Sunday, August 30, 2009

gah selama 52tahun. lagi berapa lama dapat bertahan?

selamat menyambut kemerdekaan buat semua. walaupun bahang kemerdekaan itu tak sedikit pun kita rasa. yang mana aku lihat kita semakin lupa akan jasa penat lelah tok nenek menghalau samseng yang menjarah tanah air kita dulu. dan kita semakin lalai lalu memandang enteng semangat perpaduan yang cuba diterapkan kini.

persetankan polemik kacau bilau politik. fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepada negara. fikirlah adakah kita mampu pertahankan kebebasan dijulang selama ini atau hanya dapat mewariskan sisa kemerdekaan diambang kehancuran kepada anak kita nanti. jangan kita leka dengan nikmat yang mampu runtuh bila-bila masa ini.

negaraku Malaysia tanah air tercinta.

Saturday, August 29, 2009

Malu Malu












Gambar kredit kepada Choo Choy May, The Malaysian Insider.

Malu malu.
Tahu apa ni?
Lu ingat Hari Raya Korban?
Bukan beb. Benda ni jadi semalam. Dekat Shah Alam. Selepas sembahyang Jumaat dengarnya.
Dalam The Star Online, cerita tak bergambar. Impaknya kurang mendalam.
Tapi kalau lu baca Malaysian Insider, seram sejuk dibuatnya.

13 May 1969 happens because of racial tensions.

Apasal nampak macam sekarang ni, melebih-lebih nak recreate the dark page in our history books?

Malu aku woi malu.
30 years have passed tapi pemahaman macam ni tak berubah sedikit pun.


Monday, August 24, 2009

bulan ramadhan.


selamat menyambut bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan kepada semua. mungkin agak lambat ucapan daripada saya. hehe. amacam semua? ada sihat? puasa dua hari ni ada penuh? berbuka berapa pinggan? sahur masak apa?

ok kita ke perbincangan.

kacipnya bulan ramadhan ini adalah bazaar ramadhan yang meriah dan menyelerakan. berbagai-bagai makanan dan minuman dijual dan awek-awek berkeliaran. saya mungkin tidak dapat melihat suasana bazar ramadhan di tempat lain disebabkan sibuk menguruskan gerai air tebu saya ni hek hek.

jika diperhatikan, ramai remaja-remaja perempuan membeli-belah juadah makanan sambil berpakaian ala-ala megan fox. sedap juga mata memandang. sudah mereka kasik tunjuk jadi saya pun lihatlah. apa pandangan anda tentang ini? salah saya juga?
erm. pesanan terakhir. jangan lupa atau buat-buat lupa giliran anda untuk sesi moreh. saya syak malam turn FZ dia lari pergi precint 9.

terima kasih.

Garisan Nipis di antara Kejahatan dan Kebaikan : Kelemahan institusi Moralisme

Tajuk nak avantgarde.

Salam sejahtera anda semua.
Amacam puasa ada sharp? Puasa ada santek? Tengah hari ada layan kari ikan + ayam madu dekat Warta sana? Memang stim beb, tapi itu adalah termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa, begitu juga menonton Carmella Bing POV yang membolehkan anda membelanja anak yatim makan di masa akan datang untuk menebus puasa (baca : kifarah).

Gua pasti ada antara lu orang semua yang mempersoalkan tajuk gua hari ni.
Nampak sharp kan? Isi belum tahu. Gua tengah rabak ni.

Sekarang aku sedang belajar Developmental Ethics di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di salah sebuah IPT di Malaysia. Pada gua, belajar ethics ini adalah sama bangangnya dengan belajar Tatabahasa. Sangat relevan, tetapi pada masa yang sama lu tau benda ni tak bawak lu kemana, sekadar mengubah persepsi kau terhadap sesuatu sahaja.

Etika adalah satu konsep yang cuba mengajar kau bahawa kau bukanlah satu-satunya makhluk yang mendiami tempat kotor ni iaitu bumi. Dari aspek seorang pembuat keputusan (decision maker) tak kisah dari sudut mana, pengguna, pembina, pemilik sharekat, pemandu, penonton video porno, setiap apa yang kau lakukan ada kesan ke atas keseimbangan kehidupan pelusuk alam.

