Sap ladies and gentlemen.
Gua baru lepas hang out dengan bos pekena kopi o kaw selap dua. Almaklumlah, malam ni malam Jumaat. Perlu membajak tanah malam ni. Huuui. Apa mungkin besok gua pergi kerja lambat?
Awal ke lambat gua pergi kerja, lu orang tak payah pikir. Hari ini, secara rasminya kuliah kedua gua bermula. Gua, atas kesedaran sebagai seorang ahli masyarakat yang separa optimal, locally educated dan lebih senang untuk connect dengan ahli masyarakat majoriti, terpanggil untuk memberi teguran terhadap tindak tanduk lu orang semua yang separa cilakak ni. Kenapa? Hati gua panas. Lu kecik ati gua cakap lu separa cilakak? Maafkan gua, gua sungguh tidak mengerti macam mana nak cakap berlapik.
Lu tau menatang ni apa?
Lu cakap guli susu memang gua tempeleng ah lu eeen.
Ceritanya macam ni, tadi gua sembang dengan bos gua, polo mamat tu gi meeting ah kat Cyberjaya. Gua masuk meeting tu sebagai representative sektor korporat, dan bos gua pulak sebagai representative masyarakat (mange tinggal kat situ). Cyberjaya kini sedang menggerakkan usaha untuk menjadi bandar hijau, bukan setakat dari aspek lanskap, tapi pelaksanaan operasi seluruh bandar. Paham tak? Lu bukak opis situ, target mereka, adalah untuk lu menjadi satu company yang kurang penggunaan resource alam dan kurang lambakan bahan buangan kepada alam.
So, meeting diantara sektor korporat, sektor kerajaan tempatan, sektor rumahtangga dan sek ganas ini adalah lebih kepada untuk mencari jalan macam mana setiap sektor boleh membuat sumbangan kepada matlamat ini. Antara opinion yang dibangkitkan, ialah grey water (tadah air hujan untuk penggunaan toilet yakni jamban cangkung dan duduk), paperless operation, increase the number of recycling places, (sekarang ada satu je kalau gua tak silap). Ada lagi ah mangkuk lain bagi suggestion. Gua dah nyata keras dah ni, pikir nak layan lap je kat dalam opis. Gila bai, dah la ujan pagi tadi, memang stim gila kalau dapat membuta sebentar. Gua pun melilau, berangan teringat kat bini gua.
Yang membuat gua terkejut dari alam fana, ialah mentaliti masyarakat, even di sebuah smart city seperti Cyberjaya. Negatif mak aaaaaaiiii...ko IMEJIN, baru bagi suggestion, pang orang pangkah bai. Kata grey water too costly to implement, sebab initial cost nak buat piping tinggi lah, paperless operation cakap too risky dan too costly lah nak backup dalam komputer, negativity terhadap the whole recycling concept, cakap ada sindiket kaut duit pasal recycle lah.
Ehem..ehem. Gua nak tanya.
BAI LU BENGAP KE APA?
Macam sial tak negatifnya pemikiran masyarakat kita?
Gua nak tanya lu orang, selepas Sabtu terakhir bulan Mac, yang korang ye-ye tutup lampu, duduk dalam bilik panas-panas tak pasang kipas, pergi rambu ramba dalam gelap, raba chikaro lu dalam gelap (memang A lah bai. Mana pot?), yang korang pung-pang Earth Hour tu...berapa ramai di antara korang actually mengamalkan cara hidup yang green?
Tuh la gua saspek. Ramai bai orang mengaku mereka sayangkan bumi, pecinta alam, belakang tak amalkan apa yang patut lu orang sepatutnya buat untuk conserve alam kita. Sekurang-kurangnya, lu beli rokok dengan air 100 Plus kat Petronas, budak tu nak bagi plastik, cakaplah tak payah. Lu nak pergi kafe nak makan nasik, bawak tupperware, tak yah pakai polisterin. Lu minum air tin, buang ah dalam tong tin. Jangan lu main lambung je bai.
Bumi ni bukan lu sorang nak pakai bai.
Gua tanya bos gua, earth hour aritu lu buat apa?
Bos gua jawab, "Gua tutup lampu semua, gua chillek dengan family gua kat tepi Cyberjaya Lake buat barbeku bai. Memang stim mak gua buat kambing bakar, sllrrrrp."
Wak lu earth hour, gila.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
6 comments:
brader, lu boleh start dgn boss lu dulu ;-)
gua lak nk sound jiran gua yg sll bakar sampah sebagai hobi :-)
bai periuk nasik bai.
kalau dia pecat gua camana?
gua akan sound dia secara berhikmah.
earth hour lahh sngat makan daging bakar.
poodah besar besar kat dia.
guli susu?
hahaha. nostalgia tu bai. gua berebut dulu sampai parang boleh terbang.
anyways, lu buang sampah lu separate tak mana botol kaca, plastik, kayu, lipan semua?
tak pun lu main baling je?
jujur bai, jujur.
untuk pengetahuan lu jack, botol plastik dengan kaca gua separate bai. dalam plastik sampah yang berlainan. lepas tu gua lanting masuk dalam tong sampah yang sama. hahahaha. sapa suruh tempat gua takde recycling bin.
asal jack plak? frank. hehehe. gua ingat gua kat blog lama.
Post a Comment