ramai kawan saya sudah berkahwin dan tidak kurang merancang untuk bertunang. persoalannya, tidak terlalu awalkah bagi yang baru menjejak usia 20-an? zaman keremajaan pun baru hendak berada di klimaksnya. ya, usia hanyalah nombor. tapi bersediakah mereka untuk menggalas tanggungjawab yang tak sepadan dengan usia mereka?
berumur 21tahun. masih belajar, masih di bawah tanggungan ibubapa, adapun yang bekerja bergaji hanya cukup-cukup makan untuk diri sendiri. mampukah mereka atau kamu yang merancang?
tanggungjawab bagi mereka yang berkahwin bukan ciput dan sedikit pun tidak boleh dipandang enteng. kerana berkahwin bukan seperti 'declare couple' budak-budak sekolah. berkahwin dengan akad yakni perjanjian untuk susah senang hidup sampai mati.
bayangkan,.. kamu seorang lelaki, berusia 23tahun, bergaji rm2500 sebulan. allright, mas kahwin, duit hantaran tak payah kira lah sebab ianya subjektif. kini value perempuan pun berbeza-beza seperti berkasta pula. artis lain harga, anak dato lain harga, anak nelayan tapi lawa lain harga, anak driver tapi ada kedoktoran lain harga. memang pening kepala beb.
okeh, semula.
- kediaman - sekarang apartment sahaja dah rm800 sebulan. ideal bagi pasangan belum ada anak.
- kereta - rm400 bulan-bulan, perodua myvi yang awek-awek sekarang tergila-gilakan.
- makan - wifey malas/
tak retimasak. honeymoon lagi katanya. makan luar. hari-hari fine diner. - hiburan - hubby dan wifey masih spastik lagi. mahu karaoke hujung minggu, tengok wayang, shopping, wifey yang gila pergi beli lingeries - baju kucing. kondom? haha..
- ibubapa - setidaknya rm500 sebulan bagi membuktikan kita boleh hidup sendiri. ego kunun.
hujung bulan? dua-dua makan meggi, tidur awal. ini memang pure 'you jump, i jump'.
itu baru fasal wang. basic. tersangat basic. belum lagi bab menjaga hubungan hubby dengan wifey. silap haribulan, tersasul talak satu. complicated eh? jadi, adakah kamu,..
berani? ya, kawan saya memang berani. tapi saya? tidak sama sekali, tidak sehingga sebuah apartment sendiri dan sebuah satria neo bagi membuktikan kepada si jodoh bahawa betapa securenya dia jika berkahwin dengan saya. tapi kalau enjoy tiap-tiap hari sampai bilakah saya akan berkahwin awal? hahah.. saya sedang usahakan jawapannya.
jadi, apa kata kamu?
20 comments:
aku suka entry ini.
rata2 kawan2 aku berkahwin pada usia yang agak awal. 18. dan alhamdulillah, mereka bahagia sampai sekarang. itu apa yang aku nampak dari mata kasar aku.
ini dari pemerhatian aku. apa yang aku perhati, pasangan2 ini saling tolong menolong. maksud aku, si isteri sedar, mereka masih muda. pendapatan masih rendah. jadi si isteri ini tidak terlalu meminta2. dan tidak terlalu minta dimanja. reti masak, masak. tidak ada istilah, "kita baru kawen, i malas masak nanti tangan kasar". tidak. sebab perkahwinan itu ikatan janji dua pihak. saling tolong menolong dan saling membahagiakan antara satu sama lain.
si suami, menghargai isteri. tidak bersikap macam big boss, tidak mementingkan diri sendiri, pendek kata, mereka saling belajar untuk melengkapkan kehidupan masing2. dan bila mereka sudah punya cahaya mata, masing2 lebih bekerja keras mencari rezeki untuk menanggung ahli keluarga yang bertambah. pendek kata, saling faham memahami antara satu sama lain.
aku pernah tanya, kenapa berkahwin awal. jawapan mereka mudah, jodoh. memang mereka muda, memang mereka masih belajar. tetapi, itu cabaran bagi mereka bila mereka pilih untuk berkahwin muda. kita doakan sahaja kebahagiaan mereka.
definisi untuk 'the other half'?