Aku tertarik dengan apa yang Plato cuba kaji, iaitu, penilaian moraliti masyarakat dari sudut perspektif yang berlainan terhadap satu-satu perbuatan. Contohnya, di zaman Melayu silam, nenek moyang kita adalah mereka yang membanting tulang memberi perkhidmatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja. Muncul seorang petani yang berpendapat, WTF? Gua korek lubang, gua campak benih, gua siram, gua buang rumpai, gua racun, gua tuai, apa lansiu gua kena bayar cukai kat pembesar cilanat ni?

Dan, penilaian terhadap pendapat petani ini, adalah bergantung kepada di mana tempat kau berdiri.

Kau, kuncu-kuncu pembesar, menganggap budak ni penderhaka.
Kau, member petani yang sama-sama bercucuk tanam, menganggap budak ni pemikir yang revolusioner.

So, persoalannya di sini, siapa yang betul?

Suka aku nak kaitkan pendapat Plato ni, dengan apa yang kau boleh baca di surat khabar semenjak dua menjak ni. Kenal Kartika?

Kartika adalah seorang gadis Melayu, berkahwin dengan seorang Singaporean, telah ditangkap meminum arak di sebuah pulau perlancongan oleh pihak berkuasa agama. Beliau telah dijatuhkan hukuman sebatan mengikut lunas-lunas hukum syariah. Kartika memohon agar beliau disebat di khalayak ramai.

Soalan aku, apa yang kau fikirkan?
Antara possibility yang telah aku dengar dari lingkaran kawan-kawan aku yang tidak seberapa saiznya :

1. Padan muka dia, minum arak lagi. Mintak sebat kat public ni, saja nak bagi Islam nampak kejam. Bukan aku tak tau orang Singapore ni, macam-macam cara nak jatuhkan negara kita.

2. Uish, apasal nak sebat lak? Biarlah dia nak minum arak, kubur lain-lain. Ni sampai nak sebat-sebat, kita ni bukan orang zaman dulu-dulu. Ni dah macam hukum hudud ni. Mengarut.

3. Kartika siapa doh?


Pada aku,
Kartika mewakili sebuah kumpulan yang agak besar saiznya di Malaysia ini. Mereka ialah kumpulan yang dilahirkan menganuti agama Islam, tetapi secara praktikalnya, mungkin tidak tidak mempraktikkan secara menyeluruh apa yang disyariatkan.

Dan kumpulan ini, di Malaysia, boleh tahan ramainya.

Aku tak akan terjebak dalam mengklasifikasi diorang ni sebagai umat Islam yang tidak taat, dan akan dihukum di neraka. Aku tak akan buat sedemikian sama sekali.

Masalahnya, pemahaman seperti aku, tak ramai orang adopt. Ramai yang suka mengambil jalan mudah dan "menghukum" Kartika dari segi sosial, dengan cara mengklasifikasikan beliau. Macam kau tengok, orang pakai tali leher Armani, seluar slack jenama Ermenegildo Zegna, baju jenama Paul Smith, kasut Bally, kau panggil dia yuppie. Orang pakai tshirt "Aku Jiwa Kacau" kau panggil budak indie. Dan dari gelaran tersebut, kau akan mengkategorikan perilaku seseorang itu.

Tak ke bengap namanya tu? Kau tak kenal pun mamat Aku Jiwa Kacau tu.

Kau kenal Kartika?

Orang nak minum arak, orang nak snot, orang nak kongkek, orang nak isap rokok, JANGAN JUDGE DIA. Kau tak perlu membantu Yang Maha Esa dalam menilai seseorang. Sayangnya pemahaman manusia yang jumud, tak cukup efisien untuk mentakrifkan plus dan negatif points dalam diri setiap manusia. Kalau kau tahu ilmu agama setinggi gunung sekalipun, jangan judge orang.

Kartika dihukum dari aspek hukum syariah. Tak silap aku 6 sebatan, mengikut cara-cara yang ditetapkan. Tapi hukuman masyarakat tak akan berhenti di situ.

Balik kepada Plato tadi, kau tau apa The Star buat? Publication online The Star menunjukkan Kartika berjalan berpegangan tangan dengan dua orang anaknya, sambil tersenyum, dan tajuk utama : Kartika : I want to get on with caning. Kosmo pula menunjukkan Kartika sedang berdoa sambil memakai telekung, dengan tajuk utama : Resah Menunggu Disebat.

Cuba kau renung, dan fikirkan, dari perspektif mana mereka gunakan untuk melihat situasi ini.

Dah aku nak study. Frank, hutang langsai.

