Monday, April 13, 2009

anda arif tentang cinta?

setelah puas saya ketawa dan terus ketawa, maka rasanya perlulah saya membuat satu entri sebagai perbincangan untuk kita semua. seperti biasalah setiap persoalan itu ada pro dan kontra. jadi diharap pembaca dapat menghayati dan seterusnya membincangkan perkara ini dengan intelek.

adalah elok kiranya anda merujuk entri ini terlebih dahulu.

bismillah.


seringkali kita terdengar permasalahan orang yang bercinta adalah disebabkan orang ketiga. apa itu orang ke-tiga?
  • lelaki/perempuan yang mempunyai perasaan terhadap lelaki/perempuan yang berpasangan itu.
kenapa lelaki/perempuan itu boleh mempunyai perasaan terhadap pasangan itu?
  • sebab naluri. manusia yang normal mempunyai naluri dan perasaan. dan menjadi kebiasaan lelaki/perempuan tertarik kepada jantina berlawanan.
kenapa kekasih orang? kenapa bukan orang lain?
  • sebab naluri dan perasaan tidak kenal itu adalah pasangan ataupun kekasih orang. ia hanya tahu dia adalah seorang lelaki ataupun perempuan.
tak salahkah begitu?
  • salah apabila mewujudkan pertelingkahan suami isteri. tidak salah apabila menaruh harapan terhadap pasangan yang tiada ikatan lagi. contohnya ikatan pertunangan dan perkahwinan.
kenapa pula bergitu? tak risaukah akan pasangan dia yang tidak berpuas hati nanti?
  • berpandukan kepada peribahasa komuniti kita iaitu best man win, jadi pasangan tersebut tidak perlu rasa tidak puas hati atau perasaan seperti ingin memakan daging pemenang itu. sebab hidup ini adalah pertandingan. loser ke neraka dan winner ke syurga. dan diaplikasi terhadap situasi ini.
takutnya saya hendak berpasangan, apa yang saya perlu buat?
  • kenal dengan jantina berlawanan dan seterusnya ke jinjang pelamin. lebih selamat. jika tidak bersedia menghadapi persaingan, lupakan mencari pasangan.
*****

kesimpulannya, perasaan cinta yang dipinjamkan ini berhak mencintai sesiapa sahaja yang dia suka. dan ingatlah, tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta terhadap Maha Pencipta.

jadi, maafkanlah kekasih anda yang jauh meninggalkan diri anda bersama kasih yang baru, dia pemenang. dan semestinya jodoh itu di tangan Tuhan. Dia berhak menentukan siapa pasangan kita yang kekal.

bak kata mr carl arif "ala.. pegang je kata 'jodoh tak kemana'. setel."

terima kasih.

36 comments:

Anonymous said...

hihi.
selamat pagi.

saya tertarik dengan entri ini.dan telah membaca perdebatan hebat di entri sana.

apa yang boleh saya cakap...
percaya lah kepada qada' dan qadar Allah.

takdir setiap manusia telah ditetapkan sejak azali dalam lauh mahfuz.

takdir itu boleh berubah jika kita berdoa seikhlas hati dan berusaha bersungguh-sungguh.

dalam bab mencari jodoh,kita disuruh memilih pasangan yang betul.dan ingat lah,takdir yang ditentukan oleh-Nya tidak pernah menzalimi sesiapa.


mr.carl cakap:"jodoh xkemana"

saya cakap:"sedangkan kapal terbang boleh dirampas,inikan pula gf/bf orang".

