Tajuk nak avantgarde.
Salam sejahtera anda semua.
Amacam puasa ada sharp? Puasa ada santek? Tengah hari ada layan kari ikan + ayam madu dekat Warta sana? Memang stim beb, tapi itu adalah termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa, begitu juga menonton Carmella Bing POV yang membolehkan anda membelanja anak yatim makan di masa akan datang untuk menebus puasa (baca : kifarah).
Gua pasti ada antara lu orang semua yang mempersoalkan tajuk gua hari ni.
Nampak sharp kan? Isi belum tahu. Gua tengah rabak ni.
Sekarang aku sedang belajar Developmental Ethics di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di salah sebuah IPT di Malaysia. Pada gua, belajar ethics ini adalah sama bangangnya dengan belajar Tatabahasa. Sangat relevan, tetapi pada masa yang sama lu tau benda ni tak bawak lu kemana, sekadar mengubah persepsi kau terhadap sesuatu sahaja.
Etika adalah satu konsep yang cuba mengajar kau bahawa kau bukanlah satu-satunya makhluk yang mendiami tempat kotor ni iaitu bumi. Dari aspek seorang pembuat keputusan (decision maker) tak kisah dari sudut mana, pengguna, pembina, pemilik sharekat, pemandu, penonton video porno, setiap apa yang kau lakukan ada kesan ke atas keseimbangan kehidupan pelusuk alam.
Aku tertarik dengan apa yang Plato cuba kaji, iaitu, penilaian moraliti masyarakat dari sudut perspektif yang berlainan terhadap satu-satu perbuatan. Contohnya, di zaman Melayu silam, nenek moyang kita adalah mereka yang membanting tulang memberi perkhidmatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja. Muncul seorang petani yang berpendapat, WTF? Gua korek lubang, gua campak benih, gua siram, gua buang rumpai, gua racun, gua tuai, apa lansiu gua kena bayar cukai kat pembesar cilanat ni?
Dan, penilaian terhadap pendapat petani ini, adalah bergantung kepada di mana tempat kau berdiri.
Kau, kuncu-kuncu pembesar, menganggap budak ni penderhaka.
Kau, member petani yang sama-sama bercucuk tanam, menganggap budak ni pemikir yang revolusioner.
So, persoalannya di sini, siapa yang betul?
Suka aku nak kaitkan pendapat Plato ni, dengan apa yang kau boleh baca di surat khabar semenjak dua menjak ni. Kenal Kartika?
Kartika adalah seorang gadis Melayu, berkahwin dengan seorang Singaporean, telah ditangkap meminum arak di sebuah pulau perlancongan oleh pihak berkuasa agama. Beliau telah dijatuhkan hukuman sebatan mengikut lunas-lunas hukum syariah. Kartika memohon agar beliau disebat di khalayak ramai.
Soalan aku, apa yang kau fikirkan?
Antara possibility yang telah aku dengar dari lingkaran kawan-kawan aku yang tidak seberapa saiznya :
1. Padan muka dia, minum arak lagi. Mintak sebat kat public ni, saja nak bagi Islam nampak kejam. Bukan aku tak tau orang Singapore ni, macam-macam cara nak jatuhkan negara kita.
2. Uish, apasal nak sebat lak? Biarlah dia nak minum arak, kubur lain-lain. Ni sampai nak sebat-sebat, kita ni bukan orang zaman dulu-dulu. Ni dah macam hukum hudud ni. Mengarut.
3. Kartika siapa doh?
Pada aku,
Kartika mewakili sebuah kumpulan yang agak besar saiznya di Malaysia ini. Mereka ialah kumpulan yang dilahirkan menganuti agama Islam, tetapi secara praktikalnya, mungkin tidak tidak mempraktikkan secara menyeluruh apa yang disyariatkan.
Dan kumpulan ini, di Malaysia, boleh tahan ramainya.
Aku tak akan terjebak dalam mengklasifikasi diorang ni sebagai umat Islam yang tidak taat, dan akan dihukum di neraka. Aku tak akan buat sedemikian sama sekali.