Sunday, August 16, 2009

pengumuman.


saya di sini mengumumkan bahawa mr carl arif telah mengalami kemalangan. dan maaf dipinta jika respon di blog tidak dapat diberikan. ini disebabkan atas dasar kesibukan saya dan mr carl yang kini di hospital.

mana-mana pembaca yang ingin melawat boleh email saya untuk request alamat.

terima kasih.

Saturday, August 8, 2009

lu tanya gua jawab - 6

disebabkan kali ini turn saya menulis entri dan saya tidak punya mentol idea, jadi saya bikin jalan mudah. saya rasa isu semasa kini tak dapat memuaskan gelora nafsu anda yang sangapkan informasi. balik-balik isa - politik - kontroversi liwat/bunuh - ucapan ketukkompang perdana menteri - penyakit. bosan-kan? jadi apakata kali ini anda beritahu kepada kami segala keserabutan yang bersarang dalam kepalahotak anda supaya ianya dapat dirungkaikan. sekian.


kredit kepada cameraman sirabunwarna untuk gambir yang hensem ini.

Thursday, August 6, 2009

Sampah Penuhi hAndphone Mu (SPAM)

Gua tengah menelaah kajian kes ketidakrelevanan sektor pertanian pasca merdeka kat rumah malam tadi sambil layan Jenni Lee POV kat laptop (bini gua on-call malam tadi), tiba-tiba sahabat karibku yang gempak pada tahun 2007, iPhone 2G yang obsolete bersuara "Keting..keting".

Rupanya beliau bukan refer kepada keting gua yang menjadi kegilaan anak-anak gadis, rupanya itulah yang dipanggil SMS alert tone.

Gua pun menyumpah di dalam hati "Ni celakak mana SMS aku malam-malam ni, ni mesti Tun Razaleigh ajak gua pergi pekena teh ni. Kalau dak Nuar (DSAI) ajak lepak Boom Boom layan trance memang gua maki dia selap."

Gua bukak enpon, gua baca SMS yang berbunyi :
" Promosi Istimewa untuk pemasangan baru. Sila sms atau hubungi 1700-80-6288 (9am-9pm)/03-78776913. Tertakluk Kepada Syarat."

Kalau henfon Sony Ericsson J100 ni aku dah lempar ke luar dah.

Memang celakak. Gua tak paham apasal telephone operator Malaysia tak mengambil langkah untuk membendung gejala spam ni, in fact, these retards even joined the bandwagon!

Maxis hantar SMS kat gua tanya gua nak tau tak nama gua dalam Bahasa Jepun apa?
Boleh tak? Gua paham akan keperluan advertising dalam produk tapi sebagai network provider gua yang melanggan setia semenjak tahun 2002 sampai sekarang, apa kes lu nak tau nama Jepun gua lantui?

Dan trend yang merisaukan ni, telah menarik agensi-agensi kerajaan untuk bergiat sama.
Ni SMS dari ppj.gov.my : MYSMS :KUNJUNGI FESTIVAL BUNGA & TMN PUTRAJAYA 2009 DI PERSIARAN TASIK PRESINT 2, 1-9 OGOS 2009. INFO LANJUT HUBUNGI AIDA @ www.pjj.gov.my

weeeeiiiii....Perbadanan Putrajaya bai!!! Lu gila ke apa?

Mungkin lu orang rasa benda ni trivial, tapi benda macam ini, tak dipandang remeh di negara-negara lain, dan aku boleh beri contoh, Australia (aku kerja kat company telecomms Australia). Pengguna diberi hak untuk mendaftar di dalam suatu list yang dipanggil Do Not Call List yang melarang pihak-pihak telemarketer, syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menghantar SMS, membuat panggilan dan macam-macam lagi bentuk promosi jualan kepada diorang.

Kalau lu hantar juga sms minyak lintah untuk spring return dan ketahanan batin lu kat diorang yang ada dalam list tu, lu orang akan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan mengganggu privasi masyarakat.

