- kediaman - sekarang apartment sahaja dah rm800 sebulan. ideal bagi pasangan belum ada anak.
- kereta - rm400 bulan-bulan, perodua myvi yang awek-awek sekarang tergila-gilakan.
- makan - wifey malas/
tak retimasak. honeymoon lagi katanya. makan luar. hari-hari fine diner. - hiburan - hubby dan wifey masih spastik lagi. mahu karaoke hujung minggu, tengok wayang, shopping, wifey yang gila pergi beli lingeries - baju kucing. kondom? haha..
- ibubapa - setidaknya rm500 sebulan bagi membuktikan kita boleh hidup sendiri. ego kunun.
Thursday, April 30, 2009
kahwin muda - trend?
Tuesday, April 28, 2009
iya, bukan semua boleh mampu seperti anda.
lumrah. tidak perlu jauh sampai ke benua sana. cukup sekadar sekeliling kita. anak-anak muda semakin lupa pada kegunaan utama kemudahannya. sebagai contoh:-
telefon bimbit:-
kenapa anda menyarankan saya untuk menggunakan telefon berkemudahan 3g?
- hak ela. lu ni tak town la beb. baru keluar kampung ka? semua orang sudah pakai 3g ma. baru boleh calling aweks sambil tengok muka. amacam?
- hehe. ikut ah. lagipun gua tak tukar sim 3g lagi. tengok ah esok macam mana.
- err, ada guna untuk lain ke? macam mana jek?
*****
komputer riba:-
canggihnya notebook awak. ini high end punya ni.
- itulah lu. tak ikut trend. mana ada orang guna cikai-cikai sekarang bai. gua orang pertama yang pakai kat daerah bertam ulu ni.
- ek elen. gua layan facebook skang. guna lappy ni laju sket oi. ym. lu tau tak? pastu ni ada kamera bai.
- erm? lu bual apa ni bai? firefox tu apa? game eh?
*****
seperti biasa, anda mempunyai jawapan. :)
terima kasih.
Sunday, April 26, 2009
pertanyaan saya pula, ok.
jadi, di sini saya ingin bertanya. bagaimana anda boleh meminati sesebuah lagu itu? ianya tertarik disebabkan :-
- alunan muziknya kah?
- suaranya kah?
- liriknya kah?
- atau kehenseman penyanyinya kah?
oleh itu, bagaimanakah anda boleh meminati pakaian yang sedang dipakai itu? apakah ianya disebabkan :-
- jenamanya?
- nilai rare-nya dimata anda?
- design-nya?
- tahap keselesaan anda?
- ataupun keunikan yang disebabkan oleh pemberian istimewa?
terima kasih.
Tuesday, April 21, 2009
kita sememangnya berdosa dalam dunia hari ini.
entri kali ini di tulis setelah selesainya pembacaan saya terhadap sebuah buku yang bertajuk "kapitalisme - the satanic ideology" karangan umar abdullah.
umum mengetahui apakah itu kapitalisme bukan? dan tubuhnya karya karl marx berjudul das kapital sebagai watak antagonis akan tetapi tidaklah lengkap sebagaimana sistem khilafah itu sendiri.
sabda Rasulullah SAW :-
- “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
- “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
- “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
- “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
- “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
- “Apakah itu al-Wahn?”
- “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
lihat sekeliling anda. usah malu untuk melihat. apakah penyakit yang disabdakan telah menyerang anda? kembali kita ke pangkal jalan.
sesungguhnya kita bukanlah golongan yang maksum. jadi, ketepikan ego dan sikap menuding jari ke arah lain.
dan kebangkitan khilafah zaman imam mahdi sebagai lesen untuk kita menunggu sahaja? sama juga jika kita mengharapkan ijazah akan tetapi tidak berusaha ke arah mendapatkannya.
seruan kepada anda semestinya juga saya.
terima kasih.
Wednesday, April 15, 2009
ceriakan pagi anda ok - 5
entri pagi semua lagu dari barat kan? semacam tidak adil pula. jadi, saya cari lagu tempatan yang sesuai dengan mood pagi.
semoga hari ini lebih baik daripada semalam. :)
terima kasih.
Monday, April 13, 2009
anda arif tentang cinta?
adalah elok kiranya anda merujuk entri ini terlebih dahulu.
bismillah.
seringkali kita terdengar permasalahan orang yang bercinta adalah disebabkan orang ketiga. apa itu orang ke-tiga?
- lelaki/perempuan yang mempunyai perasaan terhadap lelaki/perempuan yang berpasangan itu.
- sebab naluri. manusia yang normal mempunyai naluri dan perasaan. dan menjadi kebiasaan lelaki/perempuan tertarik kepada jantina berlawanan.
- sebab naluri dan perasaan tidak kenal itu adalah pasangan ataupun kekasih orang. ia hanya tahu dia adalah seorang lelaki ataupun perempuan.
- salah apabila mewujudkan pertelingkahan suami isteri. tidak salah apabila menaruh harapan terhadap pasangan yang tiada ikatan lagi. contohnya ikatan pertunangan dan perkahwinan.
- berpandukan kepada peribahasa komuniti kita iaitu best man win, jadi pasangan tersebut tidak perlu rasa tidak puas hati atau perasaan seperti ingin memakan daging pemenang itu. sebab hidup ini adalah pertandingan. loser ke neraka dan winner ke syurga. dan diaplikasi terhadap situasi ini.