Masalahnya, pemahaman seperti aku, tak ramai orang adopt. Ramai yang suka mengambil jalan mudah dan "menghukum" Kartika dari segi sosial, dengan cara mengklasifikasikan beliau. Macam kau tengok, orang pakai tali leher Armani, seluar slack jenama Ermenegildo Zegna, baju jenama Paul Smith, kasut Bally, kau panggil dia yuppie. Orang pakai tshirt "Aku Jiwa Kacau" kau panggil budak indie. Dan dari gelaran tersebut, kau akan mengkategorikan perilaku seseorang itu.
Tak ke bengap namanya tu? Kau tak kenal pun mamat Aku Jiwa Kacau tu.
Kau kenal Kartika?
Orang nak minum arak, orang nak snot, orang nak kongkek, orang nak isap rokok, JANGAN JUDGE DIA. Kau tak perlu membantu Yang Maha Esa dalam menilai seseorang. Sayangnya pemahaman manusia yang jumud, tak cukup efisien untuk mentakrifkan plus dan negatif points dalam diri setiap manusia. Kalau kau tahu ilmu agama setinggi gunung sekalipun, jangan judge orang.
Kartika dihukum dari aspek hukum syariah. Tak silap aku 6 sebatan, mengikut cara-cara yang ditetapkan. Tapi hukuman masyarakat tak akan berhenti di situ.
Balik kepada Plato tadi, kau tau apa The Star buat? Publication online The Star menunjukkan Kartika berjalan berpegangan tangan dengan dua orang anaknya, sambil tersenyum, dan tajuk utama : Kartika : I want to get on with caning. Kosmo pula menunjukkan Kartika sedang berdoa sambil memakai telekung, dengan tajuk utama : Resah Menunggu Disebat.
Cuba kau renung, dan fikirkan, dari perspektif mana mereka gunakan untuk melihat situasi ini.
Dah aku nak study. Frank, hutang langsai.
Ulasan Filem: 7 Hari: Kisah Cinta Langkawi
5 years ago
39 comments:
ini isu agama. yup. isu agama.
bukan isu kartika atau singapore atau mahkamah syariah semua.
seperti juga kalau lu tengok cerita the kite runner lu dah boleh nampak cara mereka tafsirkan agama islam macam mana.
sayangnya kawan-kawan gua tak dapat lihat lapisan berikutnya. apa-apa yang ada pada lapisan(baca:tersurat) pertama akan dihadam bulat-bulat.
apa yang boleh gua buat adalah faham sendiri apa propa mereka dan terangkan kepada yang mahu dengar. yang tak mau tu jangan kacau hidup gua.
sekian.
hahah any moral discussion, kalo tak bace lagi descartes, adalah moot.
everybody patut bace descartes at least sekali sebelum dia mati.
papehal pon, sila upload gamba awek seksi kat bazaar ramadan yang besar2. sekian
fz - maksud lu sisters in islam?
c-fu - nanti gua carik. kalo philosophy gua baca kalo expression gua senyum.
isu agama.
xbrani komen sb ak xreti.
pasal yg trtulis di muka surat khabar.
do not take everything u read.
tulisan akhbar hari ini sume berbau sampah.
mencari keuntungan dan manipulasi minda semata.
yg mna gambar n tajuknya sedap.yg itu org baca.
dan maw yg solid?
Al-Quran.
semua trjawab.
tQ.
uhuhu..uhuhuk..:p
oh.btw.
secara critical thinking-nya
ak benci cte "slumdog millionaire"
@mint.
semua orang cerita tentang al-quran lengkap lah apa lah. cliche lagi.
tapi yang buat gua panas pasal benda ni, cerita pasal al-quran. tapi kalau gua tanya pasal surah an-nisa ayat 24 pun siap sekali dengan terjemahan. tak jawab-jawab sampai sekarang.
haih.
macam kagum dengan macbook tapi guna leopard menganga.
p/s : slumdog millionaire bagus. gua tetap dengan pendapat gua.
uhuhu..
en hafis.
asik cliche je.
cbe asah lg pemikiran anda.
setiap penulisan ada yg trsirat.
terjemahan surah pon memerlukan anda untuk mendalami dn memahami.
bukan hanya dgn mendgr penerangan org ataw mmbce sendr terjemahan trsebut.
slumdog millionaire: my critical thinking.
uhuhuh..:p
terima kasih. ;D
nanti senang kita jumpa saya nak asah otak saya ya?
xyah a asah otak.
sian lak bunyi.
uhuhu:p
@drumgeeks - descartes is good. i shall pick one up and study it soon. thank you.