Anonymous said...

salam..

ske style coretan camni. hehe..

pesanan penaja: bak kata vince, tiada pengalah. so cari je yang lain. ape ade hal ye x? lalala~~~

p/s: andaarif tentang cinta? musti mr. carl arif lebih arif. eh, mr. hafis pun apa kurangnya.. xD

hikayat aku dan mereka said...

yg aku tahu,cinta itu menyakitkan.. so,cukup la bercinta dgn Yang Maha Esa.. cinta utk manusia.. nanti la... kalau ada.. ada la.. klu tak... malas nak cari.. kata2 dari org yg give up tentang cinta? entahlah.. aku tak penah pula kecewa yg sgt teruk hingga nak putus asa.. cuma aku tak berminat.. kalau org lain sibuk mencari pasangan,aku lebih senang mencari kawan... kawan utk aku kongsi pendapat dan menceriakan hari aku.. itu lebih senang daripada cuba menjadi gadis melayu terakhir and memikat lelaki.. that is not me.. sorry.. but then... yes... patutnya cari pasangan and terus kahwin...

vidadarisakura said...

kenapa?


kenapa?



kenapa??





lalala

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

aku pernah ada cinta. tapi tak pernah bercinta. pernah ada kasih, tapi tak pernah berkasih.

aku letakkan cinta itu standard tertinggi. tapi aku tidak simpan cinta itu, sebaliknya aku biarkan ia terbang puas-puas, aku sama terbang sekali puas-puas.

sebab aku tahu. pada akhirnya ia akan datang kembali pada aku.

kerana cinta adalah empunya segala emosi. jadi bila kamu senang menjumpai cinta, ia bukan sebenar-benar cinta. semata-mata nafsu.

cinta yang pure hanya satu. ia akan kekal akhir hayat. kamu akan ingat ia sampai bila-bila.

jika kamu merampas cinta lain, samalah kamu membunuh seribu satu emosi pecinta itu.

tapi aku menghalalkannya kerana hidup ini hidup kita, cinta adalah cinta kita.

jadi teruskan dengan apa yang kamu buat, jangan putus harapan.

chill holmes~

mr. hafis said...

yes, dah jumpa satu yang kontra.

@mr carl arif..
yeah, subjektif.

gua suka beb. bagus.

mr. hafis said...

@yonne..
entri ini tak cerita tentang merampas. huh.

@capiqa..
wsalam.
oh, belum dengar lagi lagu vince tu. hehe.

@hikayat..
err, cinta itu menyakitkan? perempuan memang emosi kan?

@viva la vida coldplay..
dah mula lah tu. huh.

master jigsaw @ Azmir Aziz said...

cinta bagiku hanyalah gangguan..
ak setuju apa yang mr carl arif katakan..

aku pernah ada cinta. tapi tak pernah bercinta. pernah ada kasih, tapi tak pernah berkasih.

ain si kacak said...

menjadi orang ke-3?
owh..aku pernah merasakan sakitnya apabila orang ke-3 mengganggu hubungan aku dan kekasih. kadang2 ada orang ke-3 ini beranggapan mereka lebih segala-galanya dari aku hingga mereaka berani merampas kekasih aku. namun, gagal.

aku tidak pernah menjadi orang ke-3 setakat ini. tapi aku tak salahkan orang ke-3 ini kerana mereka juga punyai hati dan naluri. tak salah mereka mencuba merampas jika benar cinta itu milik mereka.

hikayat aku dan mereka said...

perempuan mmg beremosi.. mungkin sbb perempuan lebih senang menunjukkan emosi berbanding lelaki.. kan?

syrup said...

pernah ingin menjadi orang ke 3 kepada orang ke 3.
bukan mengalah
tapi betul juga, apa guna menang tapi tak berjaya memiliki.
anggap saja,
mungkin dia yang tak bertuah..

Sweet Thinker said...

apekah istilah cinta antara dua penulis belog ini? haha.

bg gua, gua da komen kat sane. tp gua lupa ape gua komen kat sane. sbb gua malas kenang benda lama yg gua da komen.

sbb masa itu bergerak pantas, maka gua komen yang baru.

masalah cinta orang ketiga terjadi bila wujud crack dalam perhubungan. jadi tak kira lelaki atau perempuan... bila rasa tak secure atau ntah ape2... pasti beliau akan cari jalan keluar.

satu dengan mencari seorang yg boleh buat dia secure. kedua dengan menjadi bitch. ketiga buat tak tahu apa2.

bagi gua, nak jd orang ketiga dan keempat sbnrnya tak penting.

yang penting carikan gua dokte dlu. haha!

