.

p/s : perempuan memang tak suka naik motor. rosak rambut. jadi, entri ini untuk single rider.

terima kasih.

9 comments:

Faisal Zakaria said...

"disebabkan saya tidak hensem dalam dunia sebenar berbanding penulis-penulis lain, makanya saya terpaksa menghensemkan entri saya dengan perkara-perkara cliche sekeliling."

aku bau kejujuran straight dari hati.
Walaupun kau tak ada rupa, mungkin hati kau baik.

mr. hafis said...

bai. komen base on entry bai.

Faisal Zakaria said...

bai. lu tulis dalam entry bai. LOL. moped best wei. aku dulu dikenali sebagai jockey, yang mengakibatkan 1 RXZ, 2 125 Z jem panas dan satu 125 Z jem rod.

stail bukan?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

kekeke.. setting tak ngam ah jadi jem panas tu. mana pomen? kekeke..

Fairuz said...

belang R tu cam buruk..tapi laju...dan mahal jugak...

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

laju dalam kategori dia lah. 150cc 4stroke. tapi 125cc 2stroke still boleh makan ini belang punya. hahaha..

mr. hafis said...

fz,

setahu gua mana ada jockey pakai tux.




lariiiiiik.

Faisal Zakaria said...

memang cilakak.
"JOCKEY" dan jockey adalah dua perkara yang tidak membawa maksud yang sama.

Samalah macam :

Frank Hafis "kacak".
Frank Hafis kacak.

Kan lain tu. Hakikatnya rupa lu macam Hamid Gurkha. Ayat kedua tu diujarkan oleh seorang pembohong.

mr. hafis said...

gua rasa yang ada highlight tu yang bohong kan?

ah. mana-mana lah.

yang penting gua digilai emma watson.