@frank - kau rasa isu agama ke? aku rasa tidak.
@ mint - apa yang kau buat kau rasa ini isu agama?
moraliti sering dikaitkan dengan agama.
its true, islam mengajar kita untuk mematuhi guideline-guideline didalam ajarannya, secara tidak langsung kita terapkan dalam nilai-nilai moral masyarakat kita.
tapi kau tak boleh apply benda yang sama dalam konteks masyarakat yang lebih luas, berbeza agama.
Islam menegah orang Islam dari bersekedudukan, demi mencegah zina, dan memelihara keturunan. Good move, benda ni sangat bagus.
Tetapi, bila kau cuba aplikasikan nilai Islam pada seorang bukan Islam di tempat ramai orang bukan Islam, itu dah menyalahi moraliti. Dan undang-undang, panduan agama Islam, adalah untuk orang Islam praktikkan, dan kalau non Muslim RASA benda itu bagus, dia mempunyai HAK untuk PRAKTIKKAN.
bukan diarah untuk buat.
Satu lagi ialah, kecenderungan orang Islam Malaysia menjatuhkan hukum. Kau nampak orang buat sesuatu yang haram, kau beritahu dia HARAM! beritahu kawan kawan kau budak ni buat benda HARAM dan melihat dia sebagai seorang yang jahat sebab dia buat benda HARAM.
Bukan kerja kau. Nampak orang buat benda haram, tegur dia. Kalau dia tak endah, maka kau pun jangan zalimi dia.
The most we could do.
Morality adalah satu konsep yang berdiri atas nilai masyarakat setempat. aku berdiskas tentang moraliti bukan agama.
:D
gua take it as agama.
sebab gua bukan liberal.
lol. aku pun bukan liberal.
aku adalah konservatif, tetapi melihat orang lain melanggar ajaran agama sebagai sesuatu yang subjektif. kau nak langgar, its your choice. aku cakap sekali kau taknak dengar, maka aku biarkan kau.
kat ofis aku ada seorang evangelical atheist. muslim di atas ic. berdakwah mengenai kelemahan Islam yang beliau pernah anuti bukan atas pilihan tapi atas dasar warisan.
bila kau duduk dan mendengar, orang akan hormat pegangan kau sebab kau sanggup mendengar. pokok pangkalnya dalam hati, ajaran mana yang kau embrace. yang kau junjung brav.
aku rasa many of us dah salah tafsir agama. many of them anggap agama ini macam law a.k.a peraturan a.k.a undang-undang.
macam kau, tak minum arak, pakai tudung, tak seks before marriage, cukup puasa sebulan, kau beragama islam.
tapi kalau kau minum arak, masuk mahkamah syariah pakai tudung dan kemudian disabitkan kesalahan dan disebat, kau follow undang-undang islam. bukan beragama islam.
the content quite heavy dan aku rasa mesti ramai yang akan salah tafsir komen aku. sebab aku sendiri keliru. macam mana ni FZ?
ok semua. satu soalan.
dalam hukum hudud yang sebenar, adakah orang yang beragama islam sahaja dihukum? atau agama lain terlibat sama?
cepat, cepat. hahaha.
gua nak bahan yang tak sharp lepas ni.
agama lain gak kena hukum hudud. semua kena. apa pasal?
hukum hudud adalah satu hukum yang diderive dari lunas ajaran Islam dan dikatakan adalah ideal untuk segenap lapisan masyarakat.
kau rasa hukum hudud ialah jawapan terbaik bagi masalah ni?
mr.carl, welcome back.
yar.. kau mencuri, dan kau mengaku salah mencuri dan secara otamatisnya, kau pencuri dan patut dihukum.
undang-undang tak bezakan agama dengan kaum kan? semua orang sama taraf, sama layak. is it right FZ?
