Tuesday, April 21, 2009

kita sememangnya berdosa dalam dunia hari ini.

maaf di atas hilangnya saya seketika.

entri kali ini di tulis setelah selesainya pembacaan saya terhadap sebuah buku yang bertajuk "kapitalisme - the satanic ideology" karangan umar abdullah.

umum mengetahui apakah itu kapitalisme bukan? dan tubuhnya karya karl marx berjudul das kapital sebagai watak antagonis akan tetapi tidaklah lengkap sebagaimana sistem khilafah itu sendiri.

sabda Rasulullah SAW :-
  • “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
dan bertanya lagi para sahabat :-
  • “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW :-
  • “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
  • “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW :-
  • “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi,
  • “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda:-
  • “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
*****

lihat sekeliling anda. usah malu untuk melihat. apakah penyakit yang disabdakan telah menyerang anda? kembali kita ke pangkal jalan.

sesungguhnya kita bukanlah golongan yang maksum. jadi, ketepikan ego dan sikap menuding jari ke arah lain.


dan kebangkitan khilafah zaman imam mahdi sebagai lesen untuk kita menunggu sahaja? sama juga jika kita mengharapkan ijazah akan tetapi tidak berusaha ke arah mendapatkannya.

seruan kepada anda semestinya juga saya.

terima kasih.

12 comments:

sYaMiMi naSiR said...

tengok tajuk N3 ni...
seram jer..
tiba2 terpikir...
apa dosa yang telah dilakukan ari ni...

kecik said...

Surah Al-Mu'min : 39

Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itu sahajalah yang kekal abadi


Surah Al-Mu'minuun : 115

Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja),dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Surah Al-A'raaf : 144

...sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk dalam orang yang bersyukur..

syrup said...

bermula dari diri sendiri..

cindir-rela said...

dosa kecil hapusnya dengan wuduk, tapi dosa dengan manusia...kene mintak maaf kan?

Mr Hitler said...

good, good. Baca banyak2 lagi bai.

mr. hafis said...

@kecik..
terima kasih ya untuk tambahan. :)

@cindir-rela..
benda basic tanya untuk apa?

@mr hitler..
terima kasih, gua harap lu boleh bikin holocaust lagi.

cindir-rela said...

tanya untuk peringatan encik hafis..:)

mr. hafis said...

terima kasih lah.

ada juga orang tolong ingatkan benda yang saya ingat. hahaha.

cindir-rela said...

-ingat saja tak gune kalau tak lakukan..(sekadar baru belajar ayat kiasan)

abaikan kalau tak paham..:)

mr. hafis said...

"saya percaya anda adalah seorang yang intelek. Komen-komen anda akan menunjukkan tahap itu.

terima kasih."

:)

Anonymous said...

entri yg merdu.

ya.amat tkot akn kematian.
klo dianggar kiamat trjd 2hr lg.
akn ku gundah memikir.
"haduih..penat ja amik diploma.xsempat nk amik degree da nk kiamat.bazir mse je amik dip.baik la njoy idop ni."

namun jika ditnya adakah akn ku brani mati krn islam.ak tenang meluahkn jawapn.
"ak sggp mati krn agama ku.krn selama hidopku ini telah ku bersedia untuk itu."

tp jika danggarkn ak perlu mati untuk agamaku 2hr lg.rsenye mao senak jugak jiwa memikir.

kdg2 dijiwa ingin melakukan kebaikan.namun kdg2 kebaikn itu trlampao perit untuk dilakukan.

*saye bdk br blajar.klo salah tlong tunjukkn ;p

Anonymous said...

ye, setuju. kita sekarang ini dlm wabak penyakit tiada terbendung. bukan masanya menuding jari. cuba lakukan sedikit muhasabah diri. research diri sendiri, kemudian beralih ke orang lain. bukankah individu itu asas kelompok?

pesanan penaja:
terima kasih atas seruan bersama tu.. ^_^