=when we're better, when we're with them.
itulah dinamakan jodoh...sumtime, bila kita merancang untuk berkahwin awal, atau mahu bertunang awal, baru perasaan untuk bertanggungjwab n berusaha lebih itu wujud dalam diri..barulah beria-ia mencari duit dan mengumpul aset..tak salah..asal pandai merancang...
yang lain, tuhan yang tentukan..
bak kata yang kamu pegang"kalau jodoh tak kemana"
sebelom kahwin, sya percaya semuanya bercakap seperti kamu, baik lelaki mahupun perempuan"nak ade kereta dulu, nak ada rumah dulu"
tapi kadang2, bila dah kahwin barulah semuanya nak dikongsi, nak dirancang...
tapi perancangan awal, sangat bagus!
sangap
bagi saya...
kalau nak kawen...
biar la saya ada degree dulu...
sebagai bekalan...
mana taw suami yang dikahwini tu meninggal awal...
atau lebih tragis...
ditinggalkan suami...
sekurang-kurangnya ijazah dalam tangan...
dengan ijazah tu...
boleh la mencari kerja untuk sara diri sendiri atau anak-anak nanti...
tapi kalau dah jodoh...
xboleh nak tolak...
terima la dengan seadanya...
mungkin boleh buat perancangan keluarga kalau dua-dua masih belajar
Assalamualaikum wwt...
"Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat..":D
"Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah."
Bagi saya..kahwin muda takde masalah..lebih baik untuk mengelak fitnah..cuma pasangan muda yang ingin berkahwin perlulah menyiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan berumahtangga..:D
aku ade seorang kawan baik yang kawen awal. umur 21 tahun dah kawen. dan sekarang dah ade anak seorang.
dan adik² dia 2 orang pun kawen awal. sekitar umur macam dia.
dia ade buat side bisnes untuk bagi makan dan pakaian anak bini dia. cukuplah tu aku rasa kan..
oh ya, dia juga pelajar tahun akhir di UIAM. bini dia juga.
bagaimana pula dengan nikah mut'ah?
hahaha.
owh. sbb den da tulis. maka den xperlu komen
http://globe.thinker.my/kahwin-awal-satu-tragedi-atau-rezeki
hihihi..
:p
masih xde prasaan terhadap ini.
tp da ade yg nk propose.
wahahaha..
rasenye zaman skg ni.
dwet pentg juga.
kalau sethun dua mgkn bley saba dan memahami.
tp kalau msok 5 6 thun.
sggup ke?
ank betambah.
expenditure meningkat.
bole merosakkn hubungan juga jika begini.
hny pemikiran.
ikot org juga.
klo kesabaran tggi.ok la.
:p
lingeries = baju kucing?
hehe. kalau baju arnab apa?
jodoh ajal maut di tangan tuhan..ada rezeki tu ada la mr carl..selamat menabung..
memang sifat lelaki tu bertanggungjawab dan suka kerja keras ek untuk orang disekeliling dia..
salute kat orang lelaki!!
@syrup..
Allah swt tiada tangan.
kita bukan berpegang pada wahabi yang menggambarkan Allah swt mempunyai tangan.
harap maklum.
dalam ayat al Quran pun ada disebut tangan Allah..
Dan bila kita baca ayat tu, kita tak kata itu sebagai tangan Allah seperti yang kita fikirkan..
"tangan"di sini adalah seperti yang Allah sendiri maksudkan..kita tak boleh menggambarkan atau dapat berfikirpun bagaimna rupa bentuk atau sifatnya "tangan" yang Allah maksudkan..
Dan jangan la pulak kita mengikut sikap puak wahabi ini atau menafsirkan sesuatu ayat itu mengikut fkiran kita sendiri..
tq
oh ya.
saya sebenarnya gusar apabila menyebut tangan. hehe.
jadi itu saya perlu elakkan.
terima kasih atas info.
