Saturday, August 29, 2009

Malu Malu












Gambar kredit kepada Choo Choy May, The Malaysian Insider.

Malu malu.
Tahu apa ni?
Lu ingat Hari Raya Korban?
Bukan beb. Benda ni jadi semalam. Dekat Shah Alam. Selepas sembahyang Jumaat dengarnya.
Dalam The Star Online, cerita tak bergambar. Impaknya kurang mendalam.
Tapi kalau lu baca Malaysian Insider, seram sejuk dibuatnya.

13 May 1969 happens because of racial tensions.

Apasal nampak macam sekarang ni, melebih-lebih nak recreate the dark page in our history books?

Malu aku woi malu.
30 years have passed tapi pemahaman macam ni tak berubah sedikit pun.


10 comments:

mr. hafis said...

persoalan pertama.
gua tak nampak water cannon dengan gas pemedih mata dan fru.

persoalan kedua.
bila 31ogos semakin hampir. isu-isu kritikal semakin disimbah menggantikan isu water canon.

lu ada baca paper muka depan "31ogos kerajaan selangor dirampas"?

p/s : beb. ini isu politik.

Faisal Zakaria said...

beb.

for one, aku dah muak dengan politik.
politik adalah najis. takde honor, takde valor. takde mutual respect.

two, aku sedih dengan mereka-mereka yang bijak bestari laksana kancil membantah pembinaan kuil dengan mengusung kepala lembu. simbolik dan memedihkan pada skala yang amat besar.

tiga, concern aku tak banyak mana pasal FRU, Water Cannon, Tear Gas or what not. Percaturan politik ke apa pegi mampus. The country is falling apart. Dah tiba masa aku nak kena migrate.

mr. hafis said...

hahaha.

brav. tak guna kalu lu migrate ke mana-mana. lu nampak wall depan jalan lu. lu pusing atau naik heli melepasi wall tu. SALAH.

kenapa masa lu perlu buat IC lu, lu tak migrate?

isu ini provokasi. PROVOKASI. tak perlu ambil tahu pun tak apa.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)

Faisal Zakaria said...

takde ah joi.
takde ah sampai nak migrate.
kalau aku migrate macam mana aku nak sambut hari raya makan ketupat denga rendang tok peh stim siut.

tapi kejadian ni seriously adalah sebuah tragedi.

satu tapak ke belakang dalam pergerakan bangsa Malaysia.

Prodigy said...

huih.. giler panas.. Betul2 nak provoke nie beb.. Membabitkan sensetiviti sesebuah kaum.. Adeh.. Ini yang gua risau nih..

regards,
prodigy

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

sesebuah kaum?

semua kaum bru.. nak tuding jari pada siapa? taik politik? atau penyokong taik politik?

kalau nak diikutkan kepala 'open minded' aku, kuil hindu tu tak bersalah. yang bersalah adalah manusia2 yang berarak dengan kepala lembu tu. provoke.. bodoh..

vidadarisakura said...

apakaaaaa?

Prodigy said...

maksud gua kepala lembu itu sendiri yang membabitkan sensetiviti sesebuah agama dan kaum. Dan isu ini sememangnya akan semakin panas jika dibiarkan. Bagaikan sudah hilang sikap toleransi diantara kaum. Kalau nak bantah pun, biarlah dengan cara yang berhemah. lembu itu tidak bersalah.

syrup said...

takpe tak payah malu2..
orang yang tak boleh fikir baik je buat mcm tu..hilang rasional.

kalau pun bukan menuju ke mana2 kaum tapi tu bukan ke makanan kita jugak..kenapa pijak2?

nurulanessa said...

mr carl jawb cool je?
hehe