amacam? catchy tak tajuk? hahaha.. pasti kontroversi lepas ini.
kami bukan orang-orang politik jadi secara langsungnya, langsung tidak gila kuasa. kerana apa kami tidak menulis politik? baca.
kami tidak pandai menganalisis politik kerana jika kami menganalisis politik, dikhuatiri kami mencemarkan politik kerana kami bias.
penganalisis politik adalah bukan cedok harakah sikit, cedok sinar harian sikit, cedok berita harian sikit, cedok tv9 sikit, cedok tv3 sikit, lepas itu tulis entri macam orang b o d o h .
penganalisis politik yang baik adalah pendapat individu tentang politik, secara adil, tidak berpaksikan mana-mana parti politik atau individu yang terlibat dengan politik secara khusus. maknanya penganalisis politik ini memang serupa lalang macam hishamuddin rais.
oleh yang demikian kami hanya layak menjadi pemerhati politik. baca harakah, baca sinar harian, baca berita harian, tengok tv9, tengok tv3. lepas itu gelak guling-guling. ya, politik hanya lawak hari-hari.
tapi adakah kami akan mengundi? mr. carl tidak mengundi. langsung. memang kita wajib memilih pemimpin. tapi daripada salah memilih pemimpin, lebih baik tidak memilih. mr. hafis? tanya dia.
*****
[by mr hafis]
ahah. saya mengundi. dan mengundinya saya adalah atas dasar pemimpin. bukan atas dasar parti secara amnya. nak tak nak entri saya juga ada berkenaan politik. yang ini. oh ya, isu bahasa adalah isu politik. hehe.
blog kami bukanlah tempat melepak seperti pakcik-pakcik yang ketandusan isu bertikam lidah di kedai kopi pada waktu petang sambil berhujah menggunakan keratan akhbar.
kami lebih suka membincangkan tentang kerajaan turki uthmaniyah berbanding cerita demokrasi berparlimen yang huru-hara. kami lebih suka menceritakan kegemilangan semasa empayar byzantine berbanding perjuangan liberalisme oleh "mereka itu". kami juga suka mengkaji kesan pemerintahan kamal attaturk yang menyebabkan beliau mati tidak bertanah.
sebab apa?
sebab kami semakin berevolusi. dulu masa kami baru tamat sekolah bolehlah bergaduh pasal politik di Malaysia. siap canangkan sekeliling bahawa orang itu proksi amerika. dahulunya lah.
kami hanya pemerhati dan kami juga membaca perihal politik di Malaysia. sebab itu kami menegur mereka yang tidak membuat ulangkaji. dan apabila teguran itu disalah tafsirkan. maka, hanyutlah si luncai bersama labu-labunya.
terima kasih.
13 comments:
semua permasalahan ada penyelesaiannya.
tak puas hati bermusyawarah la..
huhu..
politik, tiada hujung dan tiada pangkal.
hendak atau tidak diakhirnya kita perlu memilih antara satu juga.
kerana politik mempunyai magnitud pengaruh yang besar dalam menguatkuasakan undang-undang, pembentukan polisi, menentukan hala tuju negara, memastikan kestabilan dan keharmonian ekonomi dan sosial.
dan apabila semua ini berpandukan kepada politik, mana mungkin kita dapat lari dari memastikan masa hadapan kita terjamin.
dalam bahasa mudah. kalau anda boycott politik, bila minyak naik melambung jangan lah nak marah ataupun merungut.
@hafidz arifin..
eh, saya tidak boikot.
:)
saya cuma tidak membincangkan secara terbuka.
saya pon tidak arif ttg politik.
bykn kn cabang2 politik.
plg top i think politik wang.
every single person mesti mahukn wang kn?
coz they will be blind for getting money.
da lpe halal haram.
huhu sry if wut im saying wrong.
Do you ever get the feeling that the only reason we have elections is to find out if the polls were right?
quote by Robert Orben
lagipun kita sudah banyak dibanjiri dengan beratus(mungkin beribu) blog-blog yang membincangkan tentang senario politik Malaysia. Sampai tak larat nak membaca.