:)
berikut sekadar beberapa rentetan peristiwa kahwin awal yang mempunyai ending yang tak berapa best:kes 1:jantina: perempuan. kawen: lepas habis exam spm, belum keluar result pun. pasangan: berumur 20an ketika itu, seorang engineer, memiliki rumah dan kenderaan sendiri. current status: akhir 2007 - janda tanpa anak (setelah hampir setengah tahun atau lebih tidak tinggal bersama).
kes 2:jantina: perempuan. kawen: lepas habis diploma, umur 21 (semasa tahun akhir dah bergelar tunang org). pasangan: sebaya, sama2 baru grad, dgn aset muka mcm model (mcm saje). current status: awal 2009 - unknown (anak berumur setahun lebih ditinggalkan bersama si ayah)
kes 3:jantina: lelaki. kawen: semasa di tahun 2 sarjana muda. pasangan: budak abes sekolah (ye, ianya masih budak). current status: masing2 tinggal bersama ibu bapa masing2 (apakah?)
.
.
.
kes2 seperti ini kadang2 menjadi faktor penolak (bagi saya). populasi lelaki baik (dan juga perempuan baik) semakin terhad. begitu juga populasi calon2 suami (juga calon2 isteri) yang cukup syarat. tapi ianya bukan faktor penghalang utk memangkin kes2 kawen awal ni. maka, terpulang. sekadar berkongsi (itu pun jika mahu menerima). sekian..
pesanan penaja:
- masih tiada penaja catering, canopy, pelamin, busana pengantin, etc. -
(sebenarnya masih tiada calon xD)
banyaknya komen.. dah macam homework pula. tak apa, saya jawab perlahan-lahan.
kecik - sweet beb kahwin awal. tapi masih tercari-cari the other me. hehehe..
cindir-rela - yup, mereka merancang awal kerana mereka tahu perkahwinan ini adalah umpama suicidal. hmm.. kamu tak mungkin faham.
ah bu - mau awek barang seorang dua. bak mai.
syamimi nasir - tapi saya lihat ramai kalangan student pun buat perancangan keluarga. tapi bezanya, belum nikah lagi. tahu pula mereka takut akan tanggungjawab. tahu nak seronok aja. sigh..
masrurah - :)
fairuzmokti - makan dan pakai sahaja cukup? macam senang saja.. ;D
mr.hafis - nikah mut'ah? ramai orang dah pandang ringan perkahwinan. bagi mereka, marriage itu pun dah heavy. inikan nikah mut'ah. hmm..
sweetthinker - allright.
mint - good.. good.. tapi jangan lama-lama sangat tolak propose itu. kahwin lambat jadi cerita lain. hehehe..
sofia - baju arnab? lingeri-eeeee.. hehehe.. saya suka baju nurse. wakakaka.
syrup - rezeki memang ada. jodoh? okey terima kasih.
capiqa - cerita orang, masih cerita orang. cerita diri bilakan tertulis jika tak laluinya sendiri.
itulah, jika bercinta jangan terlalu lama. jika berkenalan, jangan terlalu singkat. sedang-sedang saja.
mr. carl arif:
ye, sekadar berkongsi.kalau dah jadi kenyataan nanti, saye kongsi k. *wink2*
pesanan penaja: "sedang2 saja" - i like ^_^
ow..yang keterlewatan sperti biasa~
saya sgt teruja mau kawen awal..
ahha~ bkn gatal ttp merancang mase depan..
dwet penting..sangat penting..
chenta semata2 xbley bg saya pakai satria neo..atau bagi saya brg kemas sebemban..
jadi.. jika anda berharta, pasti part of u akan dtg mngadap..
jd. berenti lar mngenjoy atau berfoye2..oklar..kurangkan~
ohyer..dwet juga boleh buat wife anda berhenti mbebel..
jadi secara x lgsung hubungan itu akan berkekalan hendaknye~ amin~
@carl: ko nk kasek awek kt ak ke?
haha.. bak mai la.
stuju sgt dgn kecik.
Post a Comment