dalam menempuh hari-hari di perantauan, saya suka juga melihat perbezaan antara perempuan yang asalannya dari kampung dan juga dari bandar. sebetulnya, memang banyak perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. pandangan mata kasar sahaja ok. :)
oklah, saya mulakan dengan melihat ciri-ciri perempuan dari kampung.
perempuan dari kampung dilihat mudah bergaul dengan rakan setempat dan juga berdikari dengan cepat. saya suka cara mereka. lebih-lebih lagi apabila bertentangan mata. mereka menunjukkan sifat hormat kepada sekeliling dengan senyuman atau jelingan yang seperti memberi isyarat tertentu. mudahnya kepada lelaki yang faham.
sifat malu itu baik dan bertempat. tidak salah menjadi malu di tempat kebanyakan orang. dengan itu, lelaki-lelaki seperti mr carl arif sedia mengejar tanpa pedulikan persaingan.
tingkahlaku mereka disenangi. lihat sahaja cara mereka berkawan. penuh tatasusila dan adat kesopanan. oh ya, adakalanya mereka cukup sensitif dengan pemberian foto kepada lelaki. mungkin kepercayaan terhadap sihir dan perkara-perkara ghaib itu masih tebal.
seperkara yang pasti, mereka suka hidup bermasyarakat. sifat gotong-royong atau kerja berpasukan itu tidak menjadi masalah untuk dijalankan. mereka sedia memberikan khidmat. lihat sahaja pertubuhan kelab di kampus anda. saya percaya golongan mereka juga yang bertanggungjawab mengaktifkannya.
mungkin juga ada segelintir yang lupa asalannya dan membuat tranformasi menjadi warga yang satu lagi. perempuan bandar atau dengan kata eksotiknya gadis kota.
seperkara yang membuatkan lelaki-lelaki yang mungkin lemah untuk tertarik dengan perempuan bandar adalah gaya mereka. ini sangat jelas dapat dilihat oleh saya dan juga pengamatan en carl arif.
pertamanya, pakaian.
mereka sudah tentu disuapkan sedari kecil dengan budaya atau kehidupan bandar yang penuh dengan anasir-anasir kapitalisme. semestinya kemajuan negara berkadar langsung dengan fesyen mereka. tafsiran cool bagi mereka adalah dengan memakai pakaian-pakaian yang semestinya tidak terlintas langsung pada fikiran perempuan kampung seperti gucci, prada, guess dan lain-lain.
biarpun kadang-kadang tidak diterima akal logika apabila cermin mata gelap digayakan pada waktu malam.
sifat manja itu milik setiap perempuan. akan tetapi, kemolaran itu jelas lebih pada perempuan bandar. lihat sahaja cara mereka bersosial bersama lelaki. semestinya ada lelaki yang suka dengan sifat manja ini. jelasnya bukan kami. :)
tayangan drama tv3 iaitu rempit vs impak maksima semacam slot sitkom mr bean.
oh ya, perubahan sikap perempuan bandar terhadap sikap perempuan kampung disanjungi, akan tetapi, perubahan sikap perempuan kampung terhadap perempuan bandar lu fikirlah sendiri.
terima kasih.