Mungkin dapat dibuat kesimpulan di sini ianya berlaku kerana terlalu banyak kepincangan dan ketirisan dalam memerintah negara lalu terus menyebabkan kita terlalu mual dan muak untuk menelan semua ini.
Itulah sebabnya, kerana terlalu banyak isu, banyak pula kupasan, banyak pula huraian dan pendifinasian. tetapi bagi saya apa yang paling penting untuk blogger adalah menulis langkah penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
Dan bagi mereka yang tidak menulis di dalam blog, lakukan tanggungjawab anda demi mengubah masa hadapan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk manusia-manusia yang lain. Jadikan ia di dalam bentuk tindakkan.
Jika tidak, kita masih dalam takuk yang lama, samada selesa, marah ataupun tidak kisah.
p/s: Carl dan hafis, serius pulak aku dalam hal ni. hehe.sorry beb.
korang lepak mana selalu?
@hafidz arifin..
yeah dude.
good comment.
frankly said, kami sudah muntah.
tanggungjawab mengundi, saya akan basuh mr carl ok. :)
kami di b.b. bangi, putrajaya.
halo sahaja. :)
@kecik..
pehh.
marah spr nanti. :)
hafidz arifin - saya suka penggunaan bahasa kamu. cool. lets make you a cuban cigar shall we?
okey. memang saya ignorant tentang politik. jenis orang yang tak ambil kisah. kerana letih dengan sandiwaranya (politik).
bak kata mr. hafis, don't talk the walk. better walk the talk.
mungkin salah satu langkah menyelesaikan masalah politik ini adalah dengan menjadi ahli politik itu sendiri? saya tidak mahu kerana saya tahu politik sangat payah, jijik dan kotor. kamu mahu?
mungkin cara lain adalah dengan demonstrasi jalanan? kamu pun tahu, kita sedikit pun tidak diendahkan. dan bukan cara kita.
jadi dengan mengundi. ya, mungkin dengan sehelai kertas undi itu bakal mengubah situasi. dengan izin ALLAH S.W.T. kita hanya perlu berdoa dan bertawakal sambil ambil tindakkan.
mr.hafis tak perlu susah-susah basuh saya. kerana kata kamu memang ada benarnya. :)
ko ni tak malu. ngn pompuan pun cari gaduh.
@biskut tiger..
apakah berdebat itu ditafsirkan ia bergaduh?
oh, sayang sekali pemahaman anda. :)
rantong - ini bukan tempat bakal-bakal jutawan. ini tempat orang tamakkan ilmu.
biskut tiger - LMAO! lawak pertama untuk aku hari ini. terima kasih.
Assalamualikum...? Terlebih dahulu saya ingin mengaku bahawa saya bukanlah golongan intelek... Tetapi tidak bermakna saya tidak boleh mengkritik. Pada saya, politik bukanlah untuk org2 yang gilakan kuasa, Nabi mengajar kita berpolitik untuk kebenaran ke arah Islam, Keadilan untuk rakyat, Untuk perkembangkan dan perluaskan lagi penyebaran agama yang benar lagi syumul itu. Tetapi apa yang membuatkan manusia zaman sekarang berkata politik itu adalah untuk orang yang gilakan kuasa, kerana manusia itu sendiri yang berpolitik bkn bertujuan kebaikan dan kebenaran, tetapi sebaliknya hanya untuk keuntungan pada dirinya sendiri, BOLOS DUIT! Maka dari situlah wujudnya pergelutan kuasa. Saya tidak memihak pada mana2 pihak, baik pencadang, mahupun pembangkang. Tetapi, golongan intelek harus pandai berfikir. Harus memilih antara salah satu, Dimana yang anda pilih itu adalah yg anda rasa betul dan boleh diguna pakai. Saya bukanlah terlibat dalam mana2 sidang @ perbincangan, @ memiliki apa2 jawatan dalam politik, tetapi tugas sebagai seorg rakyat, walaupun tidak secerdik cendiakawan2 yag sedia ada, tetapi kita harus memihak pada yang benar, demi agama kita dengan setulus dan ikhlasnya. fikirlah... Wassalam...
Post a Comment