ps: lenkali gua lebih siyes slps dapat ngedate dokte. okai :p

Lily Cartina said...

benar, jodoh di tangan Tuhan.
Tapi kalau kau dah jadi org ke3,
kau dah menang,
dan ade orang merane sbb kehilangan org tercinta di tangan kau,
ape kau rase?
suke?
bangge?
and kalau orang cakap ape2,
bole senang2 jawab
"dh jodoh. nk wat mcmane".
begitu?

oh,kalau begitu mudah lah.
aku pergi bunuh orang,
aku cakap "dah ajal".
aku pegi mencuri,
aku cakap "dah rezeki".
aku bercinte dengan bf/suami orang,
aku cakap "dah jodoh".

senang.heh.lepas ni boleh aku scandal dengan boyfriend orang.
jodoh kan.

ah bu said...

sapa nk ak jadik org ke-3
utk dirinya?
sila tampil kehadapan utk mengambil borang.
lai lai...xknal maka xcinta kn?
berani? cubalah... hahaha...

kecik said...

kenapa lah nak jadi orang ke3 dalam hidup orang lain?

*emo emo*

ah. as for me, lepas apa jadi, tilik diri sendiri. dan bercinta dengan tuhan itu, lagi bagus. itu yang sebaik2nya.

cuma selalu kita khilaf, termasuk aku,terutama aku. itu sahaja.

Sofia Nin said...

cinta itu aneh

haha :P

mr. hafis said...

@st..
salah satu faktor.
bagus. :)

@lily cartina..
tiada gangguan kiranya apabila pasangan itu berkahwin.

dan sememangnya lumrah apabila remaja-remaja putus cinta hari ini dan menemui cinta baru pada esok hari.

cinta kah?

:)

membunuh, mencuri adalah perkara-perkara dosa. menyatakan perasaan kepada lelaki/perempuan dikira dosa juga?

oh ya, sila jangan samakan boyfriend dengan suami orang. sangat tidak beretika.

boleh kan? :)

yaya said...

kali ini AKu setuju dengan kamu..

;)

Masrurah said...

Salam

Cinta?
kadang2 menyenangkan kdg2 menyakitkan jgk..
depends pd individu tu kan..
apepun, jgn cinta berlandaskan nafsu semata-mata..
biarla ia berlandaskan agama..
yela, DIA yg mnjadikan kita..
so why not kite jgk berbalik and tanya pada DIA.
He knows everything!

merahjambu said...

hmmm...memang susah cinta 3 segi ni... jika kita trputus ditengah jalan, anggap saja dia bukanlah untuk kita. mungkin kita akan diberi pasangan yg lebih baik dari itu.

tentang emo bila putus 2, lame2 hilang lah lagi2 bila dah jumpa org baru...saya ada pengalaman itu.

saya juga penah dituduh menjadi org ke 3... tp the situation was, mereka dah putus baru saya dekatkan diri pada org tersebut...
sampai sekarang org yg menuduh tu seperti org giler menjaja cerita memburuk2kn saya...mungkin dia puas berbuat begitu...

saya hanya mendengar, melihat, memandang dengan sikap menggiler dia...

sampai bila mahu tahan beb....

yaya said...

AKU semacam kenal je si merahjambu nih..hurm..xpe abaikan..

cinta sangat unik bagi AKU.ia dtg dgn pelbagai cara samada secara sedar atau tidak.ada orang bercinta bagai nak gila.ada orang bercinta sanggup berkorban apa saja sampaikan maruah diri pun mahu bagi juga.haish!

cinta.cinta.cinta.
bila da masuk bab putus cinta lain pula.ada yang sanggup menyimbah asid.membunuh.dan mcm2 lah.

cintakah?