Amacam? Kepada lu orang yang bakal membentuk masa hadapan Malaysia ni, pertimbangkan perlindungan pengguna ni sebagai salah satu agenda masa hadapan korang. Dah sampai masa kita mengubah mindset kita ke arah satu masyarakat yang ideal, pada masa yang sama mengekalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Berkhidmat untuk Negara,
FZ "bootylicious" Zakaria

Tuesday, August 4, 2009

haa. jawab, jawab.


hello kepada semua pembaca yang budiman sekalian. diharap semua sihat dan kuat makan. hari ini saya yang musykil ingin membincangkan satu perkara yang mungkin tidak asing bagi anda semua.

istilah berpasangan atau couple seringkali dimonopoli oleh remaja-remaja diluar sana. tidak hairan jika kita ke pusat menonton tayangan gambar kita dapat melihat pasangan yang memakan popcorn kongsi.

apa yang membuatkan saya tertanya-tanya adalah seperti situasi di bawah :-

perempuan : awak tiada girlfriend ke?

mr hafis : tiada.

perempuan : eh. gay ek?

mr hafis : saya ngantuk nak tidur. bye.

persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya adalah. kenapa jika saya tidak berpasangan dengan perempuan dilihat sebagai gay? apakah jika kita melihat seorang perempuan yang tidak berpasangan juga sebagai lesbian?

dan seperkara lagi. apakah yang berpasangan lelaki dan perempuan itu yang mungkin juga ingin mendedahkan bahawa mereka straight mengadakan hubungan seks? begitu?

entri mungkin untuk orang dewasa.

terima kasih.

Saturday, August 1, 2009

It's all about Principles mate.

Hari ini, aku drop slang aku.
Aku akan menulis hati ke hati dengan korang.
Bila kau menulis, sesetengah orang akan mencipta suatu identiti berbeza dari karakter sebenar diri mereka.
Betul aku cakap. Macam Nurul Nessa dia menulis berdasarkan apa yang dia buat, apa yang dia fikir, apa yang dia rasa. Macam Frank Hafis, macam Mr. Carl dalam blog ni. Mereka bukan diri mereka. Mereka menceritakan hal yang berlaku pada diri mereka, cuba untuk menjadi pihak kedua atau ketiga, walhal mereka adalah subjek dalam cerita mereka.

So, point aku di sini, bila kau menjadi orang lain, kau jadi seorang yang tidak natural. kau akan rasa kekok mula-mula, tapi lama kelamaan, identiti yang kau bawak tu akan menyerap masuk dalam diri kau, meninggalkan diri kau yang lama semakin jauh terperosok ke dalam. The new character takes control of you, and dissolve the old, sweet you.

Macam kes aku.

Pelik tak? I used to like myself.
Dulu, aku tak surf Internet, masuk blog orang sana-sini, menggunakan bahasa kurang sopan mengeji orang, kritik orang tu kritik orang ni. Aku kritik orang MLM (heh...mungkin wajar dikritik, ataupun disalib) mengenai cara mereka mengambil kesempatan terhadap kawan-kawan lama. Aku pakai ayat "gua","lu", "bai" dan lain-lain lagi, macam yang aku gunakan untuk menulis di sini. Ada seorang commenter panggil aku "Bro Bai". Psych kan? Dan kau imagine, sekarang aku menggunakan slang yang aku gunakan untuk menulis dalam percakapan. Dan, aku harus ingatkan kat kau orang, persepsi orang terhadap kau kalau kau pakai bahasa tu, tak kisahlah macam mana deeeeeeeeep pun kau, people will still not take you seriously mate.

Maafkan aku, kadang-kadang aku terguna bahasa Inggeris untuk menulis. Di luar kawalan. Sebab Bahasa Melayu susah!! LOL.

Salah seorang pembaca kita, seorang chikaro yang handal bermain pool, dari apa yang beliau tulis, mengomplen (aku dah cakap bahasa melayu susah.) yang dia tak suka dipanggil chikaro. Dari apa yang beliau cakap tu, seharian aku berfikir tentang slanga yang aku gunakan untuk bercakap. Aku dah kahwin, umur 25 tahun, dah kerja, sedang berusaha mencari anak, takkan aku nak bercakap macam pailang lagi?
Aku tak suka orang pandang lekeh aku, maka adakah aku perlu bercakap dengan tona "orang-orang dewasa"? Adakah aku perlu bercakap sopan-santun? Perlu ke aku menjadi seorang yang dewasa, berhenti mencarut ketika marah, berhenti makian berkelajuan 120km/j apabila memandu (Makian yang diluahkan terhadap pemandu dihadapan pada kelajuan 120km/j)?

Pergi mam bai. Chillek ah.
Gua masih disini.

Identiti kedua adalah penting untuk menjaga kesucian identiti pertama, dan tidak menjejaskan kehidupan peribadi gua di luar dunia cyber.

Tamat kuliah keempat.
Lu boleh blah dari sini. Tapi datang balik tau.

Faisal "Schizophrenic" Zakaria