- kenal dengan jantina berlawanan dan seterusnya ke jinjang pelamin. lebih selamat. jika tidak bersedia menghadapi persaingan, lupakan mencari pasangan.
jadi, maafkanlah kekasih anda yang jauh meninggalkan diri anda bersama kasih yang baru, dia pemenang. dan semestinya jodoh itu di tangan Tuhan. Dia berhak menentukan siapa pasangan kita yang kekal.
bak kata mr carl arif "ala.. pegang je kata 'jodoh tak kemana'. setel."
terima kasih.
Sunday, April 12, 2009
tahap nirwana
- jika saya seorang pelajar, saya adalah sebuah komputer, jika saya seorang pekerja, saya sebuah robot.
- komputer diprogramkan untuk menjadi manusia. tapi manusia sendiri tidak sempurna. lalu diciptakan robot untuk bekerja lebih sempurna dari manusia.
- jika saya sebuah komputer yang mahal. tapi saya tidak.
- jika saya sebuah robot yang mahal. tapi saya tidak.
- mengeluarkan produk-produk yang sempurna.
- evolusi sebuah komputer diprogramkan menjadi robot kemudian tamat tempoh perhidmatannya, recycle.
- saya sebuah komputer/robot yang faulty. tidak mengikut arahan. lalu mengeluarkan produk-produk yang defect.
- sekarang saya seorang manusia.
Friday, April 10, 2009
mahu lebih terbuka? saya bukakan untuk anda.
amacam? cantik kan? bagi sayalah. lebih cantik berbanding nasha aziz. hek hek hek.
keduanya, adakah anda kenal akan Abdul Razak Baginda? jika tidak, di bawah ini adalah gambar beliau.
semua pun tahu bahawa Abdul Razak Baginda telah terlepas daripada pertuduhan terhadap kematian Altantuya itu.
jadi, siapa yang bunuh sebenarnya?
Azilah, Sirul dihukum mati. lihat sini.
adakah anda kenal wajah-wajah Azilah dan Sirul itu sendiri? saya berani jamin tiada seorang pun antara kita yang kenal akan raut wajah mereka. dan saya pasti, anda di luar sana berasa lega selepas hukuman mati dijatuhkan terhadap pembunuh kejam Altantuya. saya tidak lega.
jadinya, bagaimana untuk kita memastikan pembunuh kejam Altantuya itu dijatuhi hukuman sedangkan kita tidak kenal akan rupa mereka? boleh sahaja badan mereka digantikan dengan badan orang lain (baca : yang sememangnya menjalani hukuman gantung sampai mati) dan claim itu adalah mereka (baca : sirul dan azilah).
apa yang anda fikirkan? politik? iya, politik merangkumi institusi kehakiman, perundangan, kerajaan, korporat dan anda tambah lah sendiri. :)
persoalan, persoalan. jawapannya memang subjektif.
p/s : sila google untuk mencari gambar azilah dan sirul. siapa yang dapat boleh tuntut hadiah daripada saya. :)
terima kasih.
Wednesday, April 8, 2009
denial - politik hanyalah untuk orang-orang gila kuasa
Tuesday, April 7, 2009
ceriakan pagi anda ok - 4
oleh itu, ayuh kita makan tengah hari yang kecil.
terima kasih.
anda tanya saya jawab - 4.
tanpa melengahkan masa, kita terus kepada soalan pertama,
- yonne said..
- anda dah menonton fast and furious kan?sila bagi komen.atau saya kena google untuk dapatkan komen anda?
- miz said...
hey there.
i still can't register the fact that u two are two different person.
can we meet up so u can prove it?
*wink2!
saya tidak demand apa-apa. tanyalah mr carl. mungkin dia syaratkan untuk segelas frappucino grande.
zarip said...
miz meet me then..
n i can prove they 2 are difrent person.
hahaha...
mari la mari la.. hahaha...
melayu maksimalis said...
can u prove that u r two different person?
you will be enlightened if you look at our ip's number. there are shown in the shoutmix. move your cursor to #.Syrupus simplex said...
1.produk dari cina dilaporkan sering bermasalah sekarang ni.Sedikit sebanyak pasti sangat mengganggu ekonomi China sebab diorang dah amalkan sistem terbuka.apa pandangan kalian.
2.kalau pasal lelaki kategori mana?
lelaki mudah tergoda dan tertarik dengan wanita.percayakah anda pada cinta pandang pertama terus membawa ke akhirnya?
2. saya tidak percaya. cuba tanya mr carl pula. :)
FlipFlop said...
saya ade soklan..
berapekah beza tinggi kedua2 penulis??
owh..adekah soklan sy seperti matapelajaran ilmu hisab?
huh??
VersedAnggerik said...
no one has been able to explain the chicken and egg theory yet.
wanna try?
sehingga berjumpa lagi dalam nukilan saya seterusnya.
terima kasih.
Thursday, April 2, 2009
sila-sila, tambah nasi.
harap-harap sihat dan ceria ok. seperti biasa, entri ini seperti jugalah entri yang lalu iaitu tempat pengumpulan soalan-soalan. anda bolehlah tinggalkan apa sahaja soalan yang terlintas dan saya akan berusaha untuk jawab ya. :)
oh ya, mana-mana soalan yang bersifat sukatan pembelajaran di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah tidak digalakkan untuk bertanya dan anda disarankan untuk memaksimumkan penggunaan google itu sendiri.
dan diulangi, kepada yang meminta nombor telefon saya atau mr carl arif sila pastikan bahawa anda itu seorang perempuan.
terima kasih.