ITU dendam.

tapi yang herannya xde pulak org sampai nak bunuh2 sebab cintakan yang SATU..sebab mereka hanya tahu nafsu dan tidak mencintai pasangan kerana ALLAH swt.itu pasti.

masuk bab orang ketiga.
memang agak sakit jika ditinggalkan bf/gf disebabkan org ketiga.dan orang ketiga pula jika ada yang m'buruk2kan pasal kamu kena terimalah juga sepertimana orang satu lagi tu rasa.adat la tuh."what goes around comes around".ingat yang ITU suda.

cuma AKU rasa kita kena belajar menerima apa saja yang berlaku dengan hati yang terbuka.jika kamu ditinggalkan anggap saja tiada jodoh untuk hidup bersama."LIFE must go ON beb"kepada orang ketiga tahniah untuk anda.;)

Anonymous said...

dear mr. hafis,

merujuk kpd komen anda bertarikh 13 april iaitu, "... belum dengar lagi lagu vince tu...", ianya bukanlah sebuah lagu dendangan vince. itu adalah petikan kata2 beliau sewaktu ucapan menjuarai af1... =.=''

rupa2nya kte menggunakan perumpamaan yg 'kureng' popular. maaf. hehe.. xD

tujukan lagu 'bawaku terbang' utk mr. carl arif, dgn ucapan berhati2 terbang bersama cinta...

pesanan penaja: bercinta biar berpada...

mr. hafis said...

@yaya..

"dan orang ketiga pula jika ada yang m'buruk2kan pasal kamu kena terimalah juga sepertimana orang satu lagi tu rasa.adat la tuh."

sikap yang tidak baik lah saya rasa.
maaf ya.

chill~

yaya said...

mksd ayat tuh lain en hafis.cuba phmkan.haish!;)

yaya said...
This comment has been removed by the author.
merahjambu said...

yaya>> ahli nujum kah? mgkin juga ustazah tadika? haha..xpenting kot...


hidup dalam bermasyarakat standard ar ade yg bercakap2 pasal kita(ngumpat). mendiamkan diri itu mungkin lebih baik daripada melawan dan mengeruhkan lagi keadaan.(ikot aku memang nk blasah tp pk dah jadi mcm xbermoral plak)


en hafis cakap sikap tidak baik mgkin di situ ada betulnya kot lah...

moral of the story: banyak2 bersabar sudah...masing2 jage mulut sendiri...

mr. hafis said...

@merahjambu..
terima kasih ya terangkan. :)

FlipFlop said...

Emm..nape ye? Plu ada org ke 3..bkn stu kslhn utk punye 1 prasaan plik aka chenta pd phak yg sdh bpunye..tp sy dpt rskn lbh wjar utk tdk myibukkn dri dtgh2 hubungan 2 hala itu.. Benar juga kt incik aizat bhwsanya prkara tsbut akn mbnuh hati akan pechinta yg 1 lg.. Lbh baik hendaknye anda atau sy sndr bpgg pd prinsip irwansyah..'ku tunggu jandamu'.. Prjuangkn chenta, xperlu mbunuh prasaan org lain kot.. D0se~ haha..


Merahjambu? Emm..ksian awk.. Ksian gler ah!! Tp kdg2 bknlah org 2 jaja name awk..kdg2 org2 tdkat awk yg mncetuskn k0ntr0versi yg die x pasti.. Awk sldk bt0l2.. Mane tau org yg bwk cte 2 sndr mulut longkang..tmbh2 cte ke..btol~

mr. hafis said...

@flipflop..
sudah saya terangkan bahawa jalan perkahwinan itu lebih selamat.

mengatakan cinta tidak membunuh perasaan orang lain. dan fikirkan bunuh ia jadi bunuh.

oh ya, sememangnya pasangan yang utuh sahaja melepasi ujian orang ke-tiga.

:)

yaya said...

kadang2 apa yg dtulis punya byk mksd.jika KAMU paham yg negatif maka negatif la jadinya.jika paham positif maka positif la jadinya.
begitu juga dengan situasi yg berlaku.benda yg sama tapi melalui cara or situasi yg berbeza.so xbole nak tgk pd satu sudut.sudut lain perlu di lihat juga.

"cuma AKU rasa kita kena belajar menerima apa saja yang berlaku dengan hati yang terbuka."