hukum hudud atau undang-undang islam jawapan terbaik bagi semua action lu orang sama ada lu setuju atau tidak.
dalam kes ni. sebenarnya tertakluk pada undang-undang negeri dan ini output daripada negeri pahang.
lain negeri lain cara hukum.
sebagai contoh. : "gua nak sahur dekat bangi berbuka dekat kuching"
back to topic:-
tukang cetak akhbar sini akan buat apa sahaja untuk menarik minat orang baca. tidak kisah tentang peribadi ka, agama ka, apa-apa. janji sokkabar diorang laku. contoh terdekat, the late yasmin.(nama ic dia gua tak tau).
jadi. dari perspektif mana mereka lihat kes ini bukan satu persoalan.
walaupun aku nampak seperti akhbar2 menyalahkan keputusan hukuman. dan ia berkaitan agama.
kah kah kah.
ceritanya macam ini.
moraliti adalah satu konsep yang dikatakan adalah utuh. ramai orang berpaksikan moraliti dalam tindak tanduk sehari-hari.
aku maleh nak berdiskusi pasal agama Islam sebab aku sendiri kurang fasih pasal agama tu. aku jugak malas nak komen agama orang lain, yang lagi hampeh aku tak tau.
aku nak bercerita pasal etika dan moraliti. yang dipakai segenap pihak dalam menentukan tindak tanduk paling wajar seseorang.
tetapi how morality is flawed as well. flaw bukan sikit-sikit, flaw secara dahsyat, dimana morality boleh berubah secara drastik berdasarkan kepada perspektif mana kau melihat sesuatu benda.
undang-undang pulak adalah satu kod perilaku yang tidak boleh dilanggar, jika dilanggar akan dihukum. undang-undang dibuat berdasarkan apa?
Morality dan etika.
How can we derive law from such a flawed concept?
Discuss.
fz:
ak rse isu agama sb kte diskusi among kte2 yg islam ;)
tp kalau secara meluas.ak stuju ngn ko.
tp klo dlm organisasi besar cam sebuah kerajaan islam.xkan nk tegor je?mg la xjd pape.klo btoi nk bendung kne buat sesuatu.
mr carl:
manusia sntiasa mmbwat kesalahan.
tp kalau skali buat salah dan insaf dan bertaubat nasuha.lpas itu kerja tuhan.
dan kalau pon die islam luaran kafir dlman pon bukan kerja kte nk judge die.mne taw 10thun akn dtg die bertaubat.and still ini kerja tuhan.bkn keje kte untuk judge.
*ak rse ko masih perlukn rehat..uhuhu..uhuhuk ;p
ak komen tentang pemikiran.tentang agama ak xbrani.
;)
bzzzzz... otak jam. ah heavy la FZ. tapi aku suka. jom minum. hahahaha..
"ak komen tentang pemikiran.tentang agama ak xbrani."
tapi berani menyuruh orang mentafsir al-quran sekalipun diri sendiri tidak.
ka-ching.
luaskan pembacaan ya mint.
lagi satu. persoalan utama adalah "Cuba kau renung, dan fikirkan, dari perspektif mana mereka gunakan untuk melihat situasi ini."
kah kah kah.
en hafis:
"tapi berani menyuruh orang mentafsir al-quran"
ditujukn untuk ak ke?
ble mse lak ak soh sape2 g tafsir al-quran??
jelaskn..;)
trime kasih.ak akn cube meluaskn pembacaan.
dan kamu perlu meluaskn pemahaman kamu.
uhuhu..uhuhuk..;p
"How can we derive law from such a flawed concept?"
brav. benda ni dah lama. kalau ikut sekularisme. dari constantinople lagi. tak payah nak fikir panjang.
lu fikir benda basic ah. bagaimana nak bikin orang macam lu serik? begitu ah.
dan tak perlu kita cari kaedah atau method lain yang konon berkesan sebab islam sendiri dah ada undang-undang. malu atau tidak itu ego sendiri yang menolak. dan tekanan daripada kuasa-kuasa lain (baca:agama).