AKU tujukan untuk org yg ditinggalkan dan juga orang ketiga.;)

p/s:merahjambu.jgn ckp AKU ustazah tadika.AKU xsuka.

merahjambu said...

flip-flop>> hmmm... org2 terdekat aku xpernah membawa mulot longkang jauh sekali mulot jamban... mereka xpernah nak memburuk2kn org lain. aku tahu itu sbb mereka kawan2 aku.

tp, cerita yg didengar bukan dari org terdekat aku. mungkin aku boleh cakap dari org yg simpati dgn aku dan yg nak tahu samaada cerita tersebut betol atau tidak.

macam biase apa yg aku cerita pada mereka ada kontra dengan cerita yg mereka dgr...

aku hanya memberikan cerita yg sebenar dan xpernah cuba mempengaruhi mereka untuk membenci org lain atau perlu menyokong aku 100%. tapi yg penting mereka bukanlah talam tin 4 muka macam ada seorg 2. depan aku baik, blakang aku...hmmm...

moral of the story: kita xmampu tutup mulot org lain. melainkan org 2 sedar sendiri untuk tutop mulot dia. hanya masa menentukan.

yaya: xsuke?? ok.

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

sesi luahan perasaan nampaknya.. okok teruskan..

elisyasyazwani said...

ni pendapat aku ==> cinta 3 segi?name je cinta 3 segi tp kena tanye pihak yg terlibat dulu..

kalo si awek da xde perasaan pada bf die lagi i2 bukan namenye cinta..kalo ada sekadar ikatan "i still couple ngn u" i2 bukan cinta tp suatu hubungan yang bole putus@sambung..

pada si awek ngn mamat ke-3 tu punye hal kalo betul die saling sayang menyayangi watpe nak pening2..da si awek 2 xmahu lagi perhubungan die ngn bf lame dier so dats it..xyah panjang2 cite lagi..

moral of da story : buat ape yg kiter suke je janji jangan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dan bala..soal halal-haram jgn diambil ringan :)
jnji jngn wat kerja haram da la..

Anonymous said...

hihihi..
amat suke mmbce komen2 di sini.
;p

ak belum prnh bercinta seumur hidop ku (23thun).bukan krn xmahu.tp tiada prasaan ke arah itu.

namun amat selalu ak brkasih syg dgn sume org.bf org.laki org.teman2 lelaki ku.dan Dia yg maha esa.

ya.cinta kpd Dia adalah yg paling agung.ku akui.namun kalau seminit di sejadah sudah bagai cacing kepanasan.bagaimanakah itu.akn dapatkah kita merasai kecintaan kpd Nya jika itu perihal yg brlaku hari demi hari?

mengatakan cinta ke Dia itu adalah abadi amat mudah.namun mncr cinta Dia itu mudahkah?saya masih berusaha.namun amatlah sukar untuk mmbuang walao sekelumit perihal dunia.

hihihi..hny pemikiran.kalau salah tlong betulkn.
;p

Anonymous said...

saya salah seorang dan jika berdasarkan BEST MAN WIN , saya merupakan LOSER :|

sempoi said...

hurm pasal org ke3?

aku de pengalaman tuh..

dimana org ketiga suka nk show off yg die berjaya mendapat lelaki tuh slps meninggalkn gf die..hadoi..pelik kan?

kenapa nk heboh2 kalo stakat bf org biasa..hingus meleleh..tahi hidung bersepah..tahi mata terkeluar..selekeh nak mampos..ada aku kesah?lain la kalo anak dato' ke..anak tan sri ke..aku pun nak heboh 1 malaysia..heh..

spe ek yg ckp psl mulut longkang mulut jamban?aku xpernh dgr pepatah nih..tapi ape2 pun kte btol2 yakin ke membe kte tuh baik?mulut wangi?pernah dgr x kwn mkn kwn?bnda tuh xmustahil terjadi kan?

tah le bg aku bnda nih sme xptt nk heboh2kan..lebih baik kaji blk kelemhn diri drpd mencr kesalahn org..biasalah setiap org buat slh..pencuri pun xkn mengaku die mencuri jika didakwa di mahkamah..