"aku maleh nak berdiskusi pasal agama Islam sebab aku sendiri kurang fasih pasal agama tu. aku jugak malas nak komen agama orang lain, yang lagi hampeh aku tak tau."
kurang fasih sebab tak ambil tahu. tak guna cari descarte, das kapital, semua yang catholic tu. baik khususkan terhadap pemahaman undang-undang islam.
oh ya iklan. minum arak : 80 sebatan - sumber undang-undang islam(hudud).
nak lagi detail?
cari buku :-
Muhammad Salim 'Awa - Punishment in Islamic Law : A Comparative Study.
Bassiouni - The Islamic Criminal Justice System.
Wael B Hallaq - Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam.
sekian.
p/s : layan mint tak productive.
en hafis:
tQ.nothing left 2 say.
hahaha:))
dan anda masih sronok dgn pemikiran sndr.
;p
"kurang fasih sebab tak ambil tahu."
agak offensive. perlukah kita berdiscuss dalam keadaan macam tu? kita kawan-kawan bang.
kalau pembacaan kau limited terhadap cendekiawan Islam, macam mana kau nak tau macam mana orang bukan Islam berfikir? Berdasarkan apa cendekiawan tu cakap?
Tidak begitu wholesome. Bukannya aku tak belajar langsung hal agama, tapi bila kau belajar agama ni tak berkesudahan. kena belajar-belajar-belajar lagi. ada je aku belajar pasal fiqh munakahat ibadah judiciary system semua time college.
Ikut resmi padi Frank. :D
Kenapa hukum hudud ada satu gray image untuk diimplementasi di Malaysia?
1. Multi racial. Aku taktau kenapa ada justifikasi ni, tapi sedangkan nak hapuskan sekolah vernakular kemain berdemonstrasi lagi, apatah lagi nak menjalankan hukum hudud untuk semua rakyat?
2. Pecahan ulama. Ulama kita hebat belaka. Tetapi tak bersatu di bawah satu payung. Mereka tahu undang-undang hudud perlu dijalankan, tapi factions (baca : pakatan) antara mereka yang pro-status quo dan anti-status quo membezakan pegangan mereka. Mereka ini jugak yang kita depend untuk merangka undang-undang Syariah Malaysia, jatuhkan hukum dan reverse kembali hukum.
3. Orang Islam sendiri. Kau letak jari telunjuk kau di atas dada engkau dan cakap ayat ni.
" Akulah punca."
:D
plus, apa yang aku nak ceritakan ialah kelemahan morality dalam mentakrifkan baik buruk suatu perbuatan.
jadi, ceritanya di sini.
Abaikan moral.
Anarchy!!!!!
hehe. sori ah kalu terasa.
beb. gua bukan nak bikin hantar petition jalankan hudud. sebab gua fikir benda tu belum masa.
sebelum jalankan hudud. perkara utama yang perlu diambil kira adalah sistem pemerintahan.
jadi. gua boleh alihkan jari telunjuk gua terhadap subject itu.
yea.. anarchy!
"perlukah kita berdiscuss dalam keadaan macam tu? kita kawan-kawan bang"
-2 la 2.hahaha:))
"kalau pembacaan kau limited terhadap cendekiawan Islam, macam mana kau nak tau macam mana orang bukan Islam berfikir? Berdasarkan apa cendekiawan tu cakap?"
-btoi2.
"tapi bila kau belajar agama ni tak berkesudahan. kena belajar-belajar-belajar lagi"
-sokong 100%
;D
atheist.
woo.. relak2. diskusi tamat.
topic mnrik.sgt mnrk:)
hnye org yg sme je cmmnt.dei! ape ni?!
hmph
40% pndpt sy pd fz.
tp selebhnye sy bnyk berpndpt mcm hafis la.
thanks nessa.
i lap u too.
"atheist"
"perlukah kita berdiscuss dalam keadaan macam tu? kita kawan-kawan bang"
anda sensetive.
wow~
hahahaha..
;D
mint :
anda provocative. lol.
nothing wrong with that.
nesa : terima kasih. 40% adalah banyak.
lebih baik dari 6%
baru la rebel cam ni
fz:
yeke?
xprasan.
didnt mean 2.
just my thoughts.
sorry.
;D